Amsal · Proverbs

5:9
Supaya jangan kamu memberi kehormatanmu kepada orang lain, dan tahun-tahun hayatmu kepada orang kejam:

Perbuatan berkendak atau perzinaan akan membinasakanmu. Para pelacur adalah kejam. Mereka akan mencuri dan membinasakan reputasimu, masamu, wangmu, keluargamu, jiwamu, dan kesihatanmu. Sementara berpura-pura mengasihi dan setia, dan menjanjikan kenikmatan, mereka akan memakaimu sampai kamu tidak lagi memanfaatkan mereka; kemudian mereka akan meninggalkanmu.

Salomo telah memberi amaran kepada anak lelakinya tentang perempuan yang asing – seorang penzina atau pelacur yang mencari lelaki sebagai mangsa (Ams 5:1-7). Nasihatnya mudah sahaja, “Alihkan jalanmu jauh daripadanya, dan jangan mendekati pintu rumahnya” (Ams 5:8). Jalan penyelesaiannya mudah juga – adakan perhubungan yang hebat dengan isterimu yang sah dan hasilkan banyak anak dalam nikah (Ams 5:15-23).

Anak lelaki Salomo ialah jenis lelaki yang para pelacur ingin cari (Ams 6:26; 23:27-28). Lelaki yang tidak terpandang dan yang durjana tidak boleh memberi kepuasan emosi, kewangan, sosial, atau intelek. Sebaliknya, para pelacur mencari lelaki yang berkemampuan, berkeyakinan, pandai, mampu memimpin, bahkan rohani. Hanya nyawa yang berharga ada kehormatan untuk diberikan. Anak-anak Salomo, yang semuanya putera, berada dalam bahaya.

Ketika seseorang perempuan memberi keperawanannya, atau seseorang isteri berbuat zina, Allah mengisytiharkan bahawa mereka direndahkan – telah dikurangkan nilai dan telah dicemarkan (Kej 34:2;Bil 5:11-31; Ula 21:14; 22:24,29; Hak 19:24; Yeh 22:10-11). Oleh sebab itu, para perawan membawa suatu nilai yang tinggi kepada manusia yang salih (Kel 22:17; Ima 21:14; Ula 13:22-31; 2Sam 13:18-19; 2Kor 11:1-2). Jika ia benar untuk perempuan, ia juga benar bagi lelaki, yang merupakan gambar dan kemuliaan Allah (1Kor 11:7). Ketika seseorang jatuh kerana pelacur, dia merosakkan dirinya di mata Allah dan manusia (Ams 6:32-33).

Simson telah memberi kehormatannya sebagai lelaki yang paling kuat kepada seorang pelacur Filistin yang licik, yang berkomplot, dan yang menggoda. Walaupun Simson tahu bahawa perempuan itu seorang pembohong dan ingin membinasakan dirinya, Simson tidak dapat menahan tipu dayanya. Simson hilang kekuatannya, reputasinya, jawatannya, deria penglihatannya, dan nyawanya. Ceritanya patut dibaca dan dibaca berulang-ulang kali oleh kaum lelaki untuk belajar bahaya yang mematikan kerana berfoya-foya dengan wanita.

Salomo berkahwin dengan seribu wanita, dan dia berkata tentang mereka, “Dan aku mendapati apa yang lebih pahit daripada maut ialah perempuan, yang hatinya merupakan jerat dan jaring, dan tangannya adalah seperti belenggu: sesiapa yang menyenangkan Allah akan terlepas daripadanya; tetapi pendosa akan terjebak olehnya” (Pkh 7:26). Perempuan jenis inilah yang menambahkan pendosa di kalangan orang kuat pun (Ams 7:26; 23:27-28).

Nehemia telah menulis, “Tidakkah Salomo, raja Israel berdosa dengan hal-hal demikian? namun di kalangan banyak bangsa tiada raja yang seperti dia, yang dikasihi Allahnya, dan Allah menjadikannya raja ke atas seluruh Israel: walau bagaimanapun, dia pun terbawa-bawa oleh perempuan yang sungguh asing untuk berdosa” (Neh 13:26). Jika pengarang Amsal yang berhikmah terjebak dengan masalah perempuan, kamu sudah tentu ingin mengelak mereka.

Bahayanya cukup benar. Seorang perempuan yang menarik boleh mengampu dan menggoda seorang lelaki untuk melakukan dosa perzinaan yang keji. Kecantikannya dan tawarannya untuk keintiman adalah terlalu kuat (Ams 6:25). Oleh sebab itu, Salomo memberi amaran tentang kata-katanya yang seperti madu (Ams 2:16; 5:3; 6:24), dan dia telah menggambarkan kaedah-kaedahnya di dalam perumpamaan yang cukup panjang (Ams 7:6-23). Keselamatan adalah untuk menjauhi perempuan itu sejauh semungkin (Ams 5:8).

