Amsal · Proverbs

8:21
Supaya aku menyebabkan mereka yang mengasihiku untuk mewarisi harta; dan aku akan mengisi penuh perbendaharaan mereka.

Kemiskinan ialah pilihan. Mengasihi hikmah membawa harta yang besar kepada manusia, keluarga, dan negara. Inilah peraturan ekonomi yang dimantapkan oleh Allah di syurga. Dan ia sepasti graviti dan empat musim yang ada di bumi. Kamu boleh menyangkal peraturannya, tidak mempedulikan peraturannya, atau membenci peraturannya, tetapi ia masih benar. Satu-satunya ancaman yang dilakukanmu ialah ancaman kepada dirimu sendiri. Hikmah membawa kekayaan (Ams 8:18).

Ya, Allah membawa pencubaan dalam kehidupan manusia, tetapi itu tidak mengubahkan peraturannya. Dia mungkin menguji orang-orang kudusNya dengan kerugian kewangan atau kemiskinan untuk suatu jangka masa tertentu, seperti di dalam kes Ayub; tetapi peraturannya masih berkuatkuasa setiap kali, kalau semua hal yang lain adalah sama. Kebebalan membawa kepedihan dan kemiskinan kepada mana-mana manusia dan negara; hikmah membawa damai sejahtera dan kemakmuran kepada mana-mana manusia dan negara (Maz 33:12; 144:15).

Amsal ini ialah sebahagian daripada Solomo punya personifikasi hikmah sebagai seorang perempuan (Ams 8:1-36). Puteri Hikmah memanggil kaum lelaki menyambutnya (Ams 8:1-11), menyenaraikan manfaat-manfaat hikmah (Ams 8:12-21), menjelaskan penggunaannya oleh Allah dalam ciptaan dunia (Ams 8:22-31), dan memberi amaran kepada lelaki bahawa kejayaan atau bencana bergantung kepada bagaimana mereka melayani Puteri Hikmah (Ams 8:32-36).

Ada dua prinsip atau kuasa yang berkuatkuasa dalam amsal ini. Pertama, hikmah mengarahkan manusia untuk berjerih lelah dan melabur dengan berhemat untuk kejayaan kewangan, dan ia melindungi mereka daripada masalah-masalah yang membinasakan kekayaan (Ams 24:3-6). Kedua, Allah syurgawi dengan luar biasa memberkati orang yang takut kepadaNya dan menaruh kepercayaan kepada Dia (Ams 22:4). Hikmah membawa kekayaan. Percayalah itu atau rugilah dirimu!

Pertimbangkan prinsip yang pertama. Hikmah ada peraturan untuk kejayaan. Kerja keras adalah lebih baik daripada perniagaan atau strategi pelaburan yang sia-sia (Ams 14:23; 28:19). Penabungan adalah penting untuk memperoleh modal bagi pendapatan yang lebih lanjut (Ams 6:8; 14:4). Penyangkalan diri sendiri dalam perbelanjaan adalah perlu untuk menabung (Ams 21:17,20). Risiko yang tidak wajib haruslah dielakkan (Ams 6:1-5; 22:26-27). Sikap pesimistik lebih baik daripada sikap optimistik (Ams 14:15; 19:2). Hikmah lebih baik daripada kekuatan (Pkh 9:16; 10:10,15).

Sudah tentulah, orang bebal dan negara-negara yang bebal menolak peraturan-peraturan ini sehingga bermandi di dalam kubang lumpur kepapaan. Kemalasan membawa kemiskinan (Ams 10:4; 12:24; Tit 1:12). Keangkuhan mudah membinasa secara kewangan (Ams 26:12,16). Alasan menjadi malas adalah tidak bernilai (Ams 22:13; 26:13). Mereka rentan terhadap setiap skim cepat kaya (Ams 12:11; 13:11). Sementara membenci kekuasaan, mereka membenci bekerja untuk orang lain (Ams 17:2; 27:18). Mereka memakai hutang yang bebal (Ams 11:15; 22:7). Mereka orang pengalah!

Pertimbangkan prinsip yang kedua. Allah memberkati orang yang mengasihi dan mentaatiNya. Jika kamu mencari Allah dahulu, Dia akan menjaga segala keperluanmu (Hag 1:5-11; Mat 6:33). Jika kamu mengakui dosa-dosamu, Dia akan memakmurkanmu (Ams 28:13). Allah memberkati Yusuf dan Daniel meskipun dalam keadaan-keadaan yang teruk sekali. Tetapi Dia berjanji untuk membinasa bangsa-bangsa yang melupakannya (Maz 9:17; 50:22).

Ketika kamu menghormati Allah dan menjalani hidup yang salih, Dia akan menggandakan pendapatanmu, menambahkan aset-asetmu, mengurangkan perbelanjaanmu, dan melindungi terhadap kerugian secara luar biasa. Berkat-berkat besar ini tidak diajar di mana-mana sekolah perniagaan, dan ia tidak dapat diperoleh tanpa penundukkan penuh kepada Tuhan Yesus Kristus. Pertimbangkan! Jika kamu menaruh wangmu kepada perjuangan-perjuanganNya, kamu akan maju dengan cepat sekali (Ams 3:9-10; 11:24-27; 19:17; Luk 6:38).

Harta kekayaan yang paling besar adalah tidak kelihatan. Ia rohani dan kekayaan kekal dalam Yesus Kristus. Musa menyerahkan kenikmatan dan kemakmuran Mesir untuk mendapat kekayaan tersebut (Ibr 11:24-26). Ia melibatkan cahaya dan kebenaran injil, yang dapat menyelamatkan manusia daripada kejahilan dan ketahayulan gelap dunia ini. Ia melibatkan hadirat Roh Allah, sementara dunia ini merayau-rayau dalam keadaan mementingkan diri sendiri dan dalam kebutaan yang keiblisan. Ia melibatkan warisan kekal Allah Sendiri dan suatu kekekalan yang mulia di syurga bagi orang pilihan.

Orang yang rendah hati dan yang cerdik akan melihat berkat dua kali ganda bagi pelajaran ini daripada Solomo – hikmah membawa kepada kemakmuran dan kejayaan dari segi kewangan dan rohani. Apakah syaratnya untuk memperoleh berkat-berkat dan keredaan? Sayangilah hikmah! Apakah hikmah? Daya penghakiman yang wajar yang dipelajari daripada firman Allah bagi apa yang alamiah dan apa yang rohaniah. Adakah kamu menyayangi firman Allah? Adakah kamu menyayangi ia dikhutbahkan? Bertaubat, dan sayangilah hikmah Allah pada hari ini juga.