10:11
Mulut orang benar ialah perigi kehidupan: tetapi keganasan menutupi mulut orang durjana.
Mulutmu ialah pembukaan kepada hatimu. Ia saluran yang meluahkan apa yang ada di dalam hatimu. Orang benar ada hati yang baik dan yang mulia, dan mulutnya ialah perigi kehidupan kepada orang di sekelilingnya. Dia menghiburkan, menggalakkan, dan mengarahkan mereka. Orang durjana ada hati yang jahat, dan mulutnya dipenuhi keganasan. Dia menyakiti dan membinasakan orang di sekelilingnnya.
Kamu boleh tahu hati seseorang melalui pertuturannya (Ams 10:20). Banyak orang suka berkata, “Kamu tidak mengenal hatiku”, tetapi ia mudah untuk mengenal hati mereka oleh kata-kata murah hati yang datang daripada bibir mereka. Pertuturan yang lemah-lembut, murah hati, membantu, berbudi, atau yang rendah hati membuktikan hati yang berakhlak mulia. Tetapi kata-kata yang pedas, kritikal, kejam, kasar, negatif, atau yang memfitnah membuktikan hati yang rosak.
Tuhan Yesus Kristus menjelaskan amsal ini. Dia berkata, “Hai generasi ular kapak, bagaimanakah mungkin kalian yang jahat mengucapkan apa yang baik? sebab daripada luapan hati itulah mulut berucap. Orang baik dari khazanah baik hatinya mengeluarkan apa yang baik: dan orang jahat dari khazanah jahatnya mengeluarkan apa yang jahat” (Mat 12:34-35).
Amsal ini ialah pemerhatian oleh Salomo. Kamu boleh menyukat akhlak seseorang melalui pertuturan mereka. Orang baik mengenal kata-kata yang boleh diterima, dan dia menyatakannya pada waktu yang wajar (Ams 10:32; 15:23; 25:11). Ia menjadikanmu ingin mencium bibirnya (Ams 24:26)! Dia mengucap dengan tujuan yang baik – untuk menghibur, menyembuh, menggalak, mengajar, atau memberi amaran (Ams 13:14; 15:7). Dia menambah kepada damai sejahtera, kesenangan, dan kemakmuran orang di sekeliling dirinya (Ams 12:18; 15:26; 16:24; 18:4).
Orang durjana tidak boleh menguasai mulutnya, maka ia meluahkan kejahatan seperti gunung berapi dari hatinya. Dia bercakap lebih banyak daripada apa yang seharusnya (Ams 15:2,28; Pkh 10:12-14). Pedang yang kasar, yang membenci, atau yang menyindir dari mulutnya meninggalkan orang-orang lain berdarah (Ams 12:18; Maz 52:2). Dia tiada kesesalan atau rasa pegal hati ketika merosakkan nama baik orang lain melalui hal mengumpat, memfitnah, membawa mulut, atau membisik (Ams 26:20-28). Dia kerap kali saksi palsu dan pembohong (Ams 14:5; 18:21; 25:18).
Amsal ini ada dua kiasan metafora. Bagaimanakah mulut orang benar menjadi perigi kehidupan? Ia merupakan tempat di mana pertuturan yang menyegarkan dapat memuaskan kerinduanmu dan mencergaskan jiwamu. Bagaimanakah keganasan menutupi mulut orang durjana? Tiada air yang menyegarkan di dalam mulutnya, sebab mulutnya ganas sahaja. Bandingkan “menutupi” di tempat yang lain (Maz 73:6; Yer 3:25).
Hai pembaca, apakah yang akan kamu buat dengan pelajaran ini? Adakah orang lain mendambakan kata-katamu dan perbualanmu seperti orang yang dahaga mendambakannya juga? Adakah pertuturanmu memberkati dan memperkasakan kehidupan mereka? Atau adakah orang lain merasa amat berat hati untuk berada di sampingmu, kerana kata-katamu kritikal, negatif, dan membinasakan? Jika kamu ada pertuturan yang tidak disukai, akuilah itu kepada Allah, dan rayulah untuk hati yang baru.
Apa yang kamu fikir tentang pertuturanmu tidak penting. Hatimu ialah apa yang paling memperdayakan di bumi (Yer 17:9-10). Kamu boleh menyukat pertuturanmu dengan selamat melalui kadar yang orang lain mahu berada di kehadiranmu dan mendengar kata-katamu. Jika kamu kekurangan kawan, ia kerana mulutmu terlalu ganas dalam sesuatu aspek. Sucikanlah pertuturanmu!
Bagaimanakah kamu memajukan pertuturanmu? Jika kamu bercakap banyak, maka kuranglah bercakap (Ams 17:27-28; Yak 1:19). Pastikan pertuturanmu selalu berbudi baik (Ams 22:11; Pkh 10:12; Kol 4:6). Pastikanlah ia selalu membantu (Ams 10:31; 31:26; Efe 4:29). Belajarlah kebenaran dengan baik-baik untuk memberi jawapan yang pasti kepada orang yang bertanya (Ams 22:17-21; 1Pet 3:15). Berkatilah dan pujilah Allah (Maz 34:1-3)!
Hai hamba Allah! Di kalangan semua orang yang lain, mulutmu yang haruslah menjadi perigi kehidupan yang dalam, kerana kamu membawa berita baik akan injil damai sejahtera. Kamu patut ada kata-kata yang paling menghiburkan, menggalakkan, dan yang membantu di seluruh alam semesta! Tetapi pastikan dirimu mengkhutbahkan firmanNya, dan bukan dongeng dan kenikmatan yang banyak dicari orang pada zaman kini (1Kor 2:1-5; 1Tes 2:13; 2Tim 3:14-17; 4:1-4).
Apakah jenis mulut yang dimiliki Tuhan Yesus Kristus? Ia perigi yang sangat dalam dengan air yang memuaskan jiwa selamanya (Yoh 4:13-14; 6:63-68). Kata-katanya sebegitu murah hati sehingga ia mencengangkan seluruh saumaah (Maz 45:2; Luk 4:20-22). Ketika Dia berbicara akan nas-nas Kitab, hati orang yang mendengarNya membakar dengan kesenangan (Luk 24:32). Betapa mulia teladannya! Biar Dia dan pertuturannya menjadi pedomanmu pada hari ini.