8:20
Aku memimpin dalam jalan kewajaran, di tengah-tengah jalan penghakiman:
Seorang pemandu yang bersungguh-sungguh ingin membawamu mengharungi kehidupan. Pemandu ini tidak pernah gagal. Setiap pengikutnya ada kehidupan yang berjaya. Sang Pencipta Allah di syurga pun memakai pemandu ini. Jika kamu ikut, kamu akan menemui jalan kewajaran – melakukan apa yang betul di pandangan Allah. Kamu akan memakai jalan-jalan penghakiman – berbudi bicara dengan berhemat dan menjawab dengan betul dan dengan adil.
Siapakah pemimpin ini? Puteri Hikmah! Solomo memilih untuk mempersonifikasikan hikmah sebagai seorang perempuan (Ams 8:1-36). Dia kerap kali memakai kiasan yang berkuasa ini (Ams 1:20-33; 3:13-18; 4:5-13; 7:4; 9:1-12). Hikmah tidak keperempuanan, dan Allah Jehovah ada segala hikmah dari sejak kekekalan. Pemandu ini layak untuk segala perhatian, masa, dan kesayangan yang kamu boleh beri kepadanya. Peluklah dia!
Apakah faedah-faedahnya? Suatu kehidupan yang bahagia dan yang berjaya! Tiada apa pun lagi untuk dibandingkan kepadanya (Ams 3:16-18; 4:5-7; 8:12-21). Dia layak untuk apa pun harga (Ams 3:13-15; 8:10-11; 16:16). Dia akan mengajarmu untuk memahami setiap situasi dan memilih balasan yang wajar dan yang betul. Jika kamu cuba menyelesaikannya sendiri, kamu akan gagal kerana hati yang berdosa dan minda yang sudah buta.
Berapakah mahal dia ini? Percuma! Dengarlah tawarannya (Ams 1:20;23; 9:1-5)! Satu-satunya kos adalah untuk menukar gagasan-gagasanmu yang bebal dan memakai sedikit usaha untuk mencari dan menyambut dia (Ams 18:1; 2:1-6). Jangan dengan yakin berpegang kepada gagasan-gagasanmu sendiri, sebab ia menjadikanmu lebih teruk daripada orang bebal (Ams 26:12).
Adakah dia rela dan mahu membantumu? Memang demikian! Dia tidak faham mengapa kamu telah memakai sebegitu lama untuk bertanya tentang dia (Ams 1:22-23; 8:1-6; 9:1-6). Atau adakah kamu sebaliknya mendengar Puteri Kebebalan (Ams 9:13-18)? Dua perempuan yang kiasan ini mencari kehidupanmu dan jiwamu – salah satu untuk kemakmuran dan kejayaan, dan satu lagi untuk masalah disfungsi dan akhirnya maut.
Adakah Allah betul-betul mengikutinya? Memang demikian, kerana Allah berhikmah dari semula. Dia memiliki hikmah sebelum apa pun tindakan ciptaan, dan Dia telah menciptakan segalanya melalui Dirinya sendiri (Ams 3:19-20; 8:22-31; Yer 10:12). Dia ada segala hikmah di alam semesta dan mengagih-agihkannya menurut kehendakNya sendiri.
Apakah yang akan terjadi jika kamu tidak peduli akan Puteri Hikmah? Kamu akan menderita dalam kepedihan dan kemalangan (Ams 1:24-32; 13:14). Kamu pasti menggemari maut kalau mengelak suatu tawaran percuma bagi kehidupan yang bahagia dan yang berjaya (Ams 8:36), kerana kepedihan, masalah, dan maut ialah apa yang akan terjadi jika kamu memilih untuk menolaknya.
Di manakah kamu dapat mencarinya? Dia tidak jauh. Hikmah ditemui di ciptaan (Maz 19:1-6; Rom 1:20-23). Tetapi dia paling banyak ditemui di dalam Alkitab (Maz 19:7-11; 119:130; Yes 8:20), terutamanya dalam amsal-amsal Solomo (Ams 1:1-6; Pkh 12:8-12), dan diajar oleh para hamba Allah.
Bagaimanakah kamu dapat bermula? Takut akan Tuhan ialah permulaan hikmah (Ams 1:7; 8:13; 9:10; Ayb 28:1-28). Kehormatan dan keseganan yang wajar bagiNya dan jalan-jalanNya ialah cara kamu dapat bermula. Rendahkanlah dirimu di hadapan Allah, renungilah Dia, kasihilah Dia, dan taatilah Dia.
Di manakah orang lain yang mengikuti Puteri Hikmah? Mereka merupakan gereja-gereja sejati Yesus Kristus, di mana Alkitab dan hikmah yang kuno diajar (2Tim 3:16-17; Yak 3:17-18; Yud 1:4). Jangan ingin berpuas hati dengan gereja-gereja kontemporari yang telah meninggalkan khutbah Alkitab untuk dongeng dan kenikmatan (2Tim 3:1-7; 4:3-4). Carilah suatu gereja yang mana setiap perkataan Allah disanjungi tinggi-tinggi, dikhutbahkan dari mimbar, dan diamalkan dalam kehidupan ahli-ahlinya.