Amsal · Proverbs

10:2
Harta berharga yang durjana tidak menguntungkan: tetapi kewajaran menyelamatkan daripada maut.

Jenayah tidak berbaloi! Dosa tidak akan berjaya! Kedurjanaan tidak menguntungkan, tidak kira berapa banyaknya kekayaan yang dikumpulkanmu dengan sementara. Kamu tidak dapat menyuap Allah untuk memesongkan penghakiman baik dalam kehidupan ini mahupun dalam kehidupan yang kemudian. Kewajaran ialah kunci kepada kehidupan yang berjaya, dan ia akan melepaskanmu daripada beberapa kematian. Adakah kamu setia kepada kewajaran, meskipun itu mungkin bermaksud kamu kena miskin di bumi?

Orang durjana mungkin makmur untuk seketika. Jangan beriri hati dengan mereka. Ia hanya suatu ilusi – penghakiman yang dahsyat akan datang tidak lama lagi (Ams 3:31-32; 23:17-18; Maz 37:1-3; 73:1-20). Jangan tiru mereka. Dosa tidak akan berjaya, dan kamu akan kalah (Ams 11:4; Maz 49:6-14; Luk 12:15-21; Yak 5:1-3). Orang kaya itu hidup dengan mewah setiap hari, tetapi dia tidak dapat melanjutkan nyawanya atau menyuap orang sampai masuk ke syurga. Dia lagi pula tidak dapat beli setitis air pun bagi lidahnya (Luk 16:19-21).

Ahab dan Izebel membunuh Nabot untuk merampas ladang anggurnya, tetapi wain yang dihasilkannya tidak dapat menceria hari Allah Yang Maha Kudus atau menghiburkan para pendosa yang Dia kutuk. Pembalasan ialah hakku, firman Tuhan. Pasangan yang durjana itu nampak makmur dalam pemilikan tanah dengan komplot mereka yang durjana terhadap Nabot, tetapi anak panah yang rambang telah membunuh Ahab, dan anjing-anjing menjilat darahnya dari kereta kudanya dan memakan Izebel (1Raj 21:1-16; 22:37-38; 2Raj 9:30-37).

Jika kamu maju oleh kedurjanaan, ia hanya untuk seketika. Kesenangan Yudas untuk tiga puluh keping wang perak tidak tahan lama, seperti yang isi perutnya yang terburai telah memberi saksi selama dua milenium (Kis 1:18-19). Keluarga Akhan menyesal akan hari yang dia mengambil kekayaan Yeriko (Yos 7:19-26). Gehazi tidak berdagang dengan hasil tipunya untuk menyembuh penyakit kusta (2Raj 5:20-27). Ananias dan Safira menahan sesetengah wang dengan tipu daya, tetapi mereka tidak dapat membawa wang itu ke tempat yang mereka pergi (Kis 5:1-11).

Raja Asyur, yang Allah dengan berdaulat pakai untuk menghukum Israel, melonggokkan harta berharga kedurjanaan oleh hatinya yang tamak dan yang suka menakhluk (Yes 10:5-14), tetapi Allah yang sama itu mengoyak dia dan angkatan askarnya bercerai-berai ketika kegunaannya sudah habis dipakai (Yes 10:15-19). Gereja pelacur Babel – Gereja Roman Katolik dan anak-anak perempuan Protestannya – telah mengambil harta kekayaan melalui kedurjanaan, tetapi Yesus Kristus sedang datang untuk mengisarnya sampai dijadikan serbuk (Wah 17:1-6; 18:1-24).

Jenayah tidak berbaloi. Dosa tidak akan berjaya. Dengarlah firman Allah. “Memperoleh harta kekayaan dengan lidah yang berbohong merupakan kesia-siaan yang dilambung ulang-alik oleh mereka yang mencari maut. Rompakan oleh orang durjana akan membinasakan mereka; kerana mereka tidak ingin berbuat penghakiman” (Ams 21:6-7). “Seperti burung partridge yang mengerami telur, dan tidak menetaskannya; demikianlah dia yang mendapat kekayaan, dan bukan dengan cara yang betul, akan meninggalkannya pada pertengahan umurnya, dan pada akhir hayatnya ternyatalah dia orang bebal” (Yer 17:11).

“Tetapi kewajaran menyelamatkan daripada maut”, Solomo menulis. Kewajaran Yesus Kristus akan melepaskan orang-orang pilihanNya dari maut yang kedua – keabadian di lautan api – melalui kitab kehidupan (Wah 20:11-15; Rom 5:19; 2Kor 5:21). Tetapi melalui kewajaran peribadi itulah yang kamu dapat mengelakkan maut persekutuan dengan Allah (Yak 5:19-20; Wah 3:1), kematian badaniah melalui hukuman (1Kor 11:28-34), dan dapat memegang teguh kepada hidup yang kekal (Maz 15:1-5; 1Tim 6:11-12).

Sementara ada banyak yang tidak memahami kepentingan kewajaran peribadi, ia kekal penekanan yang pasti dalam Alkitab. Rekaan moden suatu keputusan semata-mata untuk menentukan takdir kekal ialah ajaran sesat. Kepercayaan dan perbuatan memanggil nama Yesus Kristus adalah kosong tanpa ketaatan kepada perintah-perintahNya (Mat 7:21-23; Luk 6:46; Yoh 5:29; Kis 10:34-35; Flp 3:8-14; 1Tim 6:17-19; Ibr 5:9; Yak 2:14-16; 2Pet 1:5-11).

Adakah kamu beriri hati dengan kekayaan orang durjana? Adakah kamu berhajat untuk memperoleh kenikmatan, kekayaan, dan kesenangan mereka? Perdagangan demikian tidak berbaloi. Penghakiman Solomo berbunyi, “Lebih baik memiliki sedikit bersertakan kewajaran daripada pendapatan besar yang tidak wajar” (Ams 16:8). Dan Yesus mengesahkan itu melalui ajaran, “Sebab apakah keuntungan seseorang jika dia memperoleh seluruh dunia, dan kehilangan jiwanya sendiri? atau apa yang akan diberi seseorang sebagai ganti bagi jiwanya sendiri?” (Mat 16:26).