7:18
Mari, biar kita memenuhi diri kita dengan kasih sampai pagi: biar kita menenangkan diri kita dengan asmara kasih.
Adakah nafsu itu kasih? Adakah seks itu kasih? Adakah nafsu atau seks membuktikan kasih? Adakah perlawaan seks itu suatu perlawaan kasih? Adakah persetubuhan itu benar-benar asmara cinta? Atau adakah istilah-istilah ini sering kali dikelirukan sampai membinasakan kehidupan?
Kebenarannya ialah – kamu boleh mengasihi orang lain tanpa seks semudah seperti kamu dapat bersetubuh tanpa kasih. Kasih yang tulen dan benar tidak bernafsu untuk menuntut kepuasan diri sendiri daripada yang lain, dan ia juga tidak mempertimbangkan seks di luar perkahwinan kerana membawa rasa salah, kepedihan, dosa, dan masalah.
Disinilah kata-kata godaan seorang perempuan asing, kata-kata bohong oleh seorang pelacur, dan kata-kata yang mengutuk ke neraka dan maut (Ams 5:5; 7:27; 9:18). Inilah kata-kata isteri Potifar, Delilah, Izebel, Cleopatra, dan perempuan-perempuan jahat yang lain. Bencilah kata-kata ini! Camkanlah penipuannya! Rasakanlah kesan-kesan pedihnya (Ams 5:4-5,9-11). Kenalilah bahawa mulut yang meluahkan kata-kata ini ialah suatu lubang yang dalam (Ams 23:27). Persiapkan diri daripadanya sekarang, sebab saat yang kamu mendengar kata-katanya itu, besar kemungkinan sudah terlambat untuk bersiap.
Banyak kata-kata sebegini telah membinasakan banyak lelaki yang kuat, sebab perhatian mengangkat-angkat yang diberikan perempuan asing ialah suatu godaan yang kuat dan alat yang boleh membunuh (Ams 2:16; 5:3; 6:24; 7:5, 21). Bagaimanakah seorang lelaki dapat menahan perlawaan yang lemah-lembut dan keinginan yang membara untuk kenikmatan intim yang datang daripada seorang perempuan yang ayu dan yakin (Ams 6:13-17)? Dia menjadi lemah demi perempuan itu, sama seperti Simson telah buktikan (Hak 16:4-21). Bagi setiap Yusuf, ada seribu Daud.
Lelaki muda, inilah suatu perlawaan ke neraka. Mendengar kata-kata itu mungkin mengujakan dan memuaskan, namun ia menyamar dan menyembunyikan dosa yang keji ini. Raja Solomo mengenal kengerian kata-kata sebegini, dan dia telah ibaratkannya sebagai lebih teruk daripada maut (Peng 7:26). Jadikan amaran ini cukup berharga kepada jiwamu, dan jauhkan dirimu daripada perempuan itu (Ams 7:1-5). Bertekadlah di dalam hatimu sekarang supaya menolak dan membenci segala jalan perempuan itu. Pandang hinalah kata-kata itu dan kaum wanita yang menyebutkannya. Lari diri ke pergunungan! Selamatkan dirimu!
Pertimbangkanlah dusta-dusta itu, sebab ada banyak. Perempuan itu berkata, “Mari,” tetapi hatinya tidak bersamamu (Ams 23:6-8). Dia tidak mempunyai kesetiaan; dia tidak benar menginginkan kamu; dia hanya memakai kamu (Ams 6:26). Jika kamu mengikutinya, dia akan menarik kamu ke neraka baik di dunia ini mahupun di dunia yang akan datang. Apabila isteri Potifar berkata, “Berbaringlah bersamaku” (Kej 39:7,12), Yusuf memandang melebihi kenikmatan jangka masa pendek untuk melihat kesan-kesan jangka masa panjang; dia tahu untuk menegur kejahatan perempuan itu dan lari daripadanya sejurus kemudian tanpa apa-apa pertimbangan sopan-santun atau keselamatan.
Perempuan itu berkata, “Biar kita memenuhi diri kita”, tetapi kepuasan sebegini tidak akan memuaskan. Dosa tidak pernah memuaskan jiwa, terutamanya jiwa orang benar (Peng 5:10). Kamu tidak akan menemui kenikmatan yang kamu idam-idamkan. Amnon membenci Tamar lebih daripada kasih yang dia taruh kepadanya, apabila saat kenikmatan yang dirindukan itu sudah berakhir. Simson bangun daripada dekapan manis hanya untuk menemui kegelapan dan kelemahan. Apabila ketua rumahtangga akhirnya pulang, apa yang akan terjadi kepada lelaki muda itu (Ams 7:19-20)? Dia akan menemui kekosongan yang pedih di dalam maut, neraka, dan kebinasaan jiwa (Ams 6:26-33).
Perempuan itu memanggilkannya sebagai, “kasih”. Dan dia bersama-sama orang lain selalu menyebut dan menyanyikannya. Apa yang mungkin salah dengan kasih? Apa salahnya dengan kasih yang begitu lemah-lembut dan yang menyenangkan ini? Apa salahnya dengan kasih yang bersalingan dan yang menggerakkan hati ini? Tetapi ini hanya nafsu, sebab kasih itu memerlukan apa yang benar, apa yang betul, dan kesetiaan (1Kor 13:4-7; Kid 8:6-8). Kasih merindukan apa yang paling baik bagi objek yang dikasihi itu, dan bukan untuk diri sendiri; dan seorang wanita yang memberi tubuhnya kepadamu di luar perkahwinan sedang mementingkan diri sendiri dengan mengutuk jiwamu kepada pembinasaan.
