8:19
Buahku lebih baik daripada emas, ya, bahkan melebihi emas tulen; dan hasilku lebih baik daripada perak pilihan.
Adakah apa pun yang lebih baik daripada wang? Wang sebenarnya boleh menyelesaikan banyak isu (Pkh 7:12; 10:19). Orang berkata bahawa kamu tidak boleh membeli kasih, tetapi kasih berubah-ubah dan kerap kali mengecewakan. Mungkinkah ada apa pun yang lebih baik daripada wang? Ya! Kesan-kesan hikmah ke atas kehidupan adalah lebih baik daripada emas tulen atau perak pilihan. Berapa banyak jumlah wang pun tidak dapat membeli hikmah (Ayb 28:15-19). Ia anugerah daripada Allah bagi orang yang meminta untuknya dan yang mencarinya. Adakah kamu menaruh usaha untuk memperoleh aset yang berharga ini?
Orang yang sederhana bekerja empat puluh jam seminggu, tetapi dengan masa perjalanan ulang-alik ke tempat kerja dan dengan rehat yang diwajibkan, dia dengan mudah boleh mencapai lima puluh jam atau lebih. Jika dia bercita-cita atau dibayar overtime [bekerja lebih masa], dia boleh mencapai sebanyak enam puluh jam, lapan puluh jam, malah lebih daripada itu pun. Tetapi apakah yang dibawa usaha dan keghairahan ini kepadanya? Mana-mana pun katil boleh membawa tidur. Kebanyakan makanan masih membawa kenikmatan dan kesihatan. Apakah yang akan dia bawa bersamanya ketika dia mati? Sudahkah jerih lelahnya yang keras sekali itu menjadi sungguh sia-sia?
Manusia membuat kajian untuk jangka masa yang lama untuk mencari pekerjaan yang lebih baik, suatu rancangan perniagaan yang baru, atau pelaburan yang membawa lebih banyak pulangan. Mereka pergi ke sekolah banyak tahun untuk melayakkan diri bagi profesion-profesion yang menguntungkan. Mereka memakai diri mereka siang dan malam untuk memperkasakan kerjaya mereka atau membina perniagaan mereka. Tetapi pada akhirnya, mereka tiada hikmah, dan mereka mati seperti anjing. Mereka meninggalkan isteri sunyi dan anak-anak yang disfungsi. Mereka gusar sementara hidup, dan mereka mati dengan kegeraman.
Hikmah ialah daya penghakiman yang betul. Ia tahu apa yang baik di dalam setiap situasi. Ia memahami kehidupan dan mengenal kehendak Allah. Ia melihat bohong dan kesalahan manusia. Ia tahu apa yang boleh diterima bagi apa pun keputusan. Ia menanggapi jerat-jerat fikiran palsu dan perangkap orang penipu. Ia memuliakan kebenaran tentang Allah, alam semesta, tujuan manusia, dan respon yang betul kepada apa pun kesusahan. Ia tahu jalan mencapai kejayaan dan keredaan dengan Allah dan manusia.
Tetapi berapakah banyak orang mencari hikmah sebanyak seperti mereka mencari wang atau kesihatan? Sangat kurang! Si iblis, dunia, dan hati mereka yang sia-sia telah menimbulkan bagi diri mereka suatu dusta. Mereka berusaha dengan keras sekali dan dengan penat lelah sekali di kehidupan yang menjemukan untuk mencapai apa yang dunia panggil sebagai kejayaan – hanya untuk dibuang ke dalam neraka pada akhirnya. Ini kesia-siaan dan kegilaan yang teruk! Kehidupan adalah singkat; pakailah hari-hari jangka hayatmu yang singkat ini untuk mencari hikmah. Suatu pelaburan sederhana pada setiap hari boleh menyelamatkan nyawamu.
Hikmah ini adalah mudah – hasil hikmah dalam kehidupan adalah lebih bernilai daripada kekayaan. Solomo, yang ada kedua-duanya, tahu. Dia berkata bahawa hikmah lebih bernilai (Ams 3:14-15; 8:10-11; 16:16; Ayb 28:15-19; Pkh 7:12; Maz 119:14,72,127). Apakah yang akan kamu buat pada hari ini untuk memperolehnya? Hikmah boleh menyelamatkanmu daripada masalah kehidupan dan membawamu kepada kemakmuran dan damai sejahtera yang sejati. Ini suatu keutamaan, maka kamu harus menyingkirkan perkara-perkara yang membuang masa supaya dapat mencari hikmah.
Hikmah ialah takut akan Allah dan berpegang kepada perintah-perintahNya (Ams 1:7; 8:13; Pkh 12:13-14). TakutNya ditemui dengan merendahkan dirimu sendiri, mengakui dosa-dosamu, dan mencari wajahNya. Perintah-perintahNya ada di dalam nas-nas kitabNya, iaitu Alkitab. Apakah yang akan kamu buat pada hari ini untuk mencari takut akan Allah dan untuk belajar Alkitab? Akankah kamu memberi hikmah 1% daripada masa harimu, atau lebih kurang 15 minit?
Yesus menjelaskan kerajaan Allah sebagai suatu mutiara yang sungguh jarang yang sama sekali dijadikan keasyikan seorang pedagang, yang menjual segalanya yang dia ada untuk membeli mutiara itu yang satu sahaja (Mat 13:45-46). Berapakah pentingnya Yesus Kristus dan kerajaanNya bagimu? Apakah yang kamu rela korban baginya? Solomo telah menulis di tempat yang lain, “Belilah kebenaran, dan jangan menjualnya, juga hikmah, dan arahan, dan pemahaman” (Ams 23:23). Sangat kurang orang yang ingin mengorbankan apa pun, maka mereka hidup tanpa hikmah, menderita kepedihan dunia, dan tidak pernah menikmati kekayaan yang sejati.
Di manakah akan dirimu berada pada hari Ahad? Menari dengan kumpulan pemuzik puji sembah dan ketawa akan bahan lawak seorang yang pura-pura pengkhutbah, atau belajar hikmah daripada khutbah keras doktrin yang sihat (2Tim 4:1-4)? Jika kamu menghadiri suatu gereja yang mengkhutbahkan Alkitab, adakah kamu bersiap sedia dan berdoa sebelum kamu menghadirinya, dan adakah kamu mengambil bahagian di dalam itu dengan ghairah sekali dengan tumpuan baik? Bertekun untuk mencari hikmah seperti orang lain bertekun mencari kekayaan.