6:4
Jangan memberi tidur kepada matamu, dan juga jangan kantuk kepada kelopak matamu.
Jika ada sesuatu yang harus kamu buat untuk menjadi berhikmah, kamu patut melakukannya dengan serta-merta. Sementara menjadi penaja jamin, yang menjamin hutang orang lain, ia mungkin boleh jadi perangkap (Ams 6:1-5). Jika kamu telah dengan bebal telah berjanji sedemikian, maka pakailah apa pun jalan dan ketangkasan untuk keluar daripada janji itu pada hari ini juga. Dalam segala hal kesalihan, kehematan, kebenaran, dan hikmah, sekarang, pada hari ini, merupakan waktu untuk taat.
Keangkuhan hidup menggoda manusia untuk memikir bahawa mereka lebih terjamin secara kewangan daripada apa yang sebenarnya. Mereka akan dengan mudah mengikut gerak hati bersetuju untuk menjamin janji pinjaman atau keberhutangan kepada kawan-kawan mereka untuk menjamin suatu urusan lalu tampil seperti orang yang penting secara ekonomi. Dalam istilah bidang perakaunan dan perdagangan, tindakan yang tidak cermat ini dipanggil salah urus liabiliti bersyarat.
Sementara kamu ada kemudahan insuran yang murah untuk apa pun aset atau aktiviti, dan sementara kamu hidup dengan risiko yang lebih besar (contohnya kereta), kos perubatan yang sangat tinggi, dan penularan kes saman di mahkamah, kamu juga melanggari amsal ini dengan mengabaikan insuran yang berhemat, terutamanya insuran liabiliti. Hikmah Allah adalah untuk mengelak pendedahan kepada kerugian.
Salomo kerap kali memberi amaran tentang kesilapan berjanji untuk membayar bagi orang lain (Ams 6:1-5; 11:15; 17:18; 20:16; 27:13), sebab itu boleh mengejutkanmu dengan keberhutangan yang tidak dijangkakan. Jika si pemiutang datang, kamu mungkin tidak dapat membayar (Ams 22:26-27). Kamu akan mendedahkan keluargamu kepada risiko yang tidak perlu. Bukan semua penajajaminan salah, tetapi ia harus dilakukan dengan sungguh cermat.
Betapa pentingkah amaran ini? Apakah amaran yang diberi Allah dan Salomo tentang risiko yang mungkin menanggung liabiliti atau kerugian? Jika kamu terlibat dalam hal penajajaminan atau pendedahan kepada risiko, maka buat segalanya yang diperlukan untuk melindungi dirimu pada hari ini juga. Jangan menangguh! Bagaimanakah kamu tahu bahawa kecelakaan tidak akan menimpamu pada hari ini? Keluarlah dari perangkap itu dengan lekas. Dengan serta-merta! Sekarang juga!
Hai pembaca, adakah kamu berjanji untuk membayar hutang orang lain, jika mereka sendiri tidak bayar? Adakah kamu kongsi menandatangani mana-mana pinjaman orang lain? Adakah kamu berjanji secara peribadi bahawa kamu akan menjelaskan sesetengah perbelanjaan orang lain? Sudahkah insuran perubatan peribadimu yang terkini dijelaskan? Liabiliti automobil? Perubatan? Liabiliti rumah? Adakah insuran perniagaanmu yang terkini sudah dijelaskan? Terutamanya liabiliti? Carilah perlindungan pada hari ini juga.
Dalam apa pun isu kewajaran, kebenaran, atau hikmah, kamu patut memperbetulkannya dengan serta-merta. Daud telah berkata, “Aku bergegas, dan tidak menangguh untuk memegang perintah-perintahmu”. Inilah tindakan ghairah setiap anak Allah yang sejati. Kamu punya sama tak? Bergegas adalah bebal, malah berdosa dalam situasi yang mewajibkan sikap kecermatan dan hikmah, tetapi bergegas satu-satunya jalan yang betul kalau berkenaan hal mentaati Allah.
Jika kamu telah berdosa kepada Allah, patutnya ada satu-satunya waktu kamu mengaku dan bertaubat – sekarang juga (Yes 55:6-7). Jika kamu marah dengan tanpa sebab kewajaran, maka buanglah marah itu sebelum matahari terbenam (Efe 5:26). Yesus menyatakan supaya meninggalkan sembahyang beramai-ramai sehingga kamu memperbetulkan masalah-masalah yang peribadi (Mat 5:23-24), dan itu merupakan agama sejati yang disebut di seluruh Alkitab (Yes 1:10-20; 58:1-12; 66:1-4).
Kamu tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari esok, maka jangan merancang dengan meneka rancangan itu terjamin (Ams 27:1; Yak 4:13-17). Gabenor Feliks diinsafkan khutbah Paulus, tetapi menangguhkan itu ke “waktu yang lebih sesuai”, yang tidak pernah sampai (Kis 24:24-27). Raja Agripa berkata bahawa dia hampir terpujuk (Kis 26:27-29), tetapi ketiadaan bukti perpalingan. Betapa ruginya itu!
Salomo memberi amaran bahawa Allah akan menghakimi dengan tiba-tiba dan tanpa penawar, jika kamu menolak terlalu lama (Ams 29:1). Yesus Kristus akan bersumpah dalam murkaNya menentang orang yang membazirkan kesempatan bertaubat (Ibr 3:7-19; Wah 2:20-23). Jika kamu ada apa pun keinsafan dalam kehidupan untuk apa pun hal, hari ini dan sekarang ialah waktunya untuk menyelesaikannya. Jangan nak tidurkan hal itu. Lakukannya sebelum matahari terbenam.