Amsal · Proverbs

7:6
Sebab dari tingkap rumahku aku memandang menerusi jendelaku,

Gambar bernilai seribu perkataan. Pelajaran daripada objek lebih baik daripada pembelajaran teori. Peraturan dengan contoh adalah lebih baik daripada hanya peraturan. Suatu tingkap dijadikan bingkai kepada gambar pedih kisah seorang lelaki muda yang bebal yang digoda dan dibinasakan oleh seorang pelacur. Betapa teruknya gambar itu!

Sama ada ini merupakan suatu peristiwa dalam kehidupan Salomo ataupun perumpamaan Salomo untuk menggambarkan bahaya yang biasa dalam kehidupan, ia masih tidak mengubahkan pelajarannya. Tetapi sementara kitab ini ialah jenis amsal dan perumpamaan, dan bukan suatu sejarah kehidupan Salomo, maka bab ini ialah perumpamaan. Sebagai perumpamaan, ia memberi arahan tambahan.

Raja Salomo tidak memandang orang yang berlalu semata-mata. Dia memerhati, menaakul, menimbang, dan memperoleh kesimpulan yang berhikmah. Dia juga melakukan apa yang sama bagi ladang orang yang kekukangan (Ams 24:30-34). Ia tugasmu untuk memerhati dan untuk menimbang jalan-jalan dunia, sebab kamu dapat melakukannya dengan selamat dengan hikmah yang dibekalkan oleh Pengkhutbah yang berhikmah melalui kitab arahan berilham ini.

Pelajarannya sekali lagi adalah tentang perempuan yang asing, seorang penzina atau pelacur (Ams 7:5,8,10). Seluruh bab ini adalah tentang dia. Perumpamaan ini mengajar bagaimana godaan berkuasa dan tipu daya seorang perempuan sundal dapat dengan mudah membinasakan orang muda yang bebal dan yang betul-betul bendul (Ams 7:6-23). Satu-satunya harapan bagi pelepasan dan supaya selamat adalah jikalau dia kekal menjauhkan diri daripada perempuan itu (Ams 7:8,24-27).

Salomo bermula dengan merayu kepada anak lelakinya supaya mengingati arahannya dan amarannya tentang perempuan yang asing (Ams 7:1-5). Dan dia berakhir dengan memberitahunya bahaya yang teruk, bagaimana untuk diselamatan daripada perempuan itu, dan keperluan penuh untuk berjaga-jaga (Ams 7:24-27). Terhimpit di tengah-tengah pengenalan dan kesimpulan ialah gambar ketara akan perumpamaan dosa seksual kerana perempuan yang berani.

Tanggapilah pelajaran kata-kata amsal yang singkat ini. Ibubapa dan guru-guru harus memakai gambar yang terus-terang, dan yang teliti tentang bahaya kehidupan benar. Teori, peraturan, berkerut dahi, dan jawapan-jawapan yang negatif tidak mencukupi. Salomo tidak memakai hukum yang ketujuh di sini (Kel 20:14). Sebaliknya, dia menunjukkan dengan jelas bahaya dan kesan-kesan teruk ketika melanggari hukum itu. Adakah kamu tahu bagaimana mengajar hikmah yang salih untuk mengelak masalah kehidupan? Jika ya, adakah kamu ingin melakukannya?

Berbisik, mengumpat, membawa mulut, dan memfitnah ialah dosa-dosa yang keji benar. Tetapi memakai peristiwa-peristiwa yang benar untuk arahan salih dalam hikmah tidak memasuki mana-mana kategori itu. Jika orang benar dipakai, peristiwa-peristiwa haruslah benar, dikenali ramai, dan tidak dipakai untuk merosakkan nama baik orang lain. Para rasul Paulus dan Yohanes mengenalpastikan para pendosa dengan memakai nama, dan seluruh bangsa juga, untuk menggambarkan kedurjanaan (1Tim 1:18-20; 2Tim 4:14-15; Tit 1:12; 3Yoh 1:9-10).

Yesus berkata, “Ingatlah akan isteri Lot”. Dia tidak melukakan nama baik perempuan itu; perempuan itu sudah merosakkan nama baiknya untuk selama-lamanya. Dalam empat perkataan, Yesus menggambarkan dengan cukup luar biasa bahaya khuatir terlalu banyak tentang kehidupan duniawimu (Luk 17:28-33). Adakah kamu melihat tiang garam?

Yesus membandingkan di antara doa seorang Farisi dan doa seorang pemungut cukai. Dalam beberapa ayat Dia menunjukkan hati yang remuk berbanding sikap menganggap diri sendiri benar (Luk 18:9-14). Dia tidak melukakan nama baik Farisi itu. Doa Farisi yang bebal itu memang benar, terkenal, dan dipakai untuk arahan kudus.

Yesus tahu bagaimana untuk memakai peristiwa-peristiwa semasa. Ketika diberitahu tentang orang Galilea yang terbunuh oleh Pilatus sementara mempersembahkan korban, Dia menyimpulkan pelajaran pertaubatan. Kemudian Dia memakai cerita lapan belas orang yang mati ketika menara jatuh ke atas mereka untuk penekanan lanjut tentang pertaubatan (Luk 13:1-5).

