Amsal · Proverbs

7:16
Aku telah membentangkan kain dewangga di atas katilku, dan dengan karya-karya ukiran, dan dengan kain linen dari Mesir.

Katil yang cantik adalah sebahagian penggodaan kepada seseorang lelaki. Isteri yang baik akan mengambil tahu. Orang berhikmah akan memakai amaran ini. Si penzina perempuan daripada perumpamaan Salomo tentang godaan seorang lelaki muda menyatakan usaha-usaha yang telah dilakukannya untuk memberi dia kenikmatan sensual yang paling hebat. (Ams 7:6-23). Tetapi tidak kira betapa cantiknya katil itu, ia bohong yang memperdayakan kerana maut dan neraka bersembunyi di dalamnya.

Salomo mengenal manusia. Dia memahami godaan-godaan mereka. Dia telah melihat masalah yang disebabkanpoligami dan perzinaan ayahnya. Dia tahu tipu muslihat perempuan. Dia sendiri ada 700 isteri dan 300 gundik (1Raj 11:1-3). Dia menyimpulkan bahawa seorang berhikmah harus menjauhi diri daripada mereka (Pkh 7:26-29). Dia tidak pernah menemui perempuan yang berakhlak mulia!

Sebagai seorang ayah yang mengambil berat akan seorang anak lelaki dan sebagai Pengkhutbah Israel, dia dengan berulang-ulang kali memberi amaran kepada teruna tentang bahaya perempuan lacur dan perzinaan (Ams 2:16-19; 5:1-23; 6:20-35; 7:1-27; 9:13-18; 22:14; 23:26-28; 30:20; 31:3). Di sini dia menulis suatu perumpamaan yang panjang untuk menjelaskan pembinasaan seorang pemuda oleh tipu muslihat seorang penzina perempuan yang menggoda (Ams 7:6-23).

Si penggoda perempuan yang mahir mengetahui bahawa lelaki mudah digerakkan oleh apa yang dilihat. Salomo memberi amaran tentang bahaya kecantikannya dan pandangan matanya (Ams 6:25). Ia pandangan seorang perempuan yang telah menjatuhkan ayahnya dengan sungguh dahsyat (2Sam 11:1-5). Si penzina perempuan ini telah menyediakan katilnya untuk menarik mangsanya dengan pemandangan (Ams 7:16) dan dengan bau harum (Ams 7:17). Lelaki itu menjadi terpikat dan tidak berdaya lagi di hadapan perempuan itu.

Satu-satunya perlindungan terhadap perempuan demikian adalah untuk menjauhi diri ke tempat yang kamu tidak dapat melihatnya atau mendengarnya lagi (Ams 2:16; 4:14-15; 5:8; 7:8). Jika kamu mendekatinya, kebanyakan lelaki tidak dapat menahannya. Ia kebebalan bagi lelaki untuk membenarkan rangsangan visualperempuan, tidak kira betapa tidak bersalah atau betapa praktikal. Yesus berkata untuk memetik keluar mata kananmu atau memotong keluar tangan kananmu dalam hal sedemikian (Mat 5:27-30).

Katilnya ditutupi kain dewangga – gebar/selimut, jumbai tepi kain, dan kanopi yang indah! Kepala katil, kaki papan, dan tiang-tiangnya ada ukiran yang cantik. Cadarnya – cadar yang terkutuk itu – ialah kain linen halus dari Mesir. Sebutan semata-mata akan tempat intim seksual itu pun sudah menambat hati si bebal, dan kecantikan yang teliti itu lagi melemahkannya. Dia pergi seperti lembu jantan ke pembantaian, atau sebagai burung ke dalam jerat, dengan tidak mengetahui bahawa nyawanya dipertaruhkan (Ams 7:22-23).

