11:17
Orang yang berbelas kasihan melakukan kebaikan kepada jiwanya sendiri: tetapi dia yang kejam menyusahkan dagingnya sendiri.
Amsal ini penting! Ia dapat mengubahkan kehidupanmu! Ia akan memberi kesan kepada nyawamu! Kamu boleh berbuat kepada dirimu sendiri banyak kebaikan, atau kamu boleh menyeksa dirimu sendiri, bergantung kepada apa yang kamu buat dengan pelajaran ini. Amsal ini ialah aksiom berilham tentang belas kasihan, dan hasilnya memang pasti.
Allah memberkati orang yang berbelas kasihan dengan kebaikan, tetapi Dia mengejar orang kejam dengan masalah. Orang yang berbelas kasihan adalah baik kepada diri mereka sendiri, tetapi orang yang tidak berbelas kasihan menyeksa diri mereka sendiri. Orang yang berbelas kasihan akan berada di syurga, tetapi orang yang kejam tidak, sebab dia tidak tahu apa pun tentang rahmat Allah.
Manusia adalah kejam dan mementingkan diri sendiri melalui sifat semulajadi. Adam memberi semua orang suatu sifat rosak dan berdosa yang kejam, suka membenci, dan berniat jahat (Rom 3:13-18; Tit 3:3). Belas kasihan terhadap orang lain hanya oleh Roh Kudus, dan ia ciri hanya kepada orang salih (Yak 3:17-18). Orang demikian, dengan menunjukkan belas kasihan kepada orang lain dan kepada diri mereka sendiri, membawa berkat kepada jiwa mereka sendiri. Tetapi orang yang tidak berbelas kasihan, dengan hati keras terhadap diri orang lain atau kepada diri sendiri, membawa kepedihan dan penderitaan kepada nyawa mereka sendiri.
Apakah belas kasihan? Pertimbangkanlah itu dengan cukup berhati-hati. “Kesabaran dan simpati yang ditunjukkan oleh seseorang kepada orang lain yang berada di bawah kuasanya dan yang tiada hak untuk menuntut layanan baik; layanan yang baik dan yang bersimpati dalam kes ketika layanan kekerasan layak atau dijangkakan” (OED). Belas kasihan ialah kemurahan kepada orang yang tidak layak menerimanya dan yang tidak dapat membayarnya. Ia mengampuni keberhutangan dan hutang. Belas kasihan menyerahkan hak sendiri supaya membantu orang lain, meskipun pilihan berbuat demikian adalah mahal.
Orang, menurut sifatnya, adalah tidak rela untuk menyerahkan haknya supaya membantu orang lain – mereka adalah kejam secara mementingkan diri sendiri, hanya memikir akan diri sendiri. Sementara mengikuti penguasa udara, mereka menerima cita-citanya yang suka membunuh (Efe 2:1-3; Yoh 8:44). Nama Ibraninya, Abadon, bermaksud pembinasa; dan nama Yunaninya, Apolion, juga bermaksud pembinasa (Wah 9:11).
Sementara ditolak daripada syurga untuk keangkuhan, dia harap untuk membinasa orang dalam kehidupan ini dan di neraka yang akan datang. Agama palsu biasanya ditanda oleh bentuk sembahyang yang kejam dan yang cabul. Baal dan Molokh mewajibkan penderitaan teruk: yang pertama mewajibkan pencacatan diri sendiri dan yang kedua pula mewajibkan pengorbanan anak (1Raj 18:25-29; Ima 18:21; Yer 32:35; Yeh 20:26; 23:36-39)!
Allah Yang Berbahagia membenci iblis dan orang durjana: Dia suka belas kasihan, dan Dia mengganjari orang dengan itu. Dia menghargai belas kasihan lebih banyak daripada hukum-hukum upacara keagamaanNya sendiri (Mat 12:1-7)! Ketika seseorang menunjukkan belas kasihan kepada orang lain, Allah memberkati orang itu dengan lebih keredaan dan belas kasihan (Ams 14:21; 22:9; 28:27; 29:14; Mat 5:7; 6:14-15; 25:34-40; Luk 6:38; Yak 2:13). Ini merupakan ganjaran yang pasif untuk belas kasihan – apa yang TUHAN buat bagi orang yang berbelas kasihan. Dan hukuman yang pasif untuk kekejaman ialah apa yang Dia buat terhadap orang yang kejam dan yang tidak berbelas kasihan.
Tanggapilah hukum belas kasihan! Allah akan memberkati, melindungi, dan memperkuatkan orang yang berbelas kasihan (Maz 41:1-4). Dia akan menunjukkannya cahaya kepadanya dan memantapkannya untuk selamanya (Maz 112:4-10). Allah akan menyebabkan orang yang murah hati supaya berdiri kukuh (Yes 32:7-8).Dan Tuhan akan memakmurkannya dengan banyak cara (Ams 11:24-26; 19:17; Yes 58:6-12). Tetapi Allah akan membinasa dan mengisar orang kejam secara batiniah dan secara lahiriah bagi kekurangan belas kasihannya (Ams 21:13; 22:16; 28:8,27; Ayb 20:10-29; Yak 5:1-8)!
