10:12
Kebencian menimbulkan persengketaan: tetapi kasih menutupi segala dosa.
Adakah kamu seorang pendamai? Allah mengasihi pendamai. Orang yang baik mengasihi pendamai. Adakah kamu berusaha sebanyak semungkin untuk menamatkan persengketaan, melangkaui pelanggaran, mengampuni para pendosa, mendamaikan para musuh, dan hidup dengan damai dengan semua orang? Allah memberkati para pendamai, dan ia suatu bahagian yang besar dalam hikmah yang salih.
Di mana ada perbalahan, di situ ada kebencian. Perselisihan tidak dapat wujud tanpa kebencian. Kecuali kasih menang, persengketaan akan menjadi semakin teruk. Kasih tidak dapat berbalah – ia menutupi pelanggaran dan dosa. Ia mencari damai dan mengejarnya. Ia tidak dapat bertahan dengan perbalahan; ia cuba menamatkan perbalahan secepat semungkin.
Persengketaan, bermaksud pertentangan, perseteruan, atau perbalahan. Ia berlawan dan bercanggah. Sementara ia salih untuk berjuang bagi kebenaran untuk menentang dosa dan kesalahan, ini merupakan persengketaan yang peribadi yang disebabkan oleh kebencian bagi orang yang tidak mengamalkan kasih.
Mana-mana tempat yang adanya iri hati, persengketaan, perseteruan, percanggahan, atau ketegangan, kamu hanya harus menyelam hal itu sedikit lagi untuk mendapati bahawa salah satu atau kedua-dua pihak ada kebencian. Berbalah dan pertentangan tidak dapat dan tidak mungkin wujud ketika setiap pihak mengamalkan belas ihsan Kristian, atau kasih Alkitab.
Tetapi ada orang durjana, dengan hati penuh dengan niat jahat dan kebencian, yang dimiliki semua manusia dalam sifatnya(Tit 3:3), yang bersuka untuk menimbulkan perbalahan dan pertengkaran melalui perbuatan membawa mulut, membisik, kecurigaan yang jahat, dan kutukan. Orang-orang yang cabul ini tiada hati nurani atau belas simpati, seperti Saul dan Simei, dan mereka akan menerima suatu nasib daripada Allah Yang Maha Kudus dan Maha Adil dan daripada orang yang mulia (Kej 9:20-27; 2Sam 16:5-14; 1Raj 2:8-9; Yes 29:20-21).
Belas ihsan mengampuni dosa dan melupakan dosa, sama seperti Allah mengampuni dan melupakannya. Kasih menutupi dan menyembunyikan dosa-dosa di bawah penutup pengampunan yang sama dengan apa yang Yesus Kristus menunjukkan setiap percayawan. Inilah penutupan dosa, dan ia suatu peraturan kehidupan bagi orang Kristian yang benar (Ams 17:9; Yak 5:20; 1Pet 4:8). Tetapi kebencian, yang mengalir daripada kemarahan dan keangkuhan, suka untuk mengorek keluar kejahatan, menyebarkan berita jahat, dan menimbulkan persengketaan dan masalah (Ams 15:18; 16:27-28; 26:21; 28:25; 29:22; Yak 4:1).
Dapatkah kamu menutupi dosa seperti Yusuf, yang saudara-saudaranya tidak dapat percaya dia mengampuni mereka, walaupun selepas diberi banyak hadiah, keredaan, dan masa yang panjang (Kej 45:1-15; 50:15-21)? Dia mempersembahkan suatu pandangan yang terbaik bagi jenayah mereka yang sungguh teruk dan menangis atas semua mereka. Bagaimanakah Tuhan mengganjari anak lelaki Yakub ini? Dia memberinya suatu berkat dua kali ganda untuk dua suku kaum di Israel (Yos 14:4).
Di sinilah peluang keemasan untuk didikan anak oleh ibubapa yang baik. Kanak-kanak harus dilatih dan diperbetulkan dengan tegas dalam hal kebencian dan kasih, persengketaan dan damai, dan halmenutupi dosa atau mendedahkannya. Sifat semula jadi pertentangan dan persaingan yang ada dalam kanak-kanak menimbulkan keadaan yang sesuai untuk mengajar ciri-ciri yang salih tentang kasih, berbudi baik, pengampunan, dan berdamai sejahtera.
Kasih ada banyak segi (1Kor 13:4-7), tetapi amsal ini menekankan salah satu daripadanya – menutupi dosa. Kasih melangkaui pelanggaran terhadapnya; kebencian mudah tersinggung, menyimpan kepahitan, atau merancangkan balas dendam. Kasih melupakan dan menyembunyikan dosa-dosa orang yang bertaubat; kebencian mengingat dosa-dosa itu atau menyebar ceritanya kepada orang lain. Kasih, ketika mendengar khabar angin atau mungkin juga cerita benar dosa orang lain, langsung tidak mengulanginya; kebencian mendambakan maklumat peribadi dan menyebarkannya kepada mana-mana pun orang yang mahu dengar.