Isteri yang salih dan yang mulia boleh belajar daripada ini – mereka boleh belajar untuk mencantikkan katil mereka untuk kenikmatan suami mereka. Harus mengapakah seorang penzina menjadi satu-satunya orang yang tahu bagaimana menyanjungi persetubuhan dan memperkasakan daya tarikan mereka kepada lelaki? Seorang perempuan yang berakhlak mulia tahu seni itu (Ams 31:22). Bolehkah kamu membina kanopi yang mudah? Menggantikan cadarmu yang kain flanel kepada kain satin? Membeli gebar baru? Kamu patut menjadi seorang perempuan yang erotik bagi suamimu. Belajarlah perbezaan yang murah, mudah dan dramatik di dalam cadar-cadar hanya melalui kiraan benang.

Jika arahan dan tunjuk ajar untuk menjadi seorang kekasih ialah berita baik bagimu, maka bacalah Alkitab. Di antara 66 buku Alkitab adanya Kidung Agung – suatu lagu yang teliti tentang seorang suami dan isteri dan kemahuan besar bagi tubuh satu sama lain. Kamu boleh membaca di sana tentang obsesi dan persiapan yang mereka buat untuk satu sama lain. Bolehkah kamu menjadi isteri yang bercumbu-cumbuan seperti Ribka kepada Ishak (Kej 26:8)? Allah menciptakan kasih, perkahwinan, dan seks, dan Alkitab ialah buku panduan yang berilham untuk menyempurnakan ketiga-tiganya.

Adakah kamu memahami kewajiban kemurahan di dalam 1 Korintus 7:1-5 sebagai seks bila-bila, mana-mana, bagaimana, dan berapa kerap yang diingini suamimu? Peraturan Paulus untuk persetubuhan adalah dari dua arah – suami memberi kewajiban kemurahan yang sama kepada isterinya. Sementara amsal di sini memberi amaran tentang hal berkendak dan perzinaan dan mengutuki kedua-duanya, Paulus mengajar bahawa perkahwinan menguduskan katil untuk seks (Ibr 13:4). Apa pun boleh dipakai kalau tidak bercanggahan dengan tabii dan harus dilakukan dengan cukup ghairah dan berahi.

Ada pelacur yang lebih teruk yang menghiasi katil yang lebih berbahaya – suatu katil untuk perzinaan rohani. Dia merupakan pelacur besar – Gereja Roman Katolik – ibu pelacur gereja-gereja – yang menghiasi gereja-gerejanya dengan karya-karya ukiran, kain dewangga, dan kain linen halus untuk menggoda orang yang bebal ke dalam perzinaan rohani bersamanya dengan doktrin-doktrin dan tradisi-tradisi keji (Wah 17:1-6). Dia mudah dikenalpasti – dia merupakan kota yang memerintah atas para raja pada zaman Yohanes (Wah 17:18).

Dia menghiasi katedral-katedral [bangunan gereja besar] dengan emas, kain ungu, dan kain merah menyala – logam dan warna-warna para pelacur. Gereja-gerejanya tersanjung tinggi mengatasi kampung-kampung yang kepapaan, dibina oleh tangisan dan titik peluh para pekerja yang sudah terperdaya, dan dibayar daripada dompet-dompet orang balu. Pandanglah kepada mazbah tinggi dan takhta biskop di St. Peter’s Basilica, jika kamu ragu akan apa pun yang telah disebut. Apakah yang diimpot dari Mesir? Batu obelisk yang menggambarkan zakar di tengah-tengah lingkaran deretan tiang di St. Peter’s Square!

Orang berhikmah akan menolak katil yang memperdayakan bagi perzinaan rohani. Dia akan mencari pengantin perempuan Kristus, iaitu gereja yang sederhana akan iman rasuli dan aturannya, dihiasi dengan kewajaranNya dan hidup dalam kerendahan penuh dan dengan penundukkan kepada Alkitab. Dia akan menyertai para orang kudus yang ikhlas di sana, yang memegang perintah-perintah Allah dan yang ada kesaksian Yesus (Wah 12:17).