6:23
Sebab perintah itu pelita; dan hukum itu cahaya; dan teguran-teguran berarahan ialah jalan kehidupan.
Ibubapa yang baik memberi amaran kepada anak-anak mereka tentang dosa seksual. Anak-anak yang baik menghargai hikmah dan peraturan ibubapa mereka dan diselamatkan daripada masalah di dalam kehidupan mereka yang berpunca daripada dosa-dosa popular demikian.
Ibubapa yang bebal terlalu sibuk, terlalu khuatir akan hal-hal kehidupan yang kurang penting, tangguh terlalu lama, terlampau senonoh sehingga tidak terus-terang dengan anak-anak mereka, tidak ada perkahwinan yang romantis yang dapat memperoleh hormat anak-anak mereka, atau meninggalkan tugas memberi amaran kepada orang lain, seperti pastor.
Bacalah amsal ini semula. Perintahnya, hukumnya, dan tegurannya yang berarahan ialah peraturan-peraturan ibubapa dan amaran terhadap dosa-dosa seksual. Itulah konteks amsal ini (Ams 6:20-35). Bahagian kedua yang kemudian dari amsal ini berbunyi, “Untuk memeliharamu daripada perempuan jahat, daripada pengampuan lidah perempuan asing” (Ams 6:24).
Salomo dan isterinya telah memberi amaran kepada anak lelakinya tentang perempuan lacur dan perzinaan (Ams 6:20-35). Dia merayu kepada anak lelakinya untuk mengingati arahan-arahan mereka tentang kesan terkutuk dosa-dosa seksual (Ams 6:20-24). Perintah di sini adalah daripada Salomo sebagai ayah; hukum adalah daripada isteri Salomo sebagai isteri; dan teguran-teguran yang jamak itu adalah daripada kedua-dua mereka (Ams 6:20).
Ibubapa harus mengajar dan memberi amaran kepada anak-anak mereka (Ams 22:6; 29:15; Ula 6:4-9; 29:29; Efe 6:4). Dan teguran-teguran dan arahan mereka haruslah melibatkan nasihat dan amaran kerap akan dosa-dosa seksual, yang disebut kerap kali dalam nas-nas Alkitab dan Amsal (Ams 7:6-27; Kej 2:24-25; 39:7-12; Ima 18:6-30; 20:10-24; 2Sam 11:1-27; Mal 2:10-16; Mat 5;27-32; 1Tes 4:3-8, dsb).
Ibubapa, terutamanya ibu, melabur banyak masa dan tenaga di dalam anak-anak punya persekolahan, kerja rumah, sukan, hiburan, dan seni. Tetapi kurang ibubapa, terutamanya ibu, mengajar mereka tentang seks. Anak-anak Kristian mungkin jahil bagaimana diri mereka disenyawakan, sementara tiada keterpesonaan, pandangan, jamahan, atau kata-kata di antara ayah dan ibu mereka tentang seks atau asmara cinta. Sementara hormon menyala keberahian dan fikiran mereka, mereka tertanya-tanya kalau ibubapa mereka faham.
Si iblis memakai Zaman Victoria dan kesalahan-kesalahan lain untuk menjelmakan pendekatan yang terlampau senonoh kepada seks yang tidak seiras dengan Alkitab. Melebihi apa pun yang difikir orang Kristian yang tua-tua, Alkitab sungguh positif terhadap hal seks. Bacalah Kidung Agung! Penahanan keinginan seks dan kesenyapan tentang seks terus membawa huru-hara perkahwinan-perkahwinan yang disfungsi, dan itulah yang menghasilkan revolusi seksual untuk mengatasi pengherotbenyotan yang tidak salih ini. Kebenaran ada di tengah-tengah dua parit ini.
Ibubapa yang salih merupakan kekasih yang bahagia dan menggalakkan seks berkahwin kepada anak-anak mereka, tetapi mereka dengan sepenuhnya mengutuk perzinaan, mengehadkan peluang dengan jantina yang lain, melarang ikatan emosi, membasmikan keberahian muzik, buku, wayang, dan Internet, mengaturkan dating bercaperon, mengetawakan aliran-aliran baru, mengambil langkah-langkah pencegahan supaya mengekalkan keperawanan, dan menggalakkan perkahwinan yang awal.
