Amsal · Proverbs

10:1
Amsal-amsal Solomo. Seorang anak lelaki yang berhikmah menjadikan ayah gembira: tetapi anak lelaki yang bebal ialah kepiluan ibunya.

Ia baik untuk mengingat siapa yang menulis batu-batu permata hikmah itu yang dipanggil amsal. Dia menulis terutamanya kepada anak lelakinya dan para teruna, jadi setiap anak lelaki harus mempertimbangkan perhubungannya dengan ibubapanya. Sehingga teruna sendiri jadi seorang ayah, dia tidak dapat faham kesan sukacita atau dukacita yang dia dapat buat dengan pilihan dan tindakannya. Biar setiap orang muda pertimbangkan ayahnya, ibunya, dan Bapanya di syurga.

Solomo telah menulis amsal dalam Alkitab, termasuk ini. Kamu diberkati untuk memiliki raja yang paling berhikmah di dunia sebagai penasihat peribadimu. Dan Allah mengilhamkan pilihan beberapa amsal ini dari sebanyak tiga ribu yang telah ditulis Solomo (1Raj 4:32). Orang benar dapat bersukacita kerana ada hikmah yang rahsia dari syurga ditakrifkan dengan padat dan dijelaskan dalam pepatah-pepatah yang singkat bagi mereka dan keluarga mereka. Terima kasih, Allah, untuk perpustakaan ilahiMu dalam Alkitab dan untuk Amsal.

Dunia boleh mengolok-olok Alkitab sebanyak yang mereka ingin. Biar mereka memandang kepada monyet sebagai moyang mereka, hutang sebagai ubat ekonomi mereka, kanak-kanak yang tidak tertib sebagai masa depan mereka, pekerja yang malas sebagai tenaga kerja mereka, pegawai yang mudah dirasuah di dalam kerajaan mereka, perempuan kerjaya merdeka untuk dijadikan sebagai isteri dan ibu, orang transjantina yang mencacatkan tubuh sebagai berharga, dan pemanasan bumi sebagai projek mereka. Tulisan kecelakaan sudah ada pada dinding, dan ia hanya akan menjadi lebih teruk. Para percayawan akan memerintah pada akhirnya! Tidak lama lagi (Rom 8:17-23; 1Kor 3:21-23; Wah 22:12)!

Sembilan bab amsal yang pertama ialah pengenalan, dengan arahan yang panjang dan yang bersambung-sambung untuk membandingkan hikmah ilahi dengan kebebalan yang berdosa. Dengan ayat di sini, kamu diperkenalkan kepada apa yang lebih sesuai dipanggil amsal – pepatah yang ringkas dan tidak bersambung-sambung yang menonjolkan hikmah yang sungguh mendalam bagi setiap aspek kehidupan. Sementara seluruh kitab memang amsal, namun di sinilah batu-batu permata yang bersendirian yang layak untuk keasyikan perhatianmu sementara kamu menyelidikinya dengan teliti untuk menikmati setiap seginya.

Amsal yang pertama bagimu di sini, dalam ayat ini, menunjukkan nilai didikan salih untuk sukacita dan kelegaan ibubapa. Jika amsal-amsal ini diajar dan diwajibkan kepada anak-anak, ibubapa demikian akan mencapai berkat penuh suatu benih salih bagi kemuliaan Allah dan untuk kesenangan besar mereka. Jika amsal-amsal ini diabaikan, maka sebaliknya, masa depanmu kelam-kelam, dengan bahaya kepiluan.

Hai anak, sudahkah kamu memikirkan ibubapamu pada hari ini? Mereka sendiri menghidupi kehidupanmu sebelum kamu dilahirkan. Jadi, sejak dari jauh dahulukala, mereka bergabung menjadi dua kali ganda lebih berhikmah daripadamu sekarang! Sejak kelahiranmu, mereka telah mengumpulkan lebih banyak hikmah dan pengalaman, sementara kamu memakai banyak tahun untuk belajar supaya tidak mengotorkan dirimu dan untuk menyampaikan makanan ke dalam mulutmu dan bukan telingamu. Kamu sebegitu ketinggalan sehingga ia menakutkan untuk membenarkanmu untuk memiliki apa pun fikiran sendiri. Percayalah itu, atau jadilah derita.

