Amsal · Proverbs

9:14
Sebab dia duduk di pintu rumahnya, di kerusi tempat-tempat yang tinggi di kota,

Bahaya itu besar. Godaan itu sungguh hebat. Ancaman itu ada di merata-rata. Walaupun Puteri Hikmah telah menawar berkat-berkat dan jaminan yang bagus kepada lelaki (Ams 9:1-12), ada pula seorang perempuan lain yang bersaing, yang memperdayakan dan yang menggoda, yang menarik dan mengundang manusia bagi pembinasaan mereka (Ams 9:13-18).

Siapakah perempuan yang lain ini? Siapakah pesaing kepada Puteri Hikmah? Dia Puteri Kebebalan, personifikasi Solomo akan dosa dan kenikmatan duniawi, yang diwakili oleh perempuan yang bebal dan yang pelacur yang mengundang manusia untuk melakukan perzinaan dengannya, secara literal dan secara kiasan.

Amsal 8 mempersonifikasikan hikmah. Solomo memperkenalkan Puteri Hikmah (Ams 8:1-9), menyenaraikan manfaat-manfaatnya (Ams 8:10-21), menunjukkan Allah memilikinya sebelum ciptaan (Ams 8:22-31), dan mengakhiri dengan suatu lagi rayuan (Ams 8:32-36). Di dalam Amsal 9, dia membandingkan Puteri Hikmah punya tawaran berkat dengan godaan Puteri Kebebalan yang membawa kebinasaan. Bandingkan terutamanya dua undangan itu (Ams 9:4,16), dua hidangan itu (Ams 9:5,17), dan dua hasil itu (Ams 9:11,18).

Personifikasi ialah kiasan yang mewakili suatu konsep abstrak dengan memakai peribadi. Sifat-sifat konsep yang harus dipelajari ditemui dalam tindakan-tindakan atau ciri-ciri perwakilan itu. Sebagai contoh, Lady Liberty [Puteri Kebebasan], iaitu patung yang menyambut orang pendatang ke Amerika, ada tujuh pancang di mahkotanya untuk mewakili tujuh lautan atau tujuh benua bumi, memegang tinggi suatu obor untuk memimpin jalan kepada kebebasan, memegang pada tepinya suatu loh batu yang mewakili hukum-hukum yang adil, dan memakai baju toga republik Rom, dan berdiri di atas belenggu-belenggu perhambaan yang sudah dipatahkan.

Personifikasi kebebalan – dosa dan kenikmatan duniawi yang membinasakan manusia – diwakili oleh perempuan yang bebal dan yang lantang, yang meninggalkan suaminya dan rumahnya untuk menggoda orang asing bagi tujuan perzinaan (Ams 9:13-18). Makhluk yang menarik dan yang menggoda tanpa moral atau pengetahuan ialah jerat yang membunuh bagi manusia. Sementara ingin menggoda lelaki dengan keamatan yang sama dengan Hikmah yang cuba menyelamatkan lelaki, bahasa yang berkuasa memanggil lelaki untuk memeluk Hikmah dan menolak Kebebalan!

Apakah perangai perempuan ini? “Dia duduk di pintu rumah rumahnya”. Dia malas, bertentangan dengan ketekunan Puteri Hikmah (Ams 9:1-3). Dia menolak hal berdiam di rumah bagi suaminya dan keluarganya, kerana dia tidak puas hati dengan perkahwinan (Ams 7:11-12; 1Tim 5:11-15; Tit 2:3-5). Dia melahu seperti para perempuan di Sodom, yang telah Allah bakar hidup-hidup (Yeh 16:49-50). Dia ketiadaan hati nurani, sebab dia memanggil orang asing meskipun dari rumah suaminya (Ams 30:20).

Dia duduk “di kerusi tempat-tempat yang tinggi di kota”. Dia meninggalkan tempatnya di rumah untuk duduk dengan berani di tempat-tempat kota yang lebih mulia (Ams 7:11-12). Dia tiada tujuan di sana kecuali untuk mencari lelaki. Orang baik telah mengelak rumahnya, dan terus melanjutkan perjalanan mereka, tetapi perempuan ini pula telah menemui mereka di tempat yang paling tidak tersangka dia ditemui (Ams 9:15). Daripada memakai kawasan-kawasan kota yang sesak dan kotor seperti seorang pelacur yang murah, dia sebaliknya memperkasakan lagi daya tarikannya dan mencari mangsa-mangsa yang lebih mulia di tempat-tempat perdagangan dan kerajaan.

Bagaimanakah penzina yang khianat ini mewakili kebebalan? Dosa dan kenikmatan duniawi menawarkan suatu pelepasan daripada tugas dan jerih lelah. Perempuan yang durjana ini berebut untuk perhatianmu, supaya dia boleh mengalihkan perhatianmu daripada tugas-tugasmu dan membinasakan akhlakmu, reputasimu, dan keberhasilanmu. Dia berbohong tentang kenikmatan-kenikmatan kebebalan dan dosa dengan menjadikannya nampak sungguh menyeronokkan sementara menyembunyikan hasil-hasil yang teruk dan kesan-kesan bagi orang yang menyertainya dalam kehidupan yang duniawi.

Kehidupan berdosa dielak oleh kesetiaan kepada panggilan seseorang dan menolak mana-mana pun situasi yang melahirkan peluang untuk daging (Rom 13:13). Jika Daud telah menyertai peperangan bersama askar-askar lelakinya, dia tidak akan melihat Batsyeba pun (2Sam 11:1). Dosa dan kenikmatan duniawi akan ditemui di mana-mana di dunia yang berdosa ini, maka seluruh perisai Allah haruslah dipakai setiap hari, dan hati dijaga dengan segala ketekunan, supaya dapat berdiri (Ams 4:23; Efe 6:10-18).

Agama palsu, yang paling tepat dilihat di dalam Pelacur Besar Rom dan anak-anak perempuan Protestannya (Wah 17:1-6), menolak urusan kekudusan dan kebenaran, tetapi duduk di pintu-pintunya untuk memanggil lelaki ke katilnya untuk perzinaan rohani (Yak 4:4; Wah 2:20-23). Dia duduk di kerusi kalangan komuniti keagamaan, walaupun doktrin-doktrinnya dan matlamat-matlamatnya berasal daripada neraka (2Tes 2:9-12; 1Tim 4:1-3). Di sana orang yang tidak bersalah dijerat oleh penampilannya yang cantik dan pelukannya yang mesra, tanpa melihat bahawa orang mati ada di sana, dan bahawa tetamu-tetamunya berada di kedalaman neraka (Ams 9:18; 21:16).

Yesus Kristus, Raja kemuliaan dan Pengantin Lelaki kudus gerejaNya, memanggil kepada semua orang di Rom dan anak-anak perempuannya, “Keluarlah daripadanya, hai umatku, supaya kalian jangan menjadi peserta dosa-dosanya, dan supaya kalian jangan ditimpa celaka-celakanya” (Wah 18:4). Tuhan cemburu, dan memang wajar demikian. Dia membenci perzinaan rohani. Keluarlah daripadanya pada hari ini juga, hai pembaca, supaya jangan ketiadaan masa depan lagi bagimu. Tinggalkanlah yang bebal, lalu hidup; dan jalan dalam jalan pemahaman (Ams 9:6).