Amsal · Proverbs

7:17
Aku telah mengharumkan katilku dengan mur, gaharu, dan kayu manis.

Katil yang berbau seperti syurga tidak memperbenarkan perbuatan berkendak/berzina yang kenerakaan. Perempuan asing memang menyeluruh dalam godaannya, seperti dalam perlanjutan perumpamaan Salomo tentang seorang lelaki muda yang dibawa ke maut dan neraka oleh tipu muslihat perempuan itu (Ams 7:27). Perempuan itu tidak meninggalkan apa pun kepada nasib. Dia pakar dalam seni perempuan, dan dia menyiapkan suatu kepuasan deria-deria tubuh untuk menangkap mangsanya.

Perumpamaan ini panjang bercerita dengan butir-butir bagaimana seorang penzina perempuan menggoda seorang mangsa lelaki (Ams 7:6-23). Salomo dengan cukup terang menjelaskan godaan dan penawanan itu supaya anak lelakinya mengambil perhatian (Ams 7:1-5,24-25). Salomo dengan secukupnya menggambarkan kuasa godaan (Ams 7:21-22,26) dan mengajar keseraman kesan-kesan itu (Ams 7:23,27). Dalam ayat yang singkat di hadapanmu, dia meneruskan suatu penjelasan katilnya yang disiapkan dengan istimewa (Ams 7:16-17).

Katil yang sudah disembur minyak wangi ialah suatu tambahan ciri erotik untuk berasmara cinta. Mur, iaitu damar daripada beberapa jenis spesis tumbuhan yang dipakai untuk minyak wangi dan dupaan, dianggap ada bau “yang mendalam dan yang menghantui”. Gaharu, iaitu damar atau kayu daripada pokok Gaharu, ada bau yang berbau manis, kayu dan buah. Kayu manis pula, ialah rempah yang ada bau yang manis dan yang kayu yang dipakai kebanyakan orang. Kalau ketiga-tiga ini bergabung, gambaran deria bau akan katil ini memang sungguh menarik.

Cara Roh Kudus berurus dengan topik seks dan dosa secara sungguh berbeza daripada cara banyak ibubapa Kristian. Kebanyakan ibubapa masih terlampau senonoh dan malu akan penjelasan yang diberi seperti perumpamaan ini. Mereka tidak akan bercakap tentang hal-hal ini atau dalam cara demikian kepada anak-anak mereka. Mereka seakan-akan fikir diri mereka lebih kudus daripada Roh Kudus. Mereka membuat anggapan bahawa subjek-subjek perbincangan seperti ini tidak harus dibawa untuk dibincang dengan kanak-kanak.

Hasil pengherotan ini sungguh memedihkan – kanak-kanak tahu bahawa ibubapa tidak mahu ikut kenyataan hidup, maka mereka tidak akan lagi mencari nasihat ibubapa, mereka tidak bersedia untuk godaan-godaan dunia, dan mereka memasuki perkahwinan dengan cukup jahil dan keliru yang mengakibatkan perlanjutan lagi disfungsi seksual bagi generasi yang kemudian. Hai kaum ibubapa, biar Kitab Suci menjadi pembimbingmu, dan janganlah bersandar kepada pemahamanmu sendiri atau cara kamu dibesarkan tentang apa pun subjek (Ams 3:5-6).

Hai lelaki Kristian, Salomo yang berilham dalam kitab Amsal ialah ayah yang terulung. Dia menunjukkan kasih dan prihatin yang paling besar bagi anak lelakinya dan bahaya-bahaya akan hal berkendak dan hal berzina. Ia merupakan hikmah Allah kalau kamu berurus dengan hal-hal ini secara terbuka, terus terang, dan dengan sungguh berkuasa seperti perumpamaan dalam bab/fasal Amsal ini. Peluklah pendekatan Salomo. Jangan menolaknya.

Hai perempuan Kristian, Salomo yang berilham ialah pakar dalam bidang perempuan. Di sini dia menunjukkan seni perempuan yang sungguh menggoda. Seorang isteri yang menanggapi sesetengah hikmah di sini dan yang menanggapi Nyanyian Kidung Agung akan membantu suaminya daripada merantau dan membayang. Seorang ibu yang menyatakan sesetengah hikmah yang ada di sini dan yang ada di Nyanyian Kidung Agung kepada suaminya akan memperoleh keyakinan anak-anaknya dan menetapkan teladan seorang isteri salih kepada mereka. Sayangnya, sesetengah isteri yang Kristian tidak dapat faham, atau telah memberontak terhadap hikmah menjadi menarik secara seksual dan menggoda dalam perkahwinan.

Perhiasan dan meminyakwangikan katil ialah alat-alat tambahan untuk memerangkap kesemua deria seorang lelaki (Ams 7:16-17). Pengalaman persetubuhan akan menyenangkan dan dikenangkan. Bau yang mudah dapat membangkitkan kenangan-kenangan yang silam. Isteri yang sempurna dalam Nyanyian Kidung Agung Salomo telah meminyakwangikan dirinya sendiri dan pakaiannya juga (Kid 1:12-13; 4:10-15; 5:5).

Hai pemuda, biarlah kamu dengar baik-baik. Kenikmatan deria bau oleh perempuan lacur ini dan tawarannya untuk keintiman adalah sungguh-sungguh besar. Kenikmatan keharuman bergabung dengan kesukaan deria-deria lain, telah mencuri hati dan minda banyak lelaki. Hidungmu akan dengan cukup berkuasa memberitahumu bahawa makhluk yang hangat, yang diminyakwangikan, yang lembut, dan yang kewanitaan ini serta katilnya menawarkan kenikmatan yang sungguh besar.

Tetapi hai pemuda, pernahkah kamu mencium bau maut? Pernahkah kamu terhidu bau neraka? Pernahkah kamu terhidu bau peluh ketakutan? Pernahkah kamu menemui bau hati nurani yang tercemar? Ini merupakan bau teruk yang dibawa cahaya waktu pagi. Sumbatlah hidungmu sekarang juga dan larikanlah dirimu daripada perempuan ini. Dia berbohong! Katilnya berbohong! Minyak wanginya menyamar bau maut dan neraka yang sedang bersembunyi di sana (Ams 7:27). Sumbatlah hidungmu sekarang juga dan larikanlah dirimu daripada dia.

Jika kamu cukup dekat kepada perempuan ini untuk merasa kehangatan seksual bertambah dengan minyak wangi dari tubuhnya, kamu telah memilih kematian si bebal. Kamu sedang main pertaruhan nyawa yang 100% membunuh diri. Sumbatlah hidungmu sekarang dan larikanlah dirimu daripada dia. Satu-satunya keselamatanmu yang sejati adalah untuk menjauhi dirimu daripadanya (Ams 4:14-15; 5:8; Mat 5:29-30; Rom 13:14).

Tuhan Yesus Kristus, yang telah dijelaskan dengan cukup mulia oleh pemazmur dalam Mazmur 45, telah tampil sebagai Pengantin Lelaki Diraja dalam pakaian yang berbau mur, gaharu, dan kayu manis (Maz 45:8). Bau yang harum ini adalah untuk hiburan dan kenikmatan umatNya, yang telah dipilihNya sebagai pengantin perempuanNya yang abadi. Adakah Tuhan Yesus Kristus berharga kepadamu pada hari ini, hai pembaca?