6:30
Lelaki, jangan memandang hina seseorang pencuri, jika dia mencuri untuk memuaskan jiwanya ketika dia lapar;
Sesetengah dosa dapat kita faham mengapa ia dibuat, walaupun dosa itu tidak boleh diketepikan sebegitu sahaja. Perzinaan bukanlah salah satu daripadanya. Sesetengah dosa ada faktor yang membantu untuk menjelaskannya, tetapi tiada alasan untuk perzinaan.
Orang lapar yang mencuri makanan untuk hidup tidak melakukan jenayah yang sungguh keji, meskipun dia harus membayar untuk pencuriannya itu (Ams 6:31). Tetapi perzinaan ialah jenayah yang keji, yang tidak dapat dijelaskan atau difahami. Tiada apa pun keadaan atau faktor peringan untuk memperbenarkan semuanya itu. Tidak kira apa pun alasan yang diberi, perzinaan tidak dapat dipertahankan dengan apa pun cara.
Amsal ini berkenaan perzinaan, sebab Salomo membandingkannya dengan mencuri untuk membantu anak lelakinya menanggap betapa kejinya dosa itu sebenarnya. Walaupun ada sedikit belas kasihan yang akan ditunjukkan kepada pencuri untuk keperluan makanannya, tiada belas kasihan sebegitu yang akan ditunjukkan kepada lelaki atau perempuan yang mencabuli waad perkahwinan dan mengkhianati pasangannya untuk berintim dengan orang lain.
Salomo dan isterinya, ibubapa yang hebat, telah memberi amaran kepada anak lelakinya tentang perempuan lacur dan hal perzinaan (Ams 6:20-35). Salah satu hujahannya adalah untuk menunjukkan sifat keji dosa ini, yang menjadikannya tidak serupa dengan dosa-dosa lain (Ams 6:29-33; Ayb 31:9-12). Perzinaan ialah suatu percabulan perkahwinan yang sebegitu teruk sehingga orang yang dikhianati biasanya tiada belas kasihan bagi si penzina (Ams 6:33-34).
Salomo membandingkan hal mencuri makanan untuk memuaskan kelaparan dengan hal mencuri isteri orang lain untuk kenikmatan intim. Ini berdua tidak dapat dibandingkan. Kelaparan ialah dorongan yang sungguh berkuasa, dan makanan adalah wajib untuk kehidupan. Lelaki dapat faham jika seorang pencuri mencuri makanan untuk memuaskan kelaparannya. Tetapi meskipun manusia memahami keperluannya, mereka akan masih menuntut supaya dia membayar balik sepenuhnya (Ams 6:31). Sudah tentulah, itulah zaman ketika keadilan Allah diperkuatkuasakan, bukan seperti generasi yang keperempuanan ini.
Keadaan-keadaan tertentu separuh memberi izin kepada sesetengah dosa, seperti mencuri makanan untuk hidup (Ams 30:7-9). Ia masih melanggari hukum kelapan, maka ia masih suatu jenayah yang layak untuk hukuman. Orang lapar sudah patut mengemis, meminjam, atau memungut saki-baki tuaian, daripada mengambil harta milik jirannya. Dia sudah patut menjual aset untuk memperoleh makanan. Sementara dia tidak berbuat demikian, dia kena menghadapi keadilan dan membayar balik nilai pencurian itu tujuh kali ganda, meskipun hukuman itu mungkin merosakkannya secara kewangan (Ams 6:31).
Jika mencuri makanan untuk mengelak kebuluran dihukum dengan sebegitu keras, meskipun manusia menganggap itu perbuatan yang boleh difahami, berapakah kerasnya patut hukuman dikenakan bagi hal perzinaan, yang adalah keji dan langsung tidak dapat dijelaskan atau diperbenarkan sama sekali? Hujahan itu sungguh berkuasa! Salomo mengajar anak lelakinya, bahawa perzinaan itu ialah dosa yang teruk yang tidak dapat ditutupi, diampuni, atau difahami (Ams 6:26-35). Jauhilah diri daripada itu, supaya jangan kamu menodai jiwamu dan reputasimu dengan kekal.
Apakah yang digambarkan Hollywood? Mereka mempertunjukkan perzinaan sebagai sebahagian kehidupan yang glamor, semua orang pun melakukannya, dan kenikmatannya jauh melebihi kenikmatan kasih perkahwinan. Apakah yang disebut mahkamah? Mahkamah sebut bahawa berzina itu bukan lagi suatu jenayah, meskipun kamu mencabuli tabii dan memakai pasangan yang sama jantina denganmu. Apakah yang disebut ahli psikologi? Mereka berkata bahawa perzinaan mungkin dapat memajukan lagi perkahwinan dan mencetuskan lagi kehangatan romantis.
Tetapi apa yang disebut TUHAN Jehovah dalam Alkitab? Inilah sahaja yang penting, sebab kehendakNya dan firmanNya sahaja merupakan kebenaran mutlak bagi hal ini atau apa pun subjek yang lain (Maz 119:128). Dia berfirman bahawa perzinaan ialah pelanggaran yang layak dihukum mati melalui perejaman batu (Ima 20:10; Ula 22:22-24). Jika mahkamah sivil tidak mahu menghakiminya, maka Allah Sendiri akan menghakimi para penzina baik lelaki mahupun perempuan (Yeh 23:45-47).
Jika sahabat-sahabatmu berbuat zina atau melakukan seks bersahaja, Allah akan menghakimimu kerana mempunyai kawan yang sebegitu (Maz 50:16-22). Jika kamu membenarkan hiburan muzik atau wayang yang menglamorkan, memperbenarkan, atau memperlekehkan dosa besar seks bersahaja atau perzinaa, maka Allah akan menghakimimu (Rom 1:32). Kamu harus menjadi seperti Daud dan menyahkan orang sebegitu dan hiburan sebegitu daripada kehidupanmu (Maz 101:3).
Apakah jenis gereja yang dihadirimu? Adakah perkara menentang seks bersahaja itu dikhutbahkan keras dan kerap kali? Adakah sahabat sebegitu ditentang hebat dalam khutbah? Adakah penceraian kerap ditentang hebat dalam khutbah? Jika tidak, maka kamu memerlukan gereja baru. Agama sejati Yesus mengutuk sekuat-kuatnya hal perzinaan dalam segala bentuk itu (Mat 5:27-32; Gal 5:19-21; 1Tes 4:3-8; Ibr 13:4).
Seorang penzina pun tidak akan berada di syurga, kecuali orang yang telah diselamatkan melalui kematian Yesus Kristus yang memperbenarkan orang dalam kehendak pemilihan pertimbangan Allah yang dari kekekalan (Wah 21:8; 1Kor 6:9-11). Dengan penggantian kematian oleh Manusia sempurna ini sebagai Adam yang kedua, Dia akan menyelamatkan semua umatNya daripada dosa-dosa mereka, malah dosa seks bersahaja dan perzinaan (2Sam 12:13; Yoh 8:1-11; Rom 5:19). Panggil kepada Dia pada hari ini juga!