Dapatkah kamu menutupi segala dosa, seperti yang diajar Solomo di sini? Petrus dahulu minta untuk suatu had tujuh kali untuk menutupi dosa orang, tetapi Yesus menekankannya lagi untuk melakukan itu untuk tujuh puluh darab tujuh kali (Mat 18:21-22). Bagaimana mungkin kamu hendak melawan orang lain untuk beberapa sen, sementara Allah Yang Maha Kuasa telah mengampunimu sepuluh ribu talenta (Mat 18:23-35)? Hal-hal ini sama sekali tidak harus berlaku di antara orang yang Kristian. Penghakiman keras ke atas hamba yang durjana itu adalah adil dan wajar.
Menutupi dosa bukanlah kompromi. Ia tidak menahan penghakiman Alkitabiah, sama ada di keluarga, gereja, perniagaan ataupun negara. Pihak yang berkuasa harus mempercepatkan perlaksanaan penghakiman, berdasarkan lingkungan kuasa yang ditahbiskan kepadanya oleh Allah. Tetapi menutupi dosa harus berlaku ketika pelanggaran adalah terhadap dirimu sendiri, ketika ada pertaubatan, atau kamu bukan pihak berkuasa ke atas itu.
Membenci dosa adalah kudus dan baik (Ams 6:16-19; Maz 45:7). Tetapi kebencian kepada orang lain, yang dinyatakan melalui kemarahan bagi pelanggaran peribadi, tidak mempedulikan pertaubatan, berbisik tentang dosa, dan membawa mulut, ialah pembunuhan pada pandangan Allah (Mat 5:21-26).Ia membuktikan bahawa orang itu ketiadaan hidup yang kekal dan menjalani kehidupannya bagi iblish dengan semangat daripada neraka (Yoh 8:44; Yak 3:14-16; 1Yoh 3:15).
Bagaimana jika salah seorang berkata, “Ya, betapa aku mengasihi Yesus”, tetapi mereka menimbulkan masalah, tidak mengampuni pelanggaran peribadi, tidak mempedulikan pertaubatan, dan mendedahkan dosa orang lain? Mereka merupakan orang munafik yang berbohong, sebab Alkitab berkata bahawa mereka adalah daripada keturunan Kain yang suka membunuh (1Yoh 3:10-15). Salah satu sukatan yang paling baik bagi orang Kristian adalah untuk melihat berapa banyak mereka mengasihi dan mengampuni (1Yoh 2:9-11).
Lihatlah akhlak Yesus Kristus, yang telah datang ke dunia untuk menyelamatkan para pendosa. Dia tiada hormat bagi orang “benar” yang mengasihi diri sendiri, sebab Dia tahu kehitaman hati mereka (Mar 2:15-17). Pilihlah pada hari ini untuk mengampuni dan menutupi dosa-dosa dalam kasih, supaya kamu dapat berdoa dengan mudah dan dengan jujur, “Dan ampunilah hutang kami, seperti kami juga mengampuni penghutang kami” (Mat 6:12).
Pelajaran di sini ialah dasar untuk damai sejahtera sejati – kasih. Di mana adanya persengketaan, perbalahan, dan ketegangan, di situlah adanya kebencian yang di sebalik salam-salam palsu dan kata-kata bohong para pembunuh. Ia hikmahmu untuk menghidupi pelajaran ini bagi dirimu sendiri, mengelak orang durjana yang membenci, dan mendidik untuk menyingkirkan perangai jahat sedemikian daripada anak-anakmu. Jadilah pendamai yang paling hebat di seluruh dunia dengan mengamalkan hikmah dalam amsal ini. Semoga Tuhan Yesus memberimu rahmat dan hikmah untuk tugasan itu.
Pelajaran tambahan di sini ialah jurang pemisahan yang besar di antara yang berhikmah dan yang bebal, di antara orang benar dan orang durjana, di antara anak-anak Allah dan anak-anak Belial. Ketika Yesus menemui para pendosa yang bertaubat, Dia dengan percuma mengampuni mereka; ketika para orang Farisi yang menganggap diri benar memerhati para pendosa, mereka membenci mereka dan membenci pengampunan Allah yang percuma dan yang penuh bagi mereka (Luk 7:36-50; 15:25-32).
Kasih ialah bukti yang paling besar untuk hidup yang kekal. Adakah kamu hidup dengan damai dengan semua orang, terutamanya bagi orang Kristian yang lain (Rom 12:18; Gal 6:10)? Jika kamu percaya Allah mengasihimu, buktikannya dengan mengasihi orang lain; jika kamu tuntut diri mengasihi Allah, buktikannya juga dengan mengasihi orang lain. Sementara Allah itu kasih, orang yang benar-benar kepunyaanNya akan mengasihi orang lain (Yoh 13:34-35; 1Yoh 3:10-24; 4:7-21; 5:1-2).