Amsal · Proverbs

8:29
Ketika dia memberi lautan dekrinya, bahawa air tidak harus melampaui perintahnya: ketika dia menetapkan dasar-dasar bumi:

Manusia suka pantai. Mereka boleh berdiri di pasir dan memandang kepada lautan yang luas sekali yang menutupi dua per tiga permukaan bumi. Walaupun kedalaman, keluasan, dan kekuatan laut sungguh besar, dan meskipun pasir hanya beberapa inci leibh tinggi daripada air, ia tidak berbahaya. Jehovah telah meletakkan jalur pantai di dasar bumi, dan Dia memerintahkan air lautan untuk tidak melampaui batasan itu. Dan Dia memakai hikmah di dalam rekabentuk ini yang agung sekali.

Salomo telah mempersonifikasikan hikmah sebagai seorang perempuan untuk menyanjungi pengetahuan dan pemahaman (Ams 8:1-36; 9:1-12). Puteri Hikmah memperkenalkan dirinya sendiri (Ams 8:1-11), menunjukkan ciri-cirinya dan ganjaran-ganjarannya (Ams 8:12-21), menerangkan kehadirannya dengan Allah di dalam ciptaan dunia (Ams 8:22-31), dan meggesakan manusia utuk menyambutnya untuk berkat ke atas kehidupan mereka (Ams 8:32-36). Melalui amsal ini, dia telah mengajarmu bahawa Allah ada hikmah ketika Dia menciptakan lautan (Ams 8:27-31).

Samudera dan laut-laut ialah salah satu bumi punya keajaiban yang paling besar. Alkitab memberitahumu dengan tepat sekali bagaimana ia wujud. “Dan bumi tidak berbentuk dan kosong; dan kegelapan ada pada permukaan samudera raya. Dan Roh Allah bergerak di atas permukaan air – Dan Allah berfirman, Biar air yang di bawah syurga itu dikumpulkan ke satu tempat, dan biar tanah kering muncul: dan demikian itu terjadi. Dan Allah memanggil tanah kering itu Bumi: dan air yang dikumpulkan itu dipanggil sebagai Lautan: dan Allah nampak bahawa itu baik” (Kej 1:2,9-10).

TUHAN mengharapkanmu untuk kagum dengan lautan dan batasan-batasan yang diletakanNya bagi lautan. Dia bermegah kepada Ayub akan hal memagari air di tempatnya dengan pintu dan palang (Ayb 38:8-11). Dia mengilhamkan Daud untuk menulis tentang air yang dilonggokkan dengan batasan yang tidak dapat dilampauinya (Maz 33:7; 104:9). Dan Dia berbicara melalui nabi Yeremia bahawa manusia patut takut akan Dia bagi keajaiban besarNya dalam perkara mengikat samudera raya dengan jalur pasir, yang air lautan tidak dapat melampaui, tidak kira betapa hebat ia bergelora dan mengaum (Yer 5:22). Berilah Allah kemuliaan!

Samudera dan laut-laut menutupi 71% bumi. Samudera Pasifik ialah 17 kali saiz negara Amerika Syarikat. Kolong Mariana di Lautan Pasifik adalah lebih dalam daripada ketinggian Gunung Everest – melebihi sekitar 2 kilometer. Walaupun adanya puting beliung, ombak gadang, dan tsunami, pantai dan pesisiran masih berada di kawasannya seperti tahun dahulu. Allah telah memberi dektri kepada samudera dan laut-laut, dan ia tidak dapat melampaui batasan-batasanNya. Demikian juga dengan orang durjana (Maz 65:7; 76:10)!

Pelajarannya mudah. Jika Sang Pencipta syurga dan bumi Yang Berbahagia, iaitu TUHAN Jehovah, bersukacita dengan hikmah sebelum Dia membentuk laut-laut dan tanah kering, maka hikmah sudah tentu sesuatu yang kamu patut cari dengan segenap kekuatanmu. Jika Sang Pencipta memilikinya, maka betapa banyak lagi patut makhluk-makhlukNya mencarinya (Ams 3:13-18; 4:5-13; 8:32-36)?