Hai Ayah! Adakah anak-anakmu tahu perintah-perintahmu? Adakah ia alkitabiah dari segi keterusterangan dan batasan? Sudahkah kamu menjelas dan menerang kepadanya dengan secukupnya? Sudahkah kamu dengan jelas menerangkan godaan-godaan seksual? Sudahkah kamu memperakui kemahuan seks yang semakin bangkit di dalam anak-anakmu? Sudahkah kamu menjelaskan bahawa kenikmatan jangka masa pendek tidak berbaloi kerana kesan-kesan jangka masa panjangnnya? Sudahkah kamu ada bersampingan mereka mengharungi kegeraman seks semakin remaja?
Hai Ibu! Sudahkah kamu memberi hukum-hukum kepada anak-anakmu tentang cinta dan seks? Adakah peraturan-peraturanmu bebas daripada kebebalan keterlampausenonohan dan berasaskan hikmah Alkitab yang sihat? Adakah hukum-hukummu jelas difahami mereka? Adakah anak-anakmu percaya kamu sebagai perempuan yang berhikmah dan yang seimbang dalam hal-hal ini? Adakah kamu seaktif ibu-ibu Amsal dalam hal menguatkuasakan hukum-hukum (Ams 1:8; 6:20; 31:1-3)?
Hai anak! Allah tidak kisah berapa umurmu. Jika kamu ada ibubapa, kamu seorang anak. Remaja enam belas tahun tidak tahu apa pun tentang cinta, seks, dan perkahwinan, dan mereka tidak lebih baik pada umur dua puluh tahun. Satu-satunya perkara yang mereka pandai benar adalah untuk mencari masalah emosi dan masalah seksual. Sementara penuh dengan kebebalan dan nafsu, kamu merupakan suatu bencana yang akan terjadi (Ams 7:7; 22:15; Maz 25:7; Pkh 11:9-10; 2Tim 2:22). Dengarlah ibubapamu! Allah mengutus mereka untuk melindungimu daripada dirimu sendiri.
Hai anak! Amsal ini terutamanya bagi dirimu. Salomo memberitahu anak lelakinya bahawa perintah ayahnya dan hukum ibunya merupakan pelita dan cahaya untuk menjauhinya daripada masalah dosa seksual yang gelap dan yang pedih sekali. Gabungan teguran-teguran dan arahan ialah satu-satunya jalan untuk menikmati kehidupan yang baik. Percayalah itu, sebab kalau tidak, kamu mati (Ams 2:18; 5:5; 7:27; 9:18). Dan ingat, ada lebih daripada satu cara untuk mati, sebab kehidupan boleh menjadi lebih pedih daripada maut (Ams 1:24-31; 5:23; 13:15; 22:5).
Hai anak! Kebahagiaanmu dan kejayaanmu bergantung banyak kepada hal mengelak parut kekal dan kesan-kesan kebebalan seksual yang mahal benar. Percayalah ibubapa Kristianmu, yang mewakili Allah di dalam kehidupanmu, sebab Dia telah menciptakanmu dan membentuk cinta, seks, dan perkahwinan. Dia mengenal lebih tentang itu dan bagaimana menikmati itu lebih daripada apa yang dunia tahu kalau sama sekali bergabung pun. Ini patutlah cukup nyata dengan melihat masalah-masalah dunia – perkahwinan sejenis, kadar penceraian tinggi, dan percabulan-percabulan lain.
Hai Pembaca! Allah ialah Bapa yang hebat kepada anak-anakNya. FirmanNya diisi penuh dengan nasihat sempurna dan perintah-perintah mulia bagi mana-mana pun subjek, termasuk kepuasan seksual di dalam perkahwinan yang mengasihi. Ia tugasmu dan kelebihan pada dirimu untuk belajar firmanNya tentang subjek ini dengan menjadi sebuah gereja di mana seluruh nasihat Allah diajar tanpa kompromi dan tanpa malu. Sebahagian besar pengudusanmu ialah ketaatan seksualmu kepada Allah (1Tes 4:3-8; 1Kor 7:1-5).
Kehidupan yang melimpah dalam setiap aspek bergantung kepada dirimu untuk belajar dan mentaati firmanNya, iaitu Alkitab (Ams 3:13-18; Maz 19:11; 34:12-16; Yoh 10:10). Nas-nas kitab Allah ialah pelita dan cahaya untuk menunjukkanmu jalan untuk mengadakan kehidupan yang terbaik di dunia ini dan di akhirat.