6:2
Kamu terjerat oleh kata-kata mulutmu, kamu terperangkap oleh kata-kata mulutmu,
Kata-katamu atau namamu boleh menjadikanmu terjebak dalam masalah kewangan. Berhati-hati! Fikirlah dengan was-was sebelum membuka mulutmu atau menandatangani namamu. Pelajaran di sini merujuk kepada masalah bebal menajajamin bagi seorang kawan kepada orang asing (Ams 6:1-5). Ada dua bahagian – kehematan kewangan dan menjaga ucapanmu dan tandatanganmu. Kedua-dua isu boleh banyak merugikanmu. Kedua-dua isu memberi amsal ini nilai yang besar.
Salomo telah memberi amaran kepada anak lelakinya beberapa kali tentang penajajaminan, yang bermaksud untuk menjamin supaya kawan menepati janjinya kepada pihak yang ketiga, kerap kali seorang pemiutang (Ams 6:1-5; 11:15; 17:18; 20:16; 22:26-27; 27:13). Aktivi moden yang serupa dengan itu ialah perbuatan saling menandatangani suatu pinjaman bank bagi seorang kawan. Sementara Salomo merupakan raja, pasti ada banyak bendalu yang ingin bantuan percuma daripada putera dirajanya.
Perbuatan saling menandatangani, atau penajajaminan, ialah cara yang mudah untuk menunjukkan kemurahan dan kebesaran pengaruhmu. Hanya satu perkataan, menjabat tangan, atau tandatangan akan mengesahkannya. Kawanmu berhutang kepadamu, dan keangkuhan hidupmu dapat bermegah dalam kuasa kewanganmu itu. Tetapi untuk membayar semula hutang tersebut sekiranya kawanmu tidak melaksanakan tanggungjawabnya, akan merugikanmu dengan teruk. Salomo sudah memberi amaran bahawa seorang pemiutang akan mungkin dapat merampas petiduranmu (Ams 22:26-27)!
Dalam perniagaan, potensi hutang kewangan dipanggil sebagai liabiliti bersyarat – yang bermaksud, jika mana-mana hal tidak berjalan dengan lancar, maka timbullah keberhutangan untuk membayar. Orang yang berhemat sangat berhati-hati tentang potensi risiko. Dia mengelak menandatangani, kecuali pada waktu kecemasan atau keperluan; dia menjamin diri dengan insuran dengan berhikmah; dia melabur dengan berhati-hati; dia menaakuli “peluang berniaga” secara was-was; dia menandatangani kontrak dengan berat hati; dia tidak akan mempertaruhkan ladangnya bagi apa pun akal baru; dia menyimpan simpanan rizab; dia jarang memakai hutang untuk beroperasi; dan dia menjaga penilaian kreditnya.
Hikmah tersebut ditolak pada zaman kini. Selain daripada membayar secara tunai, kebanyakan orang meminjam untuk kereta, atau lebih teruk, mereka memajakkannya. Apakah yang akan terjadi jika kamu kehilangan sumber pendapatan dan tidak dapat membayar ansurannya? Kamu berhutang lebih daripada nilai kereta itu. Kamu sudah tersangkut! Kamu sudah terjerat! Bagaimana pula dengan membeli sebuah rumah dengan kosong cagaran, membiayainya dengan pinjaman jenis bayaran faedah sahaja, dan pembiayaan ekuiti sebanyak 125% nilainya? Apakah yang akan terjadi jika nilai rumah jatuh 5% dan kamu perlu berpindah?
Hikmah kewangan dalam amsal ini besar. Orang berhemat berbuat janji dalam kontrak dan dalam hal hutang hanya dengan keseriusan besar dan hanya selepas penaakulan yang was-was. Kecairan kewangan dan kebebasan peribadi adalah sungguh penting kepada orang berhikmah. Mereka benci hutang! Tetapi ada lebih hikmah dalam amsal ini. Kamu harus menjaga ucapanmu dalam segala hal, dan kamu harus menjadi orang yang menepati janji. Salah satu cara untuk mencapai kedua-dua itu adalah untuk menjadi sungguh perlahan dalam hal janji.
Daud dan Salomo memberi amaran tentang hal menepati nazar, dan itu dibantu dengan bernazar dengan berat hati (Maz 15:4; 24:4; Pkh 5:1-7). Mengumpat, memfitnah, membawa mulut, dan membisik semua dapat dielakkan dengan ketekunan menjaga ucapan tentang orang lain (Ams 11:13; 20:19; 25:9-10). Kurang perkataan lebih baik (Ams 10:19; 17:27-28), dan ucapan yang perlahan ialah kewajaran (Yak 1:19-20).
Untuk menjadi orang yang berintegriti, buat hanya janji yang kamu dapat tepati. Jika kamu berjanji untuk berada di suatu tempat pada sesuatu masa, pergilah awal. Jangan berjanji dengan melulu, kerana sesudah kamu berucap, kamu terikat untuk menepati janjimu. Pencapaian mungkin bergantung kepada ketekunan; penepatan masa mungkin bergantung kepada pengurusan masa; tetapi kedua-dua itu boleh dibantu dengan hanya berbuat janji dengan sungguh berhati-hati dan meninggalkan sedikit ruang dalam anggaranmu.
Orang bebal dan orang durjana membabi buta dan membuat janji yang tidak dapat ditepati mereka (Ams 12:13; 18:7). Bibir mereka memerangkap diri ke dalam masalah. Pertimbangkan Herodes dan sumpahnya kepada anak perempuan Herodias (Mat 14:3-11). Jika kata-kata sudah diucapkan dan suatu jerat disiapkan, maka jalan pemulihan nasihat Salomo adalah untuk berbuat apa pun untuk melepaskan diri daripada janji itu dan menjadikan kawanmu penajajamin bagi dirinya sendiri (Ams 6:3-5).
Ada dua peraturan hikmah untuk diingat tentang penajajaminan dan janji secara am. Pertama, penajajaminan dibenarkan untuk keperluan atau kebajikan (Ams 18:24; 19:17; Maz 112:5; Flm 1:18-19). Amsal ini mengutuk janji-janji yang melulu atau yang melampau. Kedua, suatu janji yang dibuat secara jujur tidak terikat jika niat pihak yang lain itu bukan jujur dan/atau kesan-kesannya akan menjadi berdosa atau berbahaya (1Raj 2:12-25). Hadnya harus difahami oleh kedua-dua pihak jika mungkin, atau kamu mungkin juga mendasarkan janji itu kepada Allah sebagai Hakim.
Tetapi bagaimana pula dengan Allah sendiri? TUHAN Jehovah membuka mulutNya dan tidak dapat berpatah balik. Dia telah menjanjikan hidup yang kekal sebelum permulaan dunia (Tit 1:2). Dia bukan seperti manusia – Dia tidak boleh berbohong atau mengubahkan fikiranNya (Bil 23:19). KeadilanNya menuntut bayaran penuh. Tak seorang pun dapat membayar itu. Jadi, tanganNya sendiri membawa keselamatan. Yesus Kristus menjadi Penajajamin bagi umatNya untuk membayar harga bayaran yang perlu bagi mereka. Syukur kepada Allah untuk pemberianNya yang tak terkatakan!