8:28
Ketika dia memantapkan awan-awan di atas: ketika dia menguatkan mata-mata air samudera raya:
Berapakah tuanya hikmah? Berapakah pentingnya hikmah kepada Allah? Berapakah pentingnya patut ia jadi bagimu? Soalan-soalan ini dijawab menerusi amsal ini. Allah Pencipta syurga dan bumi ada hikmah dari awal-awal, sebelum Dia menciptakan awan di langit dan mata-mata air di dalam lautan. Di memakai hikmah untuk menciptakan semua itu (Ams 3:19-20). Kamu patut mencintai hikmah.
Amsal 8 ialah personifikasi panjang akan hikmah. Raja Salomo memperkenalkan Puteri Hikmah dan menjelaskan tawarannya kepada manusia (Ams 8:1-11); dia menyenaraikan banyak manfaatnya (Ams 8:12-21). Dia menyatakan bahawa Allah memiliki hikmah sebelum menciptakan dunia (Ams 8:22-31); dan dia mengulangi tawaran hikmah dan memberi amaran akan penghakiman keras kepada orang yang menolak (Ams 8:32-36).
Jika TUHAN Jehovah ada hikmah pada permulaannya dan telah memakainya untuk menciptakan dunia, maka tentulah hikmah layak untuk perhatianmu. Kamu meluangkan banyak jam, banyak usaha, dan banyak perbelanjaan untuk mengejar banyak perkara-perkara lain, mengapakah tidak hikmah? Berapakah banyak minit dan berapakah banyak usaha sudah kamu berbelanja baru-baru ini untuk cuba memperoleh hikmah? Sudah tiba masanya untuk menjadi serius akan kehidupanmu.
Allah telah memantapkan awan di atas, dan hikmah berada bersamaNya pada waktu itu. Tanggapikah kamu akan hikmah kitaran air dan banyak tan air yang tergantung di awan? “Dia mengikat air di dalam awan-awannya yang tebal; dan awan-awan itu tidak terkoyak dengan air itu” (Ayb 26:8). “Pandanglah ke syurga, dan lihat; dan lihatlah awan-awan yang lebih tinggi daripadamu” (Ayb 35:5).
“Lihatlah, Allah besar, dan kita tidak mengenalnya, dan juga bilangan tahunnya tidak terselami. Sebab dia menjadikan titisan-titisan air yang kecil: ia mencurahkan air dengan wap air itu: Yang memang diturunkan dan disulingkan awan ke atas manusia dengan kelimpahan. Juga dapatkah mana-mana orang memahami penyebaran awan?” (Ayb 36:26-29).
“Tahukah kamu keseimbangan awan-awan, karya-karya ajaib dia yang sempurna dalam pengetahuan?” (Ayb 37:16). “Semua sungai masuk ke dalam laut; namun laut belum penuh; ke tempat asal yang datangnya sungai-sungai itu, ia kembali semula.” (Pkh 1:7).
“Dapatkah kamu meninggikan suaramu kepada awan-awan, supaya air yang berlimpahan dapat menutupimu? Dapatkah kamu mengutus kilat-kilat, supaya mereka dapat pergi dan berkata kepadamu, Di sinilah kami? Siapakah yang dapat menghitung awan dengan berhikmah? atau siapakah yang dapat menahan kirbat-kirbat di syurga?” (Ayb 38:34-38).
Pertimbangkan curahan hujan yang 4 inci. Ini 2.5 gelen sekaki persegi, yang hampir 9.5 kilogram beratnya. Untuk satu ekar sahaja, ini memerlukan sekitar 109,000 gelen; 452,000 kilogram; atau 452 tan air. Tidak hairanlah Ayub telah berkata, “Dia mengikat air di dalam awan-awannya yang tebal; dan awan-awan itu tidak terkoyak dengan air itu” (Ayb 26:8). Allah telah memantapkan air di dalam awan-awannya di atas. Kemuliaan bagi Allah!
Tetapi bagaimana kalau hujan yang sama itu jatuh di salah satu daerah Amerika Syarikat, yang adalah 800 batu persegi, atau 512,000 ekar persegi? Maka bilangan gelen itu menjadi 56 bilion! Dan berat air itu ialah 232,000 kilogram atau 232 juta tan! Jika hanya awan di atas kepalamu dapat menampung berat sedemikian, maka kamu memerlukan hikmah yang telah dipakai Allah untuk menciptakannya.
Allah telah menguatkan mata-mata air lautan. Jika kamu tidak tahu bahawa adanya mata air di lautan, Alkitab telah menyatakan demikian untuk 3500 tahun (Ams 8:28; Ayb 38:16; Kej 8:2). Hanya pada 1977 ahli geologi menemui lubang-lubang hidroterma di dalam kerak bumi yang memancar air mineral yang panas dari jauh di bawah permukaan dasar laut.
Allah ada hikmah dari permulaannya. Dia selalu ada hikmah. Dia memakai hikmahNya untuk menciptakan syurga dan bumi. Bagaimanakah akan kamu menjalani hidup sepanjang hayatmu? Oleh tradisi ibubapamu? Oleh tabiat-tabiat masa kanak-kanakmu? Oleh kaedah cuba-cuba? Oleh rakan-rakan sebayamu? Oleh ahli-ahli pakar yang sekejap memberi amaran tentang zaman ais dan kemudian pula memberi amaran tentang pemanasan bumi?
Hai pembaca, hikmah ditawarkan kepadamu. Pengetahuan yang asas Allah mungkin dipelajari daripada melihat dan mempertimbangkan ciptaanNya (Maz 19:1-7; Rom 1:19-21). Tetapi Allah menawarkan hikmah besar dan pemahaman di dalam nas-nas kitabNya yang berilham, iaitu Alkitab (Maz 19:7-11; 2Tim 3:16-17). Bilakah kali terakhir kamu membacanya? Bilakah kali terakhir kamu dengar itu dikhutbahkan? Kamu sedang ketinggalan akan berkat yang paling besar dalam kehidupan, jika kamu tidak mencari Alkitab atau khutbah pada hari ini juga.