Amsal · Proverbs

8:17
Aku mengasihi mereka yang mengasihiku; dan mereka yang mencari-cariku dari awal-awal akan menemuiku.

Puteri Hikmah mengasihi orang yang mengasihinya. Kasihnya membawa kehormatan, kekayaan, kehidupan, dan keredaan Allah. Apa lebih yang kamu inginkan? Kasihnya lebih baik daripada batu delima, perak, emas, atau apa pun yang kamu dapat bayangkan. Adakah kamu mengasihinya? Dia menyukat kasihmu oleh keutamaan yang kamu beri kepadanya.

Kebanyakan dunia membenci Puteri Hikmah (Maz 14:1-3). Mereka mengasihi musuhnya yang paling besar – perempuan durjana Kebebalan (Ams 2:16-19; 9:13-18). Mereka mahu dunia punya bohong yang bebal dan apa yang mudah kehilangan – dihiasi gaya Hollywood, pendidikan duniawi, media-media massa, dan rakan-rakan yang jahil. Mereka membenci dan memandang hina Allah, hikmah, dan kebenaran. Mereka mengasihi maut (Ams 8:36).

Tetapi bagaimana pula dengan dirimu? Nilai amsal Salomo dalam kehidupanmu bergantung kepada apa yang kamu buat dengannya. Adakah kamu mengasihi hikmah? Bagaimanakah kamu menunjukkannya? Apakah penekanan atau keutamaan yang hikmah ada dalam kehidupanmu? Adakah kamu mencarinya awal-awal? Adakah kamu dengan agresif mencarinya?

Dalam kebanyakan bab 8 dan 9, Salomo mempersonifikasikan hikmah sebagai seorang perempuan yang menawarkan kesayangan dan persahabatan. Dengan membandingkan Puteri Hikmah dengan perempuan asing Kebebalan itu, dia menimbulkan suatu gambaran yang sungguh berkesan akan dua perempuan yang mencari jiwa manusia. Cuba bandingkan dua perempuan itu dan undangan penemanan mereka yang membawa hasil yang sungguh-sungguh berbeza (Ams 9:4-5, 16-17).

Puteri Hikmah menjanjikan kasih kepada orang yang mengasihinya, dan dia berjanji untuk dengan mudah ditemui orang yang mencarinya awal-awal. Jika kamu mengasihi hikmah, dia akan mengasihimu balik dan memberkati kehidupanmu. Jika kamu mencari hikmah, kamu akan menemuinya dengan mudah, dan dia tidak jauh daripada sesiapa pun (Ams 1:20-23; 8:1-5). Apakah yang menahan kesayanganmu dan keinginanmu? Kasihilah hikmah dan carilah dia sekarang.

Apakah yang diwakili Puteri Hikmah? Apakah hikmah? Ia daya penghakiman yang betul, iaitu mengenal balasan yang sempurna kepada setiap situasi. Apakah dasarnya? Takut akan Tuhan! Di manakah hikmah paling jelas ditakrifkan dan dijelaskan? Di dalam Alkitab! Jika seseorang dengan keghairahan mengasihi dan menekankan firman Allah, dia akan menambah pengetahuan untuk dengan drastik memajukan kehidupannya.

Puteri Hikmah tidak berhutang kepada sesiapa pun keredaannya. Manusia menolak hikmah di Taman Eden, maka mereka tiada hak untuk kebenaran; pendapat-pendapat bodoh yang sekarang dipercayai orang terpelajar dalam segala bidang membuktikan kerosakan mereka. Ketika manusia memilih satu dosa, Allah akan menyampaikan kepadanya perdayaan yang kuat untuk percaya banyak lagi bagi pembinasaannya (Yeh 14:7-11; 2Tes 2:9-13).

Di sinilah suatu undangan yang ikhlas dan tawaran daripada Allah dan Salomo, tetapi ia hanya dikenalpastikan dan ditaati anak-anak Allah. Kebanyakan orang tiada iman, maka mereka menolak kedua-dua Allah Yang Maha Hidup dan kata-kataNya dalam Alkitab. Apakah yang akan kamu buat dengan undangan yang murah hati dan yang berbudi baik ini? Para rasul Paulus mengira segalanyakerugian dan najis berbanding dengan hikmah ilahi, yang paling ternyata dalam pengetahuan akan Tuhan Yesus Kristus (Kol 2:3; Efe 3:16-19).

Hikmah mengharapkanmu untuk mengasihinya. Orang berhikmah akan memisah diri mereka daripada matlamat-matlamat yang bebal dalam kehidupan untuk menumpukan perhatian kepada pemerolehan hikmah (Ams 18:1). Mereka akan menjadikan hal menyenangkan Allah paling utama dalam kehidupan mereka (Mat 6:33). Kecuali kamu ada keghairahan besar untuk hikmah, kamu akan mencarinya dengan sia-sia (Ams 2:1-5). Daud berkata, “O betapa aku mengasihi hukummu! ia renunganku sepanjang hari” (Maz 119:97). Apa pun yang kurang daripada itu tidak akan berhasil. Mengabaikan hikmah adalah untuk mengasihi kematian (Ams 8:36).

Hikmah mengharapkanmu untuk mencarinya awal-awal dalam kehidupan, sebelum kamu belajar kebebalan manusia, atau merosakkan kehidupanmu dengan kebebalan, dan sementara kamu ada keghairahan dan kekuatan orang muda. Salomo telah menulis, “Ingat sekarang Penciptamu pada masa mudamu, sementara hari-hari yang malang belum sampai” (Pkh 12:1). Zaman kanak-kanak dan orang muda ialah kesia-siaan, maka ia waktu yang paling baik untuk menolak kebebalan dan mencari hikmah untuk mengelak dosa-dosa kemudaan (Pkh 11:10; Maz 25:7; Ams 22:6; 2Tim 2:22).

Hikmah mengharapkanmu untuk mencarinya awal-awal pada siang hari, sebelum tugas dan peralihan perhatian kehidupan mengambil hatimu dan mindamu jauh daripada apa yang paling penting dalam kehidupanmu. Pakailah apa yang pertama pada waktu pagi untuk membaca firman Allah dan memberitahuNya betapa banyak yang kamu mengasihiNya dan mengingini HikmahNya (Maz 63:1-6; 84:1-2; 119:18). Orang besar dalam Alkitab memang berbuat demikian (Kej 19:27; Maz 5:3; 119:147). Atau lakukannya tiga kali sehari seperti Daud dan Daniel (Maz 55:17; Dan 6:10).

Berita-berita berharga injil adalah bahawa Allah mengasihi anak-anakNya dari awal-awal lagi sebelum mereka mengasihiNya, malah pada waktu mereka masih musuh-musuhNya (1Yoh 4:19; Rom 5:8). Kasih Allah bagi orang pilihanNya sebegitu besar sehingga dia menarik setiap satu orang kepada diriNya, menyebabkan setiap satu untuk mengasihiNya, akan semakin menunjukkan kasihNya kepada setiap satu orang semakin mereka mengasihiNya, dan tidak seorang pun yang boleh dipisahkan daripada kasihNya baik pada waktu kini mahupun pada waktu kekekalan (Yer 31:3; Hos 11:3-4; Yoh 14:23; Rom 5:5; 8:35-39).