Adakah kamu berbelas kasihan? Berapa banyak berbelas kasihan? Adakah kamu ceria dan harap untuk menunjukkan belas kasihan? Allah menyukat dirimu setiap hari oleh peluang-peluang untuk menunjukkan belas kasihan (Ams 29:7; Luk 10:25-37). Adakah kamu mengampuni orang yang bersalah terhadap dirimu (Kej 45:4-15; Mat 18:21-35)? Adakah kamu berbelas kasihan terhadap orang yang tidak dapat dibantu (Yes 1:16-17; Yak 1:27)? Adakah kamu bermurah hati dengan orang miskin (Ayb 29:11-17; 31:13-22)? Adakah kamu melepaskan orang yang berhutang kepadamu (2Sam 3:12-21; 19:13)? Adakah kamu dengan berbelas ihsan memikir yang terbaik tentang tindakan-tindakan orang lain dan selalu mempertahankan mereka secara peribadi?
Tetapi ada juga ganjaran yang aktif untuk belas kasihan – apa yang orang yang berbelas kasihan boleh buat bagi dirinya sendiri! Allah berbelas kasihan, dan Dia mengharapkan anak-anakNya untuk menjadi baik kepada jiwa mereka sendiri. Yitro mengajar Musa untuk ada belas kasihan bagi dirinya sendiri dengan melantik para penolong (Kel 18:13-26). Daud mengajar kepentingannya untuk menaruh hal-hal dalam tangan Allah dan pergi tidur (Maz 127:1-2). Solomo menambah gesaan untuk bersukacita dalam segala hal yang baik (Pkh 9:7-10). Dan Paulus memberitahu Timotius untuk mengajar supaya Orang Kristian kaya dapat masih menikmati kehidupan yang mewah (1Tim 6:17-19).
Ada hukuman-hukuman aktif untuk kekejaman, yang orang yang tidak berbelas kasihan berbuat bagi dirinya melalui pilihan-pilihannya yang kedekut. Orang kedekut hidup malang dan tidak boleh tidur – dia ada penyakit ketamakan yang menyeksa dirinya (Pkh 4:8; 5:10-17; 6:1-2). Wang harus dibelanjakan dan dipakai, tetapi orang yang kedambaan tidak memikir kesenangan, tetapi hanya untuk lebih menimbun sorok lagi bagi dirinya. Orang yang ketagihan kerja tidak mengenal belas kasihan, kerana dia tidak pernah berbuat apa pun kebaikan kepada jiwanya sendiri. Dia memberi masalah kepada dagingnya sendiri!
Kebiaraan – nazar untuk tidak berkahwin dan hidup dalam kepapaan, tidak makan daging – yang diwajibkan oleh Rom, menyangkal kenikmatan-kenikmatan yang diniatkan Allah bagi manusia (Kol 2:20-23; 1Tim 4:1-3). Ia merupakan bohong si pembinasa untuk menyebarkan ajaran-ajaran sesat sembahyang kehendak diri dan pengabaian tubuh. Hari ketujuh bukan suatu penggubalan undang-undang yang tidak boleh dilanggari, seperti yang orang Adventis [SDA] bayangkan; hari ketujuh diberi secara berbelas kasihan bagi istirahat dan penyegaran semula Israel (Kel 23:12). Jika seseorang dapat memperoleh belas kasihan bagi dirinya sendiri, seorang kawan, atau seekor lembu dengan melanggari hukum hari ketujuh, dia dibenarkan untuk berbuat demikian (Luk 6:1-5; 13:15-17; 14:5-6).
Agama Kristian yang sejati menolak kedua-dua kultus ini: ia mencerminkan Allah sejati dan AnakNya Yesus Kristus, Yang bersama-sama menunjukkan belas kasihan yang tidak terhingga dengan menebus orang pilihan (Efe 2:4-7; Tit 3:5; 1Pet 1:2-5). Allah menempatkan belas kasihanNya dan simpatiNya yang kita tidak layak terima ke atas orang pilihanNya, tanpa mengira kehendak atau usaha manusia, maka mereka dengan demikian merupakan bejana-bejana belas kasihan (Rom 9:15-24). Ia harus mudah bagi jiwa-jiwa yang sudah dibeli ini untuk menunjukkan belas kasihan kepada orang lain dan kepada diri mereka sendiri, sementara ingat bahawa mereka telah diberi belas kasihan yang mereka tidak layak terima dan bahawa orang yang berbelas kasihan akan memperoleh belas kasihan.