Ibumu kesayanganmu ada rasa mual, panas, dan berat ketika dia mengandungmu, tetapi dia sudah mengasihimu dan ada fikiran yang sungguh ajaib bagi kehidupanmu, sementara dia menghiasi bilik tidur kanak-kanak di rumah. Kehamilan, kelahiran, dan menyusu melemahkan tubuhnya, namun dia selalu memanjamu. Dia membersihkan kekotoranmu dan memberimu makan banyak kali sehari, dan apa yang telah kamu buat adalah untuk menangis untuk lebih lagi.

Kemudian, ketika kamu bergomol untuk belajar menunggang basikal roda tiga, dan kemudian basikal roda dua, ayahmu menguruskan jiwanya, perkahwinannya, kerjanya, kewangannya, rumahnya, keretanya, dan kamu, di antara banyak hal yang lain. Dia menjanakanmu, memilih dan membekal bagi ibumu, dan melabur hari demi hari di dalammu, dengan harapan supaya adanya anak yang berhikmah dan yang ada kewajaran, yang akan membesar dalam keredaan Allah dan manusia.

Tetapi kebanyakan anak terlalu mementingkan diri sendiri, rabun jauh, tolol, dan bodoh untuk mengenal betapa pentingnya tindak laku mereka kepada ibubapa mereka. Mereka tidak dapat berfikir melebihi lima minit yang kemudian, dan satu-satunya fikiran mereka adalah untuk mengisi lima minit itu dengan kenikmatan. Tanggungjawab peranan ibubapa melebihi kemampuan fikiran dan jiwa anak, jikalaupun anak, secara mukjizat, ingin cuba memikir. Fikiran matang tentang hal masa depan tidak akan merangsangkan satu sel otak pun sehingga mereka menjadi ayah, dan barulah kemudian akan mereka sedar tentang berapa banyak yang lakukan dan kelayakan ibubapa mereka.

Anak lelaki yang bebal adalah bencana ayahnya (Ams 19:13). Ia salah satu mimpi ngeri yang paling teruk bagi seorang ayah. Kepedihan melihat sebegitu banyak masa, perbelanjaan, usaha, dan kesayangan dibazirkan melesapkan segala nyawa daripada jiwanya. Ia mengoyakkan hatinya dan semangatnya. Dengarlah Daud menangis bagi anak lelakinya Absalom yang bebal itu, “Dan raja sungguh digerak hati, dan pergi ke ruang di atas pintu gerbang, lalu menangis: dan sambil berjalan, demikianlah dia berkata, Oh anakku Absalom, anakku, anakku, Absalom! Kalaulah Allah biarkan aku mati menggantikanmu, Oh Absalom, anakku, anakku!” (2Sam 18:33). Pertimbangkan kedua-dua Ishak dan Ribka punya dukacita kerana kebebalan Esau berkahwin dengan orang bukan percayawan (Kej 26:34-35; 27:46).

Jika seorang anak lelaki mempertimbangkan hal-hal ini dan menjadi berhikmah, maka ayahnya akan bersukacita, “Hai anakku, jadilah berhikmah, dan gembirakan hatiku, supaya aku dapat menjawab orang yang mencercaku” (Ams 27:11). Solomo datang daripada keluarga yang teruk, dan dia tahu sukacita seorang anak yang berhikmah dan yang berakhlak mulia, jadi, dia menekankan isi itu dengan kerap kali (Ams 15:20; 17:21,25; 19:13; 23:15-16,24-25; 29:3).

Demikian juga dengan ibu, kamu sebagai anak boleh menjadi suatu punca besar kegembiraan dalam hatinya (Ams 23:25). Atau kamu boleh menjadi suatu punca kepiluan yang pahit (Ams 17:25; 29:15). Berapa banyak hati ibu yang sudah dihancurkan oleh anak yang tak terkawal dan yang degil? Hanya TUHAN yang tahu bilangan yang sebegitu besar itu! Hati yang hampir setiap hari melimpah dengan kasih sayang dan kesenangan untuk menjaga seorang anak yang baru lahir dikoyak dengan sungguh mendalam oleh ketidaktaatan dan kebebalan kejam oleh remaja yang berdosa itu.