Alkitab mencatatkan banyak dosa tentang banyak orang, baik dosa orang durjana mahupun dosa orang salih. Dosa-dosa itu benar-benar terjadi, terkenal di Israel, dan dipakai untuk tujuan kudus untuk memberi arahan. Para pendosa itu telah dihukum terang-terang, supaya seluruh Israel akan mendengar dan beroleh ketakutan (Ula 13:11; 21:21).

Pertimbangkan surat Yudas yang singkat. Dia memberi amaran dengan memakai contoh Israel di padang gurun (5), para malaikat yang jatuh (6), Sodom dan Gomora (7), para pengkhayal yang kotor (8), Mikhael, penghulu malaikat itu (9), binatang yang tidak berakal (10), Kain (11), Bileam (11), Korah (11), dan Henokh (14). Sudah faham?

Hai ibubapa, dapatkah kamu memakai ahli keluarga, jiran, dan orang lain untuk memperoleh pelajaran berharga untuk mendidik anakmu? Dapatkah kamu memakai peristiwa-peristiwa kotamu atau negaramu untuk menggambarkan dosa dan kesan-kesannya? Jika kamu dapat melakukan itu, adakah niatmu benar-benar untuk menyelamatkan anak-anakmu?

Didikan akademik bernilai kecil berbanding dengan itu, malah hal kerjaya yang dipilih anak pun tidak dapat dibandingkan dengannya. Didikan praktikal waktu bersarapan bersama keluarga adalah lebih besar nilainya. Ia mudah untuk mencari nafkah, tetapi ia jauh lebih sukar untuk hidup salih. Ibubapa, berjagalah supaya keutamaan-keutamaanmu betul.

Kamu tidak boleh menugaskan sekolah tempatan, sekolah Kristian, atau sekolah minggu untuk didikan anakmu. Itu tanggungjawabmu. Membantu anak-anakmu dengan kerja rumah mereka bukan mendidik mereka (Ams 22:6; Maz 78:1-8; Efe 6:4). Orang pagan membantu anak dalam kerja rumah setiap malam untuk menghasilkan orang pagan kecil.

Ajarlah kebenaran rohani, hikmah salih, kehidupan kudus, fikiran berakhlak mulia, perangai yang mulia, dan pemakaian semua itu dengan serius dan dengan sungguh-sungguh. Didikan anak adalah mudah, jika kamu tidakmengikut orang pagan dalam sembahyang didikan akademik mereka. Biar waktu bersarapan dengan keluarga dijadikan suatu jamuan hikmah salih. Setiap hari harus dijadikan pengalaman pembelajaran, sebab tingkap ke dunia mempersembahkan banyak gambar.

Seorang ayah yang dapat memakai baik peristiwa anak merengek mahupun peristiwa politik antarabangsa lalu menunjukkan firman Allah yang berkaitan ialah ayah yang berhikmah dan yang bernilai. Anak-anaknya akan percaya dan takut akan pendapatnya. Seorang ayah yang dapat berbicara dengan terus-terang tentang aspek-aspek benar kehidupan – seperti seks, wang, cinta, dan kejayaan – ialah ayah yang hebat. Anak-anaknya akan percaya dan mencari pendapatnya.

Kepandaian, pendidikan, dan kepetahan tidak diperlukan. Setiap lelaki mampu, sebab seorang pekebun atau mekanik yang membaca Alkitabnya dan memandang melalui jendelanya akan ada hikmah untuk mengajar anak-anaknya di meja makan. Hai ayah, akankah kamu bangkit merebut peluang itu?

Salomo memakai kehidupannya, bukan dengan membaca tentang dosa dan tujuan kehidupan manusia, tetapi dengan bereksperimen dengan semua itu. Kamu ada pengalaman yang besar dan yang berhikmah di hujung jarimu ketika membaca Alkitab. Kamu tidak memerlukan eksperimen seperti yang dibuat Salomo; kamu dapat belajar daripada pemerolehannya dan memakai pelajaran daripada objek dunia benar yang berlalu di depan tingkapmu untuk didikan.

Dapatkah kamu memakai peristiwa-peristiwa terkini dan menunjukkan firman Allah yang berkaitan? Dapatkah kamu memakai amsal-amsal Salomo kepada situasi-situasi kehidupan? Ia tugasmu sebagai seorang Kristian untuk bertumbuh dalam hikmah dan pengetahuan supaya dapat membeza-bezakan baik dan jahat dan supaya dapat mengajar orang lain (Ibr 5:12-14).

Yesus Kristus duduk dan meneliti persembahan-persembahan di bait suci dan memperoleh kesimpulan yang ajaib untuk arahan kudus (Mar 12:41-44). Dia mengisi Alkitab dengan contoh-contoh bagi pembelajaranmu (Rom 15:4; 1Kor 10:5-6,11-12). Jika kamu melihat melalui tingkap Alkitab dan menelitiNya, kamu akan ada gambar sempurna tentang kehidupan yang salih (Ibr 12:1-4; 1Pet 2:21).