1:27
Apabila ketakutan kalian sampai sebagai pemusnahan, dan kebinasaan kalian sampai ibarat puting beliung; apabila penderitaan dan seksaan jiwa menimpa kalian.
Ketakutan – kebinasaan – penderitaan – seksaan! Ini adalah empat hal yang teruk. Ia boleh menghiris jiwamu dan menyusahkan hatimu. Ia cukup untuk menyeksa rohmu. Ia menyelammu di mana-mana tempat dan menyeksamu di katilmu juga. Kengerian, pemusnahan, dukacita, dan kemurungan ialah hukuman yang sangat teruk. Allah menyampaikan itu kepada orang yang menolak hikmahNya.
Allah yang sejati menawarkan hikmah dari syurga bagi kejayaanmu dan kebahagiaanmu (Ams 1:20-23,33; 3:13-18; 8:1-21). Mengejar hikmah, supaya memperoleh faedah-faedah yang berharga ini, patut menjadi matlamat yang paling penting dalam kehidupanmu (Ams 4:5-9; 18:1; 16:16). Tetapi jika kamu mengabaikan tawaranNya yang berbudi baik, Dia akan berpaling menentangmu, dan tiada apa pun yang akan mampu menyelamatkanmu (Ams 1:24-32; Maz 50:22).
Amsal ini ialah sebahagian personifikasi pertama Solomo bagi hikmah (Ams 1:20-33). Puteri Hikmah menawarkan hikmah kepada orang bebal (Ams 1:20-23,33), tetapi dia sungguh berdendam terhadap sesiapa pun yang menghina tawarannya (Ams 1:24-32). Dia berjanji untuk mengetawakan malapetakamu dan mengolok-olokmu ketika kamu penuh ketakutan kerana kamu tidak mahu menyambut tawarannya yang murah hati.
Apakah hikmah? Hikmah ialah daya penghakiman yang betul! Hikmah tahu kebenaran dalam apa pun hal dan perangai yang sempurna dalam apa pun situasi. Ia dengan jelas menanggapi dan melakukan apa yang menyenangkan Allah dan manusia. Allah Jehovah menawarkan hikmah, pemahaman, pengetahuan, dan budi bicara melalui ciptaan alam semula jadi dan melalui Alkitab (Ams 19:1-11; 119:128; Yes 8:20; 2Tim 3:16-17).
Tiada alasan bagi manusia untuk menolak kebenaran dan hikmah Allah (Rom 1:18-20). Oleh sebab mereka tidak memuliakan Allah atau memberi syukur, Dia menggelapkan hati mereka (Rom 1:21). Oleh sebab mereka menganggap diri mereka berhikmah dan memuliakan makhluk melebihi Sang Pencipta, Dia memberi mereka minda yang jahanam untuk memalukan sesama diri mereka dengan percabulan seksual yang keji (Rom 1:22-27).
Allah tidak perlu mendengar atau menjawab doa-doamu. Dia tidak akan mendengar atau menjawab orang yang menolak khutbah firmanNya (Ams 28:9; Maz 66:18). Ketika ketakutan mengejar jiwamu kepada pemusnahan, ketika kebinasaan datang seperti puting beliung, dan ketika penderitaan dan seksaan menimpa jiwamu, Dia akan ketawa kepada malapetakamu. Kerana kamu mengolok-olok hikmah ketika ia ditawarkan, Dia akan mengutus malaikat Tuhan untuk mengejar dan menganiayamu (Maz 35:5-6).
Ketika injil sejati ditawarkan, kamu patut menjual segalanya yang kamu ada untuk membelinya (Ams 23:23; Mat 13:44-46). Orang Yahudi memperlekehkan kerajaan Yesus Kristus dan menganiaya para rasulNya, tetapi Raja besar ini membinasakan para pembunuh ini lalu membakar kota mereka dengan memakai tentera Rom pada tahun 70 Masihi (Mat 22:1-7). Hai pembaca! Ia lebih baik untuk memecahkan dirimu dalam pertaubatan dengan menjatuhkan diri kepada Dia daripada membiarkan Dia menjatuhkan DiriNya ke atasmu dan mengisarkanmu menjadi serbuk (Mat 21:44). Percayalah kepada Yesus Kristus pada hari ini, bertaubat daripada dosa-dosamu, dan kejarlah Dia dengan kekuatanmu.