Ia memang hal yang membingungkan bagaimana perempuan yang rendah dalam kemampuan, akhlak, dan kepandaian boleh menggiatkan kuasa ke atas lelaki yang sepatutnya lebih tahu. Tetapi dosa-dosa seksual mereka telah memperhambakan para lelaki itu (Ams 5:22), dan para lelaki tersebut menyerahkan segalanya untuk khayalan kasih daripada perempuan yang kurang berdaya dalam hal kasih sejati. Betapa tidak seimbang pertukaran itu! Betapa bedebahnya masa depan! Jauhilah dirimu daripadanya!

Seorang perempuan yang lacur ialah makhluk yang kejam. Dia mementingkan diri sendiri, berpura-pura sayang dan setia, dan tiada simpati untuk mangsa-mangsanya (Ams 30:20). Dia akan mencuri reputasi dan wang lelaki, merosakkan perkahwinannya, dan meremukkan hatinya tanpa hati nurani yang tertusuk sedikit pun. Ketika anak lelaki yang memboros itu pulang ke rumahnya, di manakah para pelacur yang dengan sungguh-sungguh mengambil wangnya, dan yang menjanjikannya kasih dengan kata-kata dan perbuatan mereka (Luk 15:30)? Seperti yang benar biasanya, mereka merupakan si lintah yang berbohong.

Lelaki mengorbankan reputasi, membazir wang dan masa, menghilangkan kerja, meninggalkan keluarga, membinasakan isterinya sendiri, merosakkan anak-anaknya sendiri, menghancurkan hati ibubapanya, dihakimi gereja, mendapat penyakit seksual, melanggari Allah, dan dihina oleh keluarga dan kawan-kawan untuk mencari khayalan kasih dengan seorang perempuan. Mengapa? Kerana dia tidak menjaga hatinya dengan segala ketekunan dan merayau terlalu dekat ke rumah perempuan itu (Ams 4:23; 7;8)! Hai pembaca, bagaimanakah keadaan hatimu?

Hai lelaki muda! Dengarkah kamu amaran yang cukup serius ini? Suatu fikiran yang seksual atau selangkah ke arah perempuan yang tidak berkahwin denganmu ialah fikiran atau langkah ke arah maut dan neraka (Ams 2:18; 5:5; 7:27; 9:18). Dia tidak mengasihimu, dan dia tidak akan mengasihimu; para pelacur tidak mampu ada kasih yang sejati. Kekalkanlah kehormatanmu. Selamatkanlah nyawamu. Jadilah wira seperti Yusuf, yang lebih kuat daripada Simson dan Daud. Biar dirimu berakhlak mulia, dan kamu akan melayakkan diri untuk memperoleh perempuan yang berakhlak mulia (Kej 41:45).

Dapatkah seorang penzina menuntut balik kehormatannya? Itu jarang sekali. Salomo memahami soal ini, kerana ayahnya seorang pembunuh yang berzina, dan Salomo bukan ingin memberi harapan kepada orang yang alamiah (Ams 6:29-35). Namun, Daud kekal raja dan nabi, dan para orang kudus telah mengaguminya dan Mazmurnya dengan sungguh tinggi. Ada pengampunan dengan Allah dan orang-orang baik (2Sam 12:13; 1Kor 6:9-11), tetapi dosa sebegitu menagihkan dan sebegitu melaknatkan sehingga segelintir sahaja yang pernah pulih (Ams 2:18-19; 5:22).

Dukacita yang salih yang membawa pertaubatan sejati ialah satu-satunya cara untuk memulihkan kehormatan dan membersihkan diri sendiri daripada dosa yang teruk ini. Dukacita dan pertaubatan demikian sungguh berbeza daripada gagasan dunia akan dukacita kerana ditangkap basah. Paulus telah memberi takrif akan pertaubatan para pendosa yang rendah hati, dan mengisytiharkan bahawa ia boleh sama sekali membersihkan para pendosa daripada kesalahan dan reputasi yang rosak (2Kor 7:10-11). Pengampunan Allah lebih besar daripada manusia seperti syurga lebih tinggi daripada bumi (Yes 55:6-9).

Kedua-dua perempuan Samaria dan Maria Magdalena ialah pendosa, namun mereka merupakan perempuan yang disanjung tinggi di dalam Wasiat Baru. Banyak pelacur memasuki kerajaan Allah, sebab Yesus mengampuni mereka (Mat 21:31-32). Dia memasuki dunia untuk menyelamatkan para pendosa (1Tim 1:15). Dia telah mengampuni seorang penzina yang berbuat sumbang mahram pun di Korintus (2Kor 2:6-11). Biar setiap penzina yang bertaubat baik lelaki mahupun perempuan menaikkan pujian kudus dari hati dan bibir kepada Allah yang sebegitu murah hati.