11:2
Ketika keangkuhan sampai, keaiban pun sampai: tetapi apa yang menyertai orang rendah hati ialah hikmah.
Keangkuhan merosakkan kemampuan untuk membuat keputusan. Orang yang angkuh, bongkak, atau sombong akan membuat kesilapan yang cukup besar, tetapi orang yang rendah hati dan yang sederhana akan dengan cukup jelas nampak apa yang betul dan apa yang salah, kebenaran dan kesalahan, hikmah dan kebebalan. Kehebatanmu bergantung kepadamembuang segala keangkuhan.
Allah mengilhamkan Raja Salomo untuk menjadi penasihatmu yang peribadi. Raja yang paling berhikmah di kalangan manusia yang pernah hidup telah menulis nasihat yang penting bagi kejayaanmu dan kemakmuranmu. Keangkuhan yang menyebabkanmu untuk membuat keputusan yang bebal akan mengaibkanmu; kerendahan hati akan memimpinmu untuk membuat pilihan-pilihan yang berhikmah.
Apa yang paling teruk untuk dimiliki ialah keangkuhan. Ia merugikanmu lebih banyak daripada apa pun perangai buruk yang lain. Kesombongan akan memperdayakanmu kepada kebebalan, yang akan dengan lekas dan dengan pasti memalukanmu. Tetapi kerendahan hati memimpin kepada hikmah, yang melindungi seseorang daripada kesalahan-kesalahan bebal yang mengaibkan.
Adakah kamu menanggap kepentingan pelajaran ini? Kamu tidak akan mendengar atau membaca suatu amaran yang lebih penting untuk kehidupanmu. Keangkuhan akan membinasakanmu, tetapi ia akan membinasakanmu dengan aib di hadapan semua orang. Kerendahan hati akan mengangkatmu di hadapan kedua-dua Allah dan manusia yang baik.
Orang bebal ialah sesuatu yang teruk, seperti yang kerap kali diajar Salomo. Tetapi ada orang yang lebih teruk daripada orang bebal – orang bebal yang angkuh! Dia menulis, “Nampakkah kamu orang yang memandai dalam keangkuhannya? ada lebih harapan bagi orang bebal daripadanya” (Ams 26:12). Ada kurang harapan bagi orang bebal – dia orang yang akan selalu kalah; tetapi harapan langsung tiada bagi orang bebal yang angkuh. Kebongkakannya akan menolak apa pun arahan atau pembetulan.
Keangkuhan membutakan manusia. Mereka tidak akan menerima hikmah untuk mengelak masalah dan malu. Mereka benci diajar atau diperbetulkan orang lain. Mereka terlampau yakin. Mereka dengan angkuh bergegas dalam pendapat tinggi hati bagi fikiran dan gagasan mereka. Keangkuhan membawa kebebalan, yang akan membawa aib.
Bencilah keangkuhan dan kesombongan! Dengarlah penasihatmu ini. Dia telah menulis, “Takut akan TUHAN adalah untuk membenci kejahatan: kesombongan, dan keangkuhan, dan jalan kejahatan, dan mulut yang rewel, aku benci” (Ams 8:13). Takut akan Allah, ialah kunci kepada berkat Allah, yang mewajibkanmu untuk membenci keangkuhan dan kesombongan.
Keangkuhan ialah kejahatan yang sungguh kejam. Permulaannya adalah dengan iblis. Ia menyebabkan kejatuhan Syaitan. Si iblis tidak puas hati sebagai kerub Allah yang diurapi; dia ingin menjadi seperti Allah Yang Maha Tinggi (Yudas 1:6). Allah membuang dia keluar dari syurga sampai menerima aib yang abadi (Yoh 12:31; Wah 12:9,12). Asap seksaannya akan menjadi dupa syurga (Mat 25:41; Wah 14:11).
Adakah kamu membenci keangkuhan dan kesombongan? Keangkuhan ialah rancangan iblis. Keangkuhan itulah yang telah membinasakan kehidupan mulia makhluk alam semesta yang paling tinggi darjatnya. Keangkuhan menyebabkan keaibannya dan seksaannya yang abadi. Keangkuhan ialah hal yang paling teruk untuk dimiliki dirimu dalam kehidupanmu. Ia merugikanmu lebih banyak daripada apa pun dosa yang lain.
Oleh sebab keangkuhan, Firaun, raja yang paling besar pada waktu itu, membinasakan dirinya sendiri, keluarganya, bangsanya, dan angkatan tenteranya (Kel 5:2). Manusia sudah mengetawakan pembinasaannya dan malunya untuk 3500 tahun (Kel 15:1-21; 1Sam 4:8; 6:6; Neh 9:10; Maz 136:9,15; Rom 9:17). Kanak-kanak pun bersukacita dan ketawa mendengar kisah katak di atas katil dan di dalam roti Firaun oleh sebab keangkuhannya (Kel 8:3).
Demi keangkuhan, orang Filistin bertempur dengan Israel, walaupun memang ingat karya dahsyat Allah di Mesir 500 tahun dahulu (1Sam 4:7-9). Selepas mendapatkan Tabut Allah, mereka menaruhnya di depan patung Dagon mereka, yang sesudah itu jatuh dan menyembah Tabut Allah (1Sam 5:1-5). Allah kemudian memberi seluruh bangsa suatu epidemik penyakit buasir, dan satu-satunya jalan yang dapat mereka cari kelegaan adalah untuk mengembalikan Tabut dengan lima buasir emas sebagai penyemahan [persembahan pendamaian] (1Sam 6:1-5)!
