8:18
Kekayaan dan kehormatan ada padaku; ya, kekayaan dan kewajaran yang tahan lama.
Hikmah ialah jalan yang paling pasti ke jalan kemakmuran dan reputasi baik bagi bangsa-bangsa dan orang. Kebebalan, iaitu apa yang bertentangan dengan hikmah, secara am membawa kepada kemiskinan dan keaiban, seperti banyak amsal dan pengalaman manusia buktikan. Dengarlah Puteri Hikmah menyanjungi nilai hikmah oleh faedah-faedahnya yang besar.
Tetapi ada lebih daripada itu, sebab hikmah rohani yang menyenangkan Allah juga membawa kepada kekayaan kekal di kemuliaan dengan kewajaran Yesus Kristus yang diperhitungkan dan sambutan dan kehormatan Allah sebagai anak-anakNya dan saudara-saudara Yesus Kristus. Tiada manfaat yang lebih besar!
Pada pertama kali membaca amsal ini, ia nampak mudah. Tetapi kesukarannya adalah di dalam membahagikan berkat-berkat dengan betul (2Tim 2:15). Adakah kekayaan alamiah atau rohaniah? Untuk mengelak malu kesilapan doktrin, kamu harus membahagikannya dengan sungguh berhati-hati dan dengan penundukkan sejati kepada Roh Kudus dan Alkitab.
Pertimbangkan konteks daripada tiga sudut pandangan. Pertama, seluruh kitab Amsal secara utama ialah hikmah rohaniah untuk kehidupan alamiah di sini. Ini jelas ternyata menyeluruh di kitab ini. Kedua, bab yang ke lapan ialah personifikasi hikmah dan faedah-faedahnya (Ams 8:1-9,32-34). Ketiga, konteks yang mengelilingi amsal ini ialah berkat-berkat hikmah kepada negara-negara dan kerajaan-kerajaan (Ams 8:10-21).
Ayat yang sebelum ini menggalakkanmu untuk mencari hikmah awal-awal – dalam kehidupan, pada setiap hari, dalam setiap situasi – dan kamu akan diberkati. Ayat yang berikutan ayat ini menandakan bahawa kekayaan yang sedang dipertimbangkan adalah bernilai lebih besar daripada kekayaan kewangan. Hikmah akan membawa kejayaan dalam kehidupan ini dan dalam dunia yang akan datang, sebab itulah takut Allah yang sejati (Ams 8:12-14; Pkh 12:13-14).
Hikmah membawa kejayaan alamiah kepada negara-negara dan orang yang mencarinya. Kejayaan yang dibawanya adalah jenis yang bertahan lama berdasarkan kewajaran. Ketika Israel berhikmah, mereka kaya, sungguh kaya (Ula 28:1-14; 1Raj 10:27). Ketika Israel berdosa dengan bebal, mereka direndahkan kepada kemiskinan, iaitu kemiskinan yang sungguh hebat (Ula 28:15-68; 1Raj 11:9-13). Dan ini salah satu daripada pelajaran asas kitab hikmah ini (Ams 10:4,22; 11:24; 12:24; 19:15; 20:13; 21:17).
Adam Smith hanya nampak permukaan aspek-aspek kejayaan dalam “The Wealth of Nations” [Kekayaan Negara-Negara] pada 1776. Sebab Allah sudah mengisytiharkan 3000 tahun lebih awal, “Diberkati negara yang Allahnya TUHAN; dan bangsa yang telah dia pilih untuk dijadikan warisannya sendiri” (Maz 33:12). Dan Allah juga mengilhamkan, “Orang durjana akan diubahkan kepada neraka, dan juga segala bangsa yang melupakan Allah” (Maz 9:17). Teori politik yang berhikmah harus melibatkan pemahaman yang menyeluruh akan Allah atas bangsa-bangsa dan negara di dunia.
Amerika sungguh besar, dan masih ada kebesaran, kerana satu sebab yang mudah – berkat Allah. Sebahagian besar Amerika, yang sekarang sudah jadi minority, takut akan Dia dan mencari hikmah Alkitab. “Ciptaan pintar” (Ams 8:12), “kekuatan” (Ams 8:14), “keadilan” (Ams 8:15), “semua hakim” (Ams 8:16), “penghakiman” (Ams 8:20), “harta” (Ams 8:21), dan “perbendaharaan” (Ams 8:21) merupakan segala berkat hikmah di Amerika Syarikat. Amsal ini menambahkan kekayaan, kehormatan, kekayaan yang tahan lama, dan kewajaran.
Orang durjana mungkin menjadi kaya, seperti Nebukadnezar, Kroesus, Xerxes, atau Aleksander Agung, tetapi kekayaan mereka baik tahan lama mahupun wajar pun tidak. Kekayaan itu ialah penghakiman Allah – kekayaan orang bebal (Ams 1:32; Maz 17:14). Orang berhikmah kadang kala dijadikan miskin, seperti Ayub dan Yesus, sebab Allah dengan penyediaan nasibNya melakukan hal-hal yang lain dalam kehidupan mereka (Ayb 1:12; Flp 2:5-8). Oleh sebab itu, kekayaan bukanlah bukti mutlak akan hikmah, dan hikmah bukan selalunya membawa kepada kekayaan. Tetapi peraturannya secara am adalah benar – hikmah membawa kekayaan dan kehormatan.
Peraturan yang am ini bagi negara-negara dan manusia ialah inti sari kitab ini, bab ini, dan amsal ini. Namun, kekayaan rohaniah yang bertahan lama lanjut melebihi hayat kehidupan ini. Ia lebih unggul daripada kekayaan, dan ia harus dicari dengan tekun (Mat 6:19-21,33; 13:44-46). Hikmah sejati membawa anak-anak Allah kepada kehidupan yang ajaib sekarang dan kehidupan kekal yang akan datang (Maz 73:23-24; Mar 10:29-31). Sama ada kaya atau miskin secara kewangan, kemuliaan akan tidak lama lagi dinyatakan, yakni kemuliaan yang sebegitu agung sehingga tiada apa pun di sini yang dapat berbanding dengannya (Rom 8:18; 2Kor 4:17-18).