Perempuan itu berkata, “sampai pagi”. Akankah dia mengasihimu dengan baik pada keesokan harinya? Akankah dosa malam ini membawa ganjaran baik pada keesokan hari? Akankah asmara malam berlangsung tanpa rasa salah dan ketakutan? Dan apakah yang akan dibawakan pagi itu? Damai sejahtera dan kesukaan? Tidak! Kenikmatan dosa hanya untuk tempoh suatu musim (Ibr 11:25), dan di dalam dosa seksual tempoh itu lebih singkat daripada dosa-dosa yang lain. Apakah yang dibawakan pagi itu? Ia akan membawa rasa salah, ketakutan, kekeliruan, keraguan, rasa tidak selamat, dan kegeraman. Bencilah malam itu!
Dia berkata, “Biar kita menenangkan diri kita dengan asmara kasih”. Tetapi tidak akan ada penenangan atau hiburan atau kenikmatan; sebab jiwamu yang serba-salah dan yang dipenuhi ketakutan itu akan menghabiskan kamu dengan sakit hati dan rasa serik, walaupun kamu cuba mengingati dekapan manisnya, seperti Simson telah faham dengan sebegitu pedih. Tiada hiburan atau tenteraman dengan ketidaktentuan dan rasa salah yang disebabkan seorang perempuan asing. Bagaimana menenangkan diri apabila berjalan di atas bara api? Atau membawa api ke dadamu (Ams 6:27-28)?
Lelaki muda, dia bohong! Dia tidak menginginimu; dia tidak mengasihimu; dia tidak dapat memuaskanmu; kenikmatan jangka masa pendek langsung bukanlah kenikmatan; dan jiwamu akan menghukummu jauh melebihi kenikmatan yang diberikan perempuan itu. Kamu akan hilang rasa suci dan keberanianmu, dan hanya apa yang diperolehi daripadanya ialah rasa salah, rasa takut, rasa malu dan rasa kesal. Dia bohong! Itu bukan kasih! Itu nafsu dan seks tanpa kasih. Perempuan itu langsung tidak tahu apakah maksud kasih, apa lagi mampu nak memberikannya.
Hapuskanlah kuasa perempuan itu dengan memendamkan pelajaran ini di dalam hatimu dan menjadikannya suatu peraturan yang penting di dalam hidupmu pada hari ini juga (Ams 7:1-3). Jadikanlah Puteri Hikmah perempuan kesukaanmu dan teman sejatimu yang tetap, daripada perempuan asing itu (Ams 7:4-5). Elakkan diri daripada tempat dimana dia berdiam atau bekerja (Ams 4:15; 5:8; 7:8; Rom 13:14). Dan lari daripadanya selaju semungkin (2Tim 2:22). Jadilah seperti Yusuf dan tolaklah perempuan itu, daripada menjadikan Allah menolak kamu kerana memilih perempuan itu.
Perempuan muda, lelaki berbohong juga. Mereka juga boleh menyamarkan nafsu sebagai kasih. Lelaki yang baik akan memikatmu melalui ayahmu,dan mereka sedia menunggu untuk perkahwinan dengan sukacita. Tolaklah apapun kata-kata “kasih” sehingga dia telah berjanji dihadapan orang ramai untuk menjadi suami setiamu sepanjang hayat. Banyak perempuan telah membuang apa yang tidak dapat diperolehi semula hanya kerana sebutan ungkapan, “Aku cinta padamu”.
Tetapi lelaki itu bohong! Jika dia dapat merampas kesucian daripadamu sebelum perkahwinan, dia bukanlah lebih baik daripada Amnon, dan hasilnya besar kemungkinan sama (2Sam 13:1-17). Dia tidak akan mengasihi kamu pada waktu pagi, kerana kamu telah membuang kesucianmu dan menurunkan maruah dirimu. Larilah kepada ayahmu dan berlindung. Jangan dengar atau berbicara tentang kasih sehingga ayahmu telah meluluskan perkahwinan.
Pelacur Rom dengan anak-anak pelacurnya memperlawakan jiwa yang lemah dengan kata-kata ini, “Marilah kepadaku, dan aku akan menenangkanmu dengan kenikmatan agamaku yang indah”. Mereka memperhiaskan katil mereka dengan sungguh teliti seperti pelacur (Ams 7:16-17), hanya untuk menggoda dan memerangkap jiwa yang mudah terperdaya. Tetapi orang yang berzina rohani bersama-sama mereka akan sesat di dalamjemaah orang mati dan dikutuki di dunia ini dan di akhirat (Ams 21:16; 2Tes 2:9-12).
Berpegang teguh kepada iman yang kamu akui itu, dan jadikan gereja Yesus Kristus satu-satunya objek kasihmu, sambil mengelak apapun kompromi godaan Pelacur jahat itu, dan berjuang sungguh-sungguh untuk menentang doktrin-doktrin palsu dia. Jadilah setia kepada pengantin lelakimu yang mulia, iaitu Kekasih Jiwamu yang benar, Dialah Yang Setia dan Benar, Tuhan Yesus Kristus.