6:5
Bebaskanlah dirimu bagaikan kijang daripada tangan si pemburu, dan bagaikan burung daripada tangan si pemikat burung.
Ada waktu untuk menjadi terburu-buru! Untuk dengan liar memakai segala tenaga untuk melepaskan diri! Untuk dengan ganas berbuat apa pun untuk keluar daripada bahaya! Fikir tentang hal lemas dan keinginan yang timbul kerana itu untuk naik ke atas permukaan air. Sesetengah risiko ada bahaya yang besar. Banyak orang tidak membenarkan apa pun sikap tangguh-menangguh. Kamu harus bertindak, dan kamu harus bertindak sekarang juga. Kamu harus dengan ganas berbuat apa pun yang kamu dapat buat untuk melindungi dirimu.
Urusan kewangan boleh menjadi pedih dan harus diakhiri sebaik sahaja kamu sedar kesilapanmu. Jika kamu dengan bebal telah menyerahkan diri kepada risiko yang tidak diperlukan, maka keluar dari urus niaga itu, dengan serta-merta. Kamu harus melepaskan diri daripada jerat yang telah memerangkapmu sebelum ia menutup sepenuh-penuhnya. Jadilah terburu-buru untuk melepaskan diri sebelum masalah sampai. Demikianlah Raja Salomo memberi amaran kepada anak lelakinya terhadap hal menandatangani pinjaman (Ams 6:1-5).
Kijang ialah spesies rusa, yang mendiami sesetengah kawasan Eropah dan Asia. Ia laju dan memecut dengan pantas dan berlari cepat ketika ditakutkan si pemburu. Ia mampu untuk dengan terburu-buru memecut melepaskan diri sebelum si pemburu melepaskan anak panah kepadanya. Pemburu yang ada senapang pun kena bekerja keras untuk mendapatkan kijang ini. Kijang ini dapat melepaskan diri pun daripada pelbagai spesies kucing yang pemangsa.
Burung-burung tidak suka ditangkap di dalam jaring si pemikat burung. Mereka akan dengan gila meronta-ronta memakai segala tenaga dan kekuataannya untuk melepaskan diri daripada jaring itu. Pergerakannya yang gila, disebabkan ketakutan yang amat besar dan yang ikut naluri. Ia memedihkan hati ketika dilihat, sementara seekor burung boleh benar-benar menunggangbalikkan dirinya dalam usahanya untuk mendapat kebebasannya semula.
Hai pembaca, adakah kamu mendengar? Adakah Pengkhutbah ini mendapat perhatianmu? Salomo memberi amaran kepada anak lelakinya tentang komitmen kewangan yang bebal, terutamanya saling menandatangani pinjaman. Menjadi anak lelaki raja akan membawa godaan kewangan, kerana kawan-kawannya akan bermohon kepada dia untuk menajajamin pinjaman dan hutang-hutang yang lain. Sementara dia kaya, dia mungkin dengan mudah bersetuju kepada hal-hal demikian supaya menjadi punca kelulusan pinjaman kawan-kawannya.
Kalau komitmen yang bebal itu sudah dibuat, maka Salomo menjelaskan kepada anak lelakinya, bahawa dia harus sekurang-kurangnya cuba keluar daripada komitmen itu sebelum dana dikeluarkan oleh kawan tersebut (Ams 6:1-5). Jika mulutnya telah mengikat diri kepada masalah kerana bergegas menjanjikan ikatan penajajaminan, maka dia tidak harus membenarkan keangkuhan menahan dia daripada memusing balik hala urusan itu, dan dia tidak harus membenarkan hal tidur menahan dia daripada mengusahakan tugas itu.
Hikmah melibatkan pengurusan kewangan yang berhikmah. Ia memberi amaran terhadap hal menandatangani janji; ia memberi amaran terhadap hutang; ia memberi amaran bahawa kekayaan adalah sementara; ia memberi amaran terhadap liabiliti-liabiliti yang bersyarat (Ams 22:26-27; 22:7; 27:24; 22:3). Ia mewajibkan pemakaian simpanan dan pemberian (Ams 6:6-8; 11:24-26). Orang berhikmah mengekalkan kehidupan kewangan mereka dengan tidak rumit semungkin untuk meminimakan risiko dan memenuhi tugas-tugas tanggungjawab mereka. Jika kamu berada dalam apa pun situasi kewangan yang mengikat atau yang berisiko, jadilah seperti kijang atau burung. Keluar daripadanya! Sekarang juga!
Sesetengah negara punya undang-undang kewangan ada hak memansuhkan mana-mana kontrak kewangan yang telah ditandatangani supaya adanya tempoh beberapa hari untuk membatalkan urusan itu. Amsal ini memang berkaitan – masamu memang terhad, maka jadilah terburu-buru untuk mendesak sampai keluar daripada urusan itu. Jika kamu dapat mencium sedikit bau skim cepat kaya pun, keluar sahaja. Jika kamu telah menyerahkan diri kepada gadai janji tanah secara melulu, mansuhkanlah janji itu. Jika kamu seorang pelabur atau pedagang, putuskanlah kadar kerugianmu, dan biar kadar keuntunganmu berlangsung.
Pelajaran amsal ini juga dipakai di bahagian-bahagian kehidupan yang lain dalam kehidupan. Kedambaan bagi emosi atau bagi jasmani seseorang yang kamu tidak boleh kahwin membawa kepada perbuatan berkendak. Sesetengah dosa kamu boleh lawan, tetapi dosa ini hanya dapat dipatahkan oleh perbuatan melarikan diri (Ams 4:15; 5:8; 2Tim 2:22). Jadilah terburu-buru. Yusuf berbuat seperti kijang dan burung, ketika isteri Potifar mendekatinya (Kej 39:12). Berapa banyak lagi kehebatan akan ditambahkan kepada Simson kalau dia bersikap seperti kijang dan burung? Namun, dia telah berlengah-lengah, dan Delila menakhlukinya.
Bagaimana pula kalau kamu sudah bertunang, tetapi kamu ragu-ragu akan ketakutan Allah pada orang dan juga ragu kalau orang itu orang yang diperlukanmu? Peraturannya mudah – apa pun masalah yang dapat dilihatmu sebelum perkahwinan akan menjadi sepuluh kali ganda lebih teruk selepas itu (Ams 30:23). Keluar, sekarang juga! Keaiban memutuskan pertunangan tidak boleh dibandingkan kepada kepedihan lima puluh tahun dengan pasangan yang menjelekkan. Keluar daripada pertunangan itu sebelum perangkap kahwin tutup dan mengikat dirimu selama-lamanya dalam pegangan seperti besi itu.
Adakah kamu terburu-buru untuk mentaati Allah? Daud bergegas untuk memegang perintah-perintahNya (Maz 119:60). Abraham bangun awal-awal untuk mentaati permohonan yang cukup keras (Kej 22:1-3). Cara kerajaan syurga dimasuki adalah dengan daya yang ganas – kesungguhan yang terburu-buru untuk membentuk kehidupanmu menjadi seperti Yesus Kristus (Mat 11:12). Kamu harus berjerih lelah untuk berebut ke pintu yang suntuk (Luk 13:24; 16:16). Kamu harus mengerjakan keselamatanmu dengan takut dan gementar (Flp 2:12). Apakah hal baik yang patut kamu buat pada hari ini?