Amsal · Proverbs

11:3
Integriti orang yang jujur akan memandu mereka: tetapi kebabilan para si pelanggar akan membinasakan mereka.

Ada jalan yang selamat untuk hidup – berbuat apa yang betul. Dan ada cara yang bahaya untuk hidup – berbuat apa yang rasanya baik dan berbunyi baik. Dengan mengabdikan diri untuk berbuat apa yang betul pada setiap masa, kamu akan ada arah tujuan yang terang bagi setiap situasi. Tetapi untuk menjalani kehidupanmu melalui perasaanmu dan pilihanmu sendiri akan kerap kali membawamu kepada kekeliruan dan kesukaran, dan ia akan dengan pasti membinasakanmu.

Apakah itu integriti? Ia ciri akhlak yang mulia untuk selalu berbuat apa yang betul, tidak kira kesukarannya atau kesan-kesannya. Orang yang jujur ada integriti. Apakah itu kebabilan? Ertinya adalah untuk berpaling daripada apa yang betul untuk bertindak bercanggahan dengan hukum. Para pelanggar atau para pendosa itulah yang babil, sebab mereka memilih untuk menolak larangan moral.

Orang jujur selalu melakukan apa yang betul – mereka ada integriti. Kekeliruan mereka dalam kehidupan adalah minima, sebab mereka telah memilih untuk mengikut apa yang betul di dalam setiap pilihan dan setiap dilema. Mereka ada pedoman yang kekal. Para si pelanggar melakukan apa pun yang mereka ingin buat – mereka babil. Mereka tidak mempunyai taraf prinsip moral atau parameter untuk tindak laku mereka, dan kebabilan mereka akan membinasakan mereka.

Apakah yang betul? Apa pun yang dikatakan Alkitab adalah betul! Apa pun yang bercanggahan adalah babil dan salah. Alkitab harus disanjungi bagi apa pun subjek, dan segala pendapat yang lain harus dibenci (Maz 119:128). Peraturan sedemikian menjelaskan Agama Kristian Yang Alkitabiah. Ia tidak kira apa yang difikirkan seorang paus, apa yang dianggap biasa secara sosial, apa yang tradisional, atau apa yang akan mendapatkanmu kenaikan pangkat.

Mungkinkah hal seks bergantung kepada kesukaanmu? Tidak! Allah menciptakan kenikmatan itu, dan Dia telah membuat pemerintahan berkenaan itu. Yusuf seorang yang berintegriti, dan dia tidak pernah ragu-ragu tentang apa yang harus dibuat dengan godaan isteri Potifar (Kej 39:1-12). Tetapi Simson babil dalam kegilaannya dengan para pelacur Filistin, dan itu menyebabkannya kehilangan matanya, kebebasannya, dan nyawanya (Hak 16:1-31).

Mungkinkah hal pembalasan bergantung kepada kesukaanmu? Tidak! Allah empunya hak segala pembalasan, dan Dia telah memberi perintah menentang hal berbalas dendam. Daud melepaskan Raja Saul dua kali, walaupun dia cuba membunuh Daud (1Sam 24:1-22; 26:1-25). Tetapi anak buahnya, Yoab adalah babil, kerana membunuh Abner, Absalom dan Amasa dengan kemarahan dan untuk membalas dendam, dan itu menyebabkan kebinasaannya sendiri (1Raj 2:5-6).

Mungkinkah benda kecil daripada majikanmu bergantung kepada kesukaanmu? Orang jujur tahu lebih baik (Tit 2:10). Adakah kekerapan seks dalam perkahwinan pilihan isteri? Perempuan babil mungkin fikir sebegitu (1Kor 7:1-5). Adakah hukuman mati suatu perbahasan? Tidak, bagi orang jujur (Ula 17:6)! Adakah pembaptisan orang Presbyterian dapat diterima? Langsung tidak (1Pet 3:21)! Haruskah para percayawan membayar cukai kepada kerajaan yang kafir? Orang jujur akan membayar (Mat 22:15-22). Adakah rosario/tasbih itu dianggap doa? Tidak, bagi orang yang berintegriti (Mat 6:7). Haruskah seorang lelaki berpuas hati dengan isterinya? Orang jujur berpuas hati (Ams 5:19; Kol 3:19).

Hal-hal yang tadi disenaraikan dan banyak lagi adalah mudah bagi orang jujur, sebab mereka melakukan pilihan yang berdasarkan integriti untuk selalu mengikut Kitab Suci. Orang durjana yang babil kerana menolak firman Allah, keliru bagi hal yang paling mudah pun dan akhirnya binasa. Peraturan hikmah adalah untuk hidup dengan integriti – selalu melakukan apa yang betul – yang memberi pedoman yang kekal.

Yang Berbahagia Tuhan Yesus Kristus selalu melakukan apa yang menyenangkan BapaNya. Dia ada integriti yang sempurna dan kehematan dalam hal mentaati firman Allah dan hidup kehidupan yang sempurna. Bagi mereka yang percaya kepadaNya, Dia merupakan Sumber dan Jalan bagi kewajaran abadi.