Amsal · Proverbs

6:1
Hai anakku, jika kamu menjadi penaja jamin bagi kawanmu, jika kamu telah berjabat tangan dengan orang asing,

Kawan-kawan boleh membahayakan kewanganmu, jika kamu angkuh, sentimental, atau bertindak ikut gerak hati. Lelaki yang kuat dan berhemat mengekalkan kekayaan (Ams 11:16), tetapi lelaki yang lemah kehilangan wang melalui risiko yang tidak perlu dan yang bebal. Amsal ada nasihat yang berharga oleh Allah untuk menyelamatkanmu daripada kemiskinan yang mungkin datang melalui pendedahan harta milik atau pendedahan pendapatanmu kepada risiko. Terima kasih, ya Bapa di syurga.

Sebagai ayah di bumi yang mengasihi anaknya dan yang mengajar anaknya, Salomo memberi amaran kepada anaknya tentang penajajaminan kepada kawan, iaitu amalan yang kerap kali dikutukinya (Ams 6:1-5; 11:15; 17:18; 20:16; 22:26-27; 27:13). Ada bahaya yang sangat nyata kepada manusia dalam hal terlampau menjanjikan harta bagi faedah kawan-kawannya.

Apakah maksud penajajaminan? Apakah yang salah dengannya? Apakah hikmah yang dapat dipelajarimu untuk kehidupan? Di zaman huru-hara janji-janji kewangan peribadi, korporat, dan nasional, amsal ini sungguh diperlukan. Orang berhikmah tidak akan terlampau berjanji atau merisikokan harta miliknya oleh liabiliti-liabiliti yang mungkin.

Kamu jadi penaja jamin ketika kamu menjamin bayaran kewangan atau menjamin pencapaian peribadi orang lain. Dalam kes ini, kamu menjanjikan pihak yang ketiga – orang asing – bahawa kawanmu akan menunaikan bayarannya atau melakukan apa yang diharapkan daripadanya, dan kamu berjanji untuk membayar hutang itu sendiri atau dipertanggungjawabkan, jika kawanmu tidak berupaya atau tidak melakukan apa yang diwajibkan.

Janji kewangan yang tersebut, sebelum datangnya sistem analisa komputer bagi penarafan kredit dan sistem mengesan orang yang muflis, ketika hanya kata janji seseorang mencukupi, dirasmikan dengan berjabat tangan (Ams 17:18; 22:26). Menepuk tangan, atau menggabung tangan, ialah suatu bentuk janji berkontrak di sesetengah negara dan zaman (Ayb 17:3; Maz 144:8,11). Sesetengah komitmen atau urusan dibuat dengan berjabat tangan sampai zaman kini. Tanpa suatu kontrak yang tertulis, integriti peribadi mengikat pihak-pihak yang terlibat.

Pada zaman ini, penajajaminan kerap kali berlaku dengan menandatangani pinjaman dengan kawanmu. Kamu pergi dengan kawanmu kepada pengurus bank, iaitu orang yang asing, dan kamu menandatangani namamu dan harta milikmu sebagai sumber sampingan bayaran, jika kawanmu tidak berupaya atau tidak membayar syarat-syarat kontrak pinjaman itu. Betapa baiknya tanda persahabatan itu, kan? Tujuan persahabatan adalah untuk itu, kan? Kamu menjadi wira yang disayangi pada saat itu!

Allah memberi amaran akan hal menjamin hutang orang lain tanpa kajian yang teliti akan akhlak orang tersebut (Ams 11:15; 20:16), berapa besarnya tanggungan itu (Ams 22:3; 14:15), dan kemampuanmu untuk membayar habis tanggungan itu (Ams 22:27). Dia dengan tidak langsung mengutuk perakaunan luar kunci kira-kira dan liabiliti bersyarat yang melampau, sebab Dia kenal peraturan penting pengurusan risiko yang kerap kali diabaikan manusia.

Penajajaminan yang terkawal bukan sahaja dibenarkan, tetapi juga berhemat, berbelas ihsan, dan perlu (Flm 1:18-19; Kej 43:8-10; Yes 1:17). Jika seorang kawan yang salih atau seorang miskin yang berada dalam keperluan bagi jumlah yang mampu dibayarmu, maka tiada dosa dalam tindakan belas ihsan dan persahabatan kepada mereka untuk membantu. Penajajaminan yang bebal ialah janji-janji melulu dan yang keterlampauan.

Sikap suka bergegas dan keangkuhan menyebabkan janji-janji bebal dibuat. Sikap suka bergegas menuturkan kata-kata dan berjabat tangan sebelum tahu berapa besarnya suatu tanggungan (Ams 14:15; 19:2; 22:3; 29:20). Keangkuhan ingin untuk dilihat sebagai lelaki yang berkemampuan, dan itu dapat diperoleh untuk seketika dengan membuat jaminan di depan orang ramai suatu hutang atau suatu pencapaian peribadi, walaupun tahu bahawa orang yang dijamin itu kekurangan aset untuk membayar segala hutang itu.

Sentimen dan sikap ikut gerak hati menyebabkan janji-janji bebal dibuat. Emosi sentimental menyebabkan persahabatan diutamakan melebihi pertimbangan serius akan risiko liabiliti yang mungkin, maka orang bebal menandatangani penajajaminan pinjaman untuk kereta bagi kawannya yang kurang gaji. Sikap ikut gerak hati itu mendengar keperluan kawannya dan tahu bahawa dia dapat menyelesaikan masalah itu dengan mudah, maka jaminan itu ditandatangani tanpa menilai tanggungan yang ada.

Pertimbangkan konteks di sini. Jika wujudnya di bumi seorang anak yang dapat membayar habis apa pun tanggungan penajajaminan, anak itu pastilah seorang pewaris dan putera raja yang paling kaya di dunia. Namun, anak yang tersebut ialah orang yang sedang diwaspadakan Raja Salomo. Kejayaan kewangan bukan sahaja memerlukan pengelakan kerugian besar, tetapi juga melibatkan disiplin kewangan dan peraturan untuk mengelak keputusan-keputusan yang bebal atau yang berisiko tinggi.

Ia suatu bencana yang pedih ketika orang miskin kerja keras tetapi menanggung kerugian kewangan yang mengekalkan keadaan miskin mereka (Ams 13:23). Ketekunan dalam pekerjaan atau dalam suatu bidang kerja ialah hal yang baik, tetapi ia sungguh pedih dan malu ketika pendapatan atau aset hasil titik peluh yang keras dibazirkan kerana daya penghakiman yang buruk pada suatu ketika. Baik Allah mahupun Salomo tidak menginginkan ini terjadi, dan oleh itu adanya amsal ini.

Yesus ialah Penjamin bagi umatNya (Ibr 7:22). Dia telah memberi firmanNya dan mengikat jiwaNya kepada maut bagi hutang dosa yang tidak terbilang, dan jaminanNya sudah pasti untuk selama-lamanya (Rom 8:31-39). Walaupun mereka tidak berupaya dan tidak akan bayar, Dia telah membayar tanggungan mereka itu dengan sepenuhnya. Orang pilihan akan masuk ke syurga sepasti terbitnya matahari pada esok pagi membenam pada waktu malam (Yer 31:35-36; 33:17-26).