11:4
Kekayaan tidak berguna pada hari kemurkaan: tetapi kewajaran melepaskan diri daripada maut.
Murka Allah terhadap para pendosa akan membawa kematian yang awal di bumi ini, dan ia pasti akan membawa maut yang kekal di dunia akhirat. Seberapa banyak wang pun tidak dapat melambatkan atau menghentikan maut baik sekarang mahupun pada akhirat kemudian (Ams 10:2; 12:28). Hikmahnya cukup jelas – pengabaian dan penolakan kewajaran membawa bahaya kepada dirimu!
Kekayaan pun tidak dapat membantu ketika berurus dengan penguasa sivil yang adil dan yang mulia, sebab Allah mewajibkannya untuk tidak membeza-bezakan orang dalam penghakimannya sama ada kepada orang kaya ataupun kepada orang miskin (Kel 23:6-8; Ima 19:15; Ula 1:17; 16:19). Tetapi penguasa sivil yang baik akan mempertimbangkan kewajaran orang yang sedang dibicarakan (Ams 18:5; 2Sam 23:3). Sekali lagi, hikmahnya cukup jelas – kewajaran lebih penting daripada kekayaan.
Kekayaan dan hadiah yang dapat dibeli dengannya tidak akan menyelamatkanmu daripada si pemarah, sebab dia akan menuntut balasan bagi kesalahanmu atau kedurjanaanmu pada saat keradangannya (Ams 6:30-35; 19:19; Bil 35:12; Ula 19:11-13). Perhubungan-perhubungan yang berdamai dan yang menyenangkan bergantung kepada kewajaran, bukan kekayaan (Ams 15:16-17; 16:8; Pkh 4:6; Mal 4:5-6; Luk 1:17).
Senherib, raja Asyur, mengkufuri Allah; anak-anak lelakinya membunuhnya ketika berada di Misa (2Raj 19:37). Nebukadnezar, raja Babel, telah kehilangan ketenteraman kerana mengabaikan kewajaran (Dan 4:27). Belsyazar telah dibunuh pada malam yang sama dia merayakan kekayaannya dengan para pembesar Babel (Dan 5:1-30). Ada seorang kaya yang hidup dengan mewah sementara Lazarus mengemis, tetapi dia bangun dan mendapati dirinya berada di neraka (Luk 16:19-23). Ananias dan Safira ialah pemilik tanah; mereka ada wang; tetapi mereka rebah mati di gereja Yerusalem kerana berbohong (Kis 5:1-11).
Hasil pemerhatian Salomo tentang maut menjadikannya menulis, “Jangan durjana berlebih-lebih, dan jangan pula kamu bebal: harus mengapakah kamu mati sebelum waktumu?” (Pkh 7:17). Dan dia benar-benar mengolok-olok orang yang mengumpulkan kekayaan, mati, dan kemudian meninggalkan semua harta milik itu kepada pewaris yang bebal (Pkh 2:18-21). Dia tahu bahawa tiada pelepasan dalam peperangan dengan maut, tidak kira betapa banyak kekayaanmu (Pkh 8:8).
Daud telah menulis kecaman yang paling baik tentang kepercayaan kepada kekayaan (Maz 49:1-20). Dia membuat penekanan bahawa baik wang mahupun kemakmuran tidak dapat melepaskan diri daripada maut, dan dia mengolok-olok orang yang mencari kekayaan selepas menyaksikan orang kaya bertangan kosong ketika mati. Dia membuat rumusan dengan berkata, “Manusia yang disegani, dan yang tidak ada pemahaman, adalah seperti binatang yang binasa” (Maz 49:20).
Tetapi kewajaran, yakni perbuatan yang menyenangkan Allah, mengalihkan murka Allah dan menyelamatkan manusia daripada maut sekarang dan juga di akhirat kemudian. Yehezkiel mengkhutbahkan suatu mesej bagaimana kewajaran dapat menyelamatkan seseorang daripada ancaman maut (Yeh 18:1-32). Dan Amos memberitahu Israel dengan terus-terang bagaimana mereka dapat berpaling kepada TUHAN dan hidup, dan tidak mati di bawah penghakiman (Amo 5:4-15).
Allah menempatkan Nuh di dalam bahtera kerana kewajarannya (Kej 7:1). Abigail tahu Daud dibungkus dalam bungkusan kehidupan kerana kewajaran (1Sam 25:29). Allah mengekalkan nyawa Ayub daripada Syaitan kerana ketakutannya kepada Allah dan kebenciannya terhadap kejahatan (Ayb 1:1). Hizkia ada 15 tahun ditambahkan kepada hayatnya kerana dia ada hati yang sempurna (Yes 38:1-8). Dan Manasye bertakhta lebih lama daripada mana-mana pun raja kerana dia bertaubat (2Taw 33:13). Hai pembaca, ada ganjaran untuk orang yang benar (Maz 58:1-11). Percayalah itu!
Manusia melabur kekayaan dalam vitamin, doktor, dan ubat herba untuk menangguhkan maut; semakin banyak wang yang dimiliki mereka, semakin eksotic [istimewa] usaha-usaha mereka untuk kekal hidup. Tetapi rawatan sebenarnya ialah kewajaran, seperti yang Salomo dan yang lain menyuratkannya dengan jelas (Kel 20:12; Ula 25:13-16; Ams 3:1-2; 4:10; 9:11; Efe 6:2-3). Dan saat-saat kewajaran itu lebih bahagia (Maz 34:12-16; 1Pet 3:10-12)!
Kamu akan memerlukan kewajaran pada Hari Penghakiman, sebab orang yang tidak memilikinya akan dilempar ke dalam neraka (Mat 22:8-14; Wah 19:8; 20:11-15; 21:8). Allah tidak akan mempedulikan nilai wang bersihmu dan pendapatan bersihmu. Bagaimanakah kamu dapat tahu bahawa Allah telah menjadikanmu benar dengan kewajaran Yesus Kristus? Menjalani kehidupan dengan kewajaran ialah bukti yang terbaik (Mat 7:21; 1Yoh 2:29; 3:7,10).