7:5
Supaya mereka dapat melindungimu daripada perempuan asing itu, daripada orang asing yang mengampu dengan perkataannya.
Ia adalah berkat Allah untuk mempunyai seorang isteri sebagai teman hidup dan kekasih (Ams 18:22; 19:14; Gen 2:18; Eccl 9:9; Heb 13:4). Seseorang perempuan yang lain, walaupun kamu berkenalan dengan dia, walaupun kamu mengingininya, adalah asing. Dia tidak boleh dijadikan sebagai teman atau kekasih. Dia adalah orang luar, orang asing kepada perkahwinanmu. Solomo telah memberi amaran dengan panjang lebar dan cukup kuat terhadap dosa berzina.
Dosa seksual adalah ancaman yang besar terhadap hikmah, kejayaan dan kemakmuran. Ia merosak dan menghambakan tubuh dan jiwa (Ams 5:20-23; 7:22-27). Sejarah telah menampakkan kehidupan-kehidupan orang lelaki yang telah binasa kerana tidak menolak tarikan atau kebolehsediaan seseorang perempuan yang di luar perkahwinannya. Dari putera-putera kepada pengemis-pengemis, kaum lelaki telah digoda dan dikorbankan oleh penzina-penzina perempuan (Ams 23:27-28; 31:3).
Siapakah itu perempuan asing? Adakah ia hanya berkenaan dengan perhubungan dengan perempuan yang tidak dikenali? Tidak. Perkataan, 'asing', ini dipakai untuk menjelaskan seseorang perempuan yang kamu tidak berhak untuk berintim ataupun berkenikmatan seksual dengannya. Dia adalah di luar perkahwinanmu. Dia adalah asing terhadap katilmu. Dia dipunyai oleh seorang lelaki yang lain – baik ayah ataupun suaminya. Kamu tidak mempunyai apapun hak-hak perkahwinan atasnya.
Di manakah perempuan ini boleh ditemui? Di mana-manapun pada zaman ini! Pelacur tepi jalan atau teman sosial adalah contoh-contoh yang ekstrem. Hak kebebasan wanita dan Hollywood memberikan setiap wanita hak untuk seks. Jadi, dia ada di dalam pejabat, di rumah bersebelahan, dekat gim bahkan di dalam gereja. Masa yang membahayakan pada zaman ini mengubahkan wanita-wanita Kristianpun kepada pelacur-pelacur (2Tim 3:1-5; 2Pet 2:10-19).
Seks dengan persetujuan itu adalah bohong – Allah Pencipta kamu tidak bersetuju! Keinginan, kebenaran atau kesungguhan perempuan itu tidak berkenaan. Raja syurga marah, cemburu dan diprovokasi. Jangan sesekali memanggil jenayah ini sebagai “jenayah tak bermangsa”! Tuhanlah yang mangsa pemberontakan moral kamu. Dan ada juga mangsa-mangsa yang lain kerana dosa seksual, walaupun kamu terlalu mementingkan diri atau bodoh untuk mempertimbangkannya.
Alat yang dipakai perempuan asing ialah kata mengangkat-angkat. Kaum lelaki menjadi tidak berdaya dihadapan godaan dan puji-pujian manis seseorang pelacur (Ams 2:16; 5:3; 6:24; 7:21). Ada dua pelajaran di sini: lelaki kena mengelak komunikasi dengan perempuan yang main cinta dan isteri patut memuji-muji suaminya. Amsal adalah kata-kata pujangga dan setiap titisan hikmah harus diperah keluar daripadanya supaya kamu memaksimumkan kejayaan di dalam hidup kamu.
Lelaki yang salih akan mengawasi ketat komunikasinya dengan perempuan-perempuan yang bukan isterinya baik secara bersemuka mahupun secara telefon, secara email ataupun teks. Lelaki yang berhikmah tidak digerakkan oleh kata-kata bohong orang penipu, dan jarang ada penipu yang lebih besar daripada perempuan yang tidak setia. Dia menyembunyikan maut dan neraka melalui perkataannya yang menyanjung dan intim (Ams 2:18; 5:4-5; 7:27; 9:18). Lelaki yang cermat mengenal bahawa perempuan itu telah dulu menyampaikan kata-kata yang sama ini kepada orang lain dan akan lagi menyampaikannya kepada orang lain pada masa depan.
Isteri yang Kristian akan menyanjung dan memuji-muji suaminya, supaya kata mengangkat-angkat oleh pelacur tidak banyak berkesan kepada mereka. Paulus telah memberi perintah kepada isteri untuk menghormati suaminya (Efe 5:33). Petrus mengambarkan semangat mulia di dalam seseorang isteri dengan memakai contoh Sarah yang memanggil Abraham sebagai tuan, mahupun di dalam fikirannya sahaja (1Pet 3:6; Kej 18:12). Mengasihi suami, tugas seorang isteri (Tit 2:3-5), termasuk mengasihinya secara lisan. Bilakah waktu terakhir yang telah kamu khabar atau menulis kepada suamimu tentang betapa hebatnya dia sebagai seorang pembekal dan kekasih? Jika dia tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, maka carilah perkara-perkara yang baik tentangnya dan beritahukannya dengan sungguh-sungguh.
Solomo dengan tekun berusaha untuk mengawasi anaknya (Ams 7:1-3). Kamu memiliki amaran ini di dalam tulisan daripada manusia yang paling bijak di dunia ini. Setakat mana kesungguhanmu untuk mendengarkannya? Hikmah, kejayaan dan kemakmuran adalah mustahil jikalau kamu membenarkan perempuan asing di dalam kehidupanmu. Kamu mesti membencikannya di dalam gambar-gambar lucah, wayang, iklan, gim, pejabat ataupun gerejamu. Perolehilah seorang isteri dan kasihilahnya hari ini juga (Ams 5:15-20). Isteri yang baik adalah lebih baik daripada sepuluh orang pelacur.