Amsal · Proverbs

7:26
Sebab dia telah menjatuhkan banyak orang ke dalam luka: ya, banyak lelaki kuat telah dibunuh olehnya.

Apakah persamaan antara Simson dan Solomo? Mereka tidak dapat menahan diri dengan perempuan sundal. Adakah lelaki lebih kuat daripada perempuan? Ya, secara semulajadi. Tidak, jika perempuan itu ialah seorang penzina. Di sinilah– seorang perempuan selain daripada isterimu, terutamanya seorang perempuan dengan hati yang sundal (Ams 7:1-27).

Solomo, seorang ayah yang berhikmah, telah dengan serius memberi amaran kepada anak lelakinya tentang godaan dan bahaya perempuan yang kurang jinak (Ams 7:1-5,24-27). Selepas menjelaskan godaan perempuan kepada seorang lelaki muda yang bebal dalam perumpamaan yang panjang (Ams 7:6-23), dia menrumuskan bahaya dahsyat untuk mendekati perempuan sedemikian dalam dua cara – kuasanya ke atas lelaki sungguh besar (Ams 7:26), dan kesan-kesannya sungguh membinasakan (Ams 7:26-27).

Adam dan Hawa telah mengajar suatu pelajaran yang serius di Taman Eden (Kej 2:18-25; 3:1-6). Walaupun Adam telah pertama dijadikan dan Hawa itu pembantunya, dia tidak dapat menahan diri daripada permohonannya untuk makan buah yang terlarang itu (Kej 3:12). Bohong syaitan kepada Hawa tidak memperdayakan Adam, tetapi dia dengan lemah telah menundukkan dirinya kepada isterinya yang telanjang daripada menundukkan diri kepada Allah dan perintahNya (Kej 2:16-17; 1Tim 2:14). Dan Syaitan telah memakai perempuan untuk menggoda lelaki sejak waktu itu, baik yang sudah kahwin mahupun yang belum (Ayb 2:9; 1Raj 11:1-11).

Dengan pembentukan yang berhikmah, Allah telah menjadikan seorang perempuan punya tubuh, ucapan mengangkat-angkat, jamahan fizikal, dan kesungguhan untuk berintim untuk menarik lelaki dengan sungguh kuat. Kalau dipakai dengan wajar dalam perkahwinan, ia menghasilkan kenikmatan-kenikmatan indah seperti dalam buku Kidung Agung. Kalau dipakai di luar perkahwinan, hanya sesetengah orang yang dapat menahan godaan yang sungguh berkuasa itu. Seperti yang diisytiharkan amsal, “banyak lelaki kuat telah dibunuh olehnya”, satu-satunya jalan untuk mengelakkan penzinaan adalah untuk mejauhi diri daripadanya (Ams 7:6-8,25).

Perempuan telah mengubahkan bentuk politik negara dengan hanya menggoda para pemimpin mereka. Pertimbangkan Cleopatra. Penzina yang licik ini mencuri takhta Mesir dan mengancam kerajaan Rom dengan menggoda Kaisar Julius, dan selepas itu membinasakan panglima tentera Mark Antony dengan cara penzinaan juga. Orang ini, yang dikenali dengan ciri-ciri ketabahan, kepimpinan, dan kekuatan, sudah menjadi lemah di dalam dekapan perempuan ini.

Tetapi adanya Yusuf, yang telah menahan diri daripada godaan berulang-ulang kali daripada isteri Potifar, sehingga menguasai Mesir, dan beroleh pangkat yang paling tinggi, lebih rendah hanya kepada Firaun (Kej 39:7-12). Walaupun ketiadaan kekuatan Simson atau ketiadaan pencapaian membunuh seorang gergasi seperti Daud, Yusuf ialah hero yang lebih besar daripada mereka. Dan Tuhan Yesus Kristus, yang telah digoda dari segala arah seperti mana-mana manusia, adalah tanpa apa pun dosa sepanjang hayatNya (Ibr 4:15).

Apakah bayaran untuk penzinaan? Kamu akan dilukai dan dibunuh! Delila menghantar Simson ke kubur yang penuh aib dan malu. Kesan mendapatkan Batsyeba sungguh teruk bagi Daud sepanjang hayatnya. Dan perempuan pagan daripada bangsa-bangsa yang lain telah membinasakan kehidupan Solomo dan salasilahnya. Penzinaan bukanlah suatu kenikmatan berani dan nakal seperti yang dianggap dunia; penzinaan ialah neraka dan maut yang sungguh menyakitkan (Ams 7:27).

Bagaimanakah lelaki menang atas penzina? Lelaki tidak boleh mendekatinya, kerana mereka tidak ada kekuatan untuk menahan diri. Mereka harus mengelakkannya sama sekali. Dia ada empat kelicikan: wajah, mengangkat-angkat, penjamahan, dan kerelaan. Tolaklah bahan lucah, kolam mandi yang dikongsikan antara lelaki dan perempuan, dan perempuan yang kurang senonoh dalam pakaiannya. Tolaklah perhubungan main cinta, berbual telefon, main mesej, atau emel. Tolaklah tarian, dekapan, atau apa pun sentuhan fizikal dnegan perempuan yang lain. Dan jangan membenarkan apa pun perbualan atau peluang peribadi dan intim yang membenarkan kerelaannya untuk berdosa dikomunikasikan kepadamu.

Isteri yang baik memegang kuasa yang ada padanya dan memakainya untuk menyenangkan suaminya dan memenangi damai dalam perkahwinan dan rumahtangganya (Kid 8:6-7; 1Kor 7:1-5). Dan dia bersukacita dalam kenikmatan indah yang dimilikinya (Kid 1:1-2; 2:3-7; 3:4-5; 5:9-16; 8:1-4). Dia akan memakai rupanya, kata-kata romantis, jamahan fizikal, dan memulakan asmara cinta untuk menambahkan suasana romantis di rumah untuk menyelamatkan suaminya daripada perempuan yang sundal (Ams 5:19-20; 1Kor 7:1-5; Ibr 13:4).

Ada seorang lagi pelacur di dalam Alkitab. Pelacur besar di Wahyu 17, yang merupakan gereja Rom yang palsu dan gereja-gereja yang datang daripadanya. Dia juga telah menjatuhkan banyak orang ke dalam luka, dan banyak lelaki kuat telah dibinasakan oleh doktrin palsunya dan amalan-amalannya yang keji. Jalan untuk ke keselamatan adalah sama – jauhilah dirimu daripadanya, dan carilah suatu gereja Yesus Kristus yang benar, tempat yang dapat kamu bertemu, bersembahyang, dan melayani dengan segala kesucian kerasulian.