Hai anak, usah fikir kad hari jadi, hadiah ulang tahun perkahwinan, dan hal-hal yang serupa dengannya, jika kamu harus berbuat demikian. Tetapi jangan sesekali melupakan hikmah dan kewajaran – dua hal ini akan membawa jauh lebih sukacita dan kesenangan ibubapa. Daripada belanja ibubapamu keluar makan, bawalah isterimu dan anak-anakmu untuk keluar makan dan kasihilah mereka seperti seorang suami dan ayah Kristian sempurna. Itu lebih bererti bagi semua pihak.

Hormatilah ayahmu pada hari ini. Taatilah arahannya. Peganglah perintah-perintahnya. Dengarlah amaran-amarannya. Jawablah soalan-soalannya. Berkomunikasi dengannya secara terbuka. Kamu tidak akan menemui seorang lagi dalam kehidupan yang sebegitu mengambil berat bagi dirimu pada kadar keprihatinan ayahmu. Allah telah memilihnya bagimu dari berbilion pilihan yang ada. Percayalah itu.

Hormatilah ibumu pada hari ini. Peganglah hukum mulutnya. Lakukan permohonan-permohonannya yang mudah, sekarang. Kemaskan katilmu. Bersihkan bilikmu. Jadilah berakhlak mulia. Elakkan gadis dan wanita bebal. “Endahkan ayahmu yang telah memperanakkanmu, dan jangan memandang hina ibumu apabila dia tua” (Ams 23:22). Kebanyakan kehidupan ibumu telah dilaburkan ke dalam dirimu dan ia masih melekat kepadamu. Layanilah dia dengan cukup baik kerana itu.

Hai ayah, pertimbangkanlah amsal ini bagi dirimu sendiri. Sukacita atau kepahitan masa depan bagi kedua-dua kamu dan isterimu, banyak kali merupakan pilihanmu pada hari ini. Akankah kamu mengasihi dan mendidik anak-anakmu dengan setia, atau akankah kamu mengabaikan mereka bagi padah kepedihan kedua-dua jiwamu? Itu pilihanmu. Hikmah amsal ini memotong dari dua pandangan. Adakah kamu layak menerima anak-anak yang berhikmah dan yang setia? Atau adakah kamu layak menerima banyak tahun dalam gelap keaiban di depan orang ramai kerana ternyatalah kamu seorang ayah atau ibu yang kekukangan? Didikan yang setia akan menghasilkan buah – mereka tidak akan meninggalkannya pada masa yang akan datang (Ams 22:6).

Hai pembaca, adakah kamu menghormati Bapamu di syurga? Jika kamu seorang anak Allah, Dia merupakan Bapamu secara sungguh peribadi dan sungguh tersayang. Dia mengangkatmu sebagai anak dengan rahmat takdirnya, menyerahkan AnakNya yang tunggal untuk mati bagimu, dan Dia menjadikanmu pewaris kongsi dengan AnakNya yang membentuk seluruh alam semesta (Efe 1:3-6; Rom 8:15-17). Semakin kamu berhikmah dalam perbuatan meninggalkan kebebalan dunia ini dan mencariNya, semakin Dia akan bersukacita dan mendekatimu (2Kor 6:14-18; Yak 4:8; 1Taw 28:9; 2Taw 15:2; Wah 3:20). Jika kamu menyusahkanNya, Dia akan menyusahkanmu (1Sam 2:30).

Yesus Kristus ialah Anak yang sempurna kepada Maria, Yusuf, dan Allah. Alkitab dengan jelas memberitahu kita bahawa Dia mentaati ibubapanya yang di bumi (Luk 2:51). Seorang perempuan yang telah melihat Yesus tahu bahawa Maria ialah ibu yang sangat diberkati (Luk 11:27). Ibu Yesus yang berbahagia mengikutiNya sewaktu Dia hidup dan menyaksikanNya mati (Yoh 19:25-27). Dan BapaNya di syurga? Dengarlah Dia mengisytiharkan, “Inilah Anakku yang dikasihi, Anak yang aku sungguh berkenan” (Mat 3:17). Pilihlah untuk mengikuti teladanNya.