Pertimbangkan malu mereka! Seluruh bangsa menggaru anggota rahsia tubuh mereka (1Sam 5:9), dan tiada ubat “Preparation H”. Satu-satunya kelegaan mereka adalah untuk membentuk lima buasir emas. Allah mengetawakan malu mereka itu! Dia mengilhamkan Mazmur 78:66 bagi peristiwa itu, yang bersukacita dengan bunyi, “Dan dia menyambar para musuhnya di bahagian belakang: dia menempatkan mereka ke dalam keaiban yang kekal”. Memang demikian! Mereka ditaruh ke dalam malu yang kekal kerana keangkuhan. Lihatlah penyemahan mereka itu! Penyemahan yang telah menggambarkan aib mereka!
Oleh kerana keaiban, Nebukadnezar, raja yang paling agung dan yang paling hebat di seluruh sejarah manusia, memakai tujuh tahun lamanya untuk merangkak di merata-rata ladang. Dia makan rumput seperti lembu; rambutnya memanjang seperti bulu burung helang; kukunya bertumbuh seperti kuku burung (Dan 4:33). Dan dia mencatatkan seluruh cerita itu lalu menghantarnya ke seluruh kerajaannya menurut bahasa-bahasa yang selaras dengan kawasannya (Dan 4:1-3). Betapa payahnya itu! Betapa malunya itu! Dan semuanya itu hanya disebabkan keangkuhan (Dan 4:30-31).
Oleh sebab keangkuhan, Herod Agrippa I, raja Yudea dari 37-44 Masihi, yang membunuh rasul Yakobus dan yang cuba membunuh rasul Petrus, telah disambar malaikat Allah lalu dimakan cacing, kerana dengan angkuh menerima pujian-pujian melampau daripada rakyat Tirus dan Sidon (Kis 12:1-4,20-23). Josephus mengesahkan kematiannya dalam sejarahnya itu (Antiquities; Book 19; 8:2).
Jangan lupa Menara Babel, Miriam, Korah, Bileam, Uzia, Haman, Absalom, dan Belsyazar. Ini semuanya contoh kesan-kesan yang malu kerana keangkuhan. Tetapi sekarang, merayakan malu orang lain, yang benar-benar suatu sembahyang kudus kepada Allah, sudah tamat. Sekarang sudah sampai giliranmu. Di manakah keangkuhan dalam kehidupanmu? Selidiki dengan mendalam. Selidiki dengan teliti. Pernahkah kamu rasa keangkuhan membongkakkanmu? Adakah ia menjadikanmu geram atau hangat beriri hati terhadap kejayaan orang lain?
Apakah itu keangkuhan? Keangkuhan ialah pendapat yang tinggi hati atau yang membongkakkan diri bagi ciri-cirimu, pencapaian-pencapaianmu, atau harta-milikmu sendiri, yang membawa kepada perasaan atau perangai yang rasa lebih tinggi daripada orang lain; itulah sikap menyanjungi diri sendiri yang tidak wajar. Apakah maksud tinggi hati? Ia merupakan pendapat yang terlampau memandang tinggi diri sendiri, terlebih menganggap hebat ciri-ciri diri sendiri dan kesia-siaan atau keangkuhan yang peribadi.
Keangkuhan memikir diri sendiri penting. Keangkuhan menikmati perbualan dan peristiwa tentang dirimu sendiri. Keangkuhan percaya bahawa fikiranmu dan pendapatmu sendiri adalah betul. Keangkuhan membenci pembetulan dan arahan. Keangkuhan beriri hati terhadap kelebihan, kemampuan, atau kehormatan orang lain. Keangkuhan tidak mempedulikan orang lain yang meminta nasihat. Keangkuhan memandang rendah orang lain. Bacalah penjelasan tersebut sekali lagi, hai pembaca.
Allah cemburu. NamaNya Cemburu (Kel 34:14). Dia mampu, dan Dia akan, merendahkan orang yang berjalan dalam keangkuhan (Dan 4:37; Ayb 40:11-12). Dia nampak dan tahu fikiran dan niat hati (Ibr 4:12). Kamu harus menyelidiki dirimu dengan mendalam, carilah benih-benih keangkuhan dalam kehidupanmu, dan cabutlah itu dengan lekas dan dengan sepenuhnya. Dia akan membantumu, jika kamu memohon.
Menurut pandangan Allah, kamu kosong sahaja, dan kurang daripada kosong (Maz 39:5; 62:9; 113:6; Yes 40:17). Kamu suatu ulat di hadapanNya (Ayb 25:6). Kamu hanya suatu makluk yang nafas hayatmu berada dalam hidungmu (Yes 2:22). Maka, Dia membenci yang angkuh, dan Dia akan meremukkan orang demikian seperti ngengat dan meleburkan mereka seperti lilin (Ams 6:16-17; Maz 39:11; 68:2).Hikmah belajar untuk mengasihi kebenaran ini.
Keangkuhan ialah godaan bagi setiap orang, dan salah satu alat kesukaan Syaitan (1Yoh 2:16). Dia menggoda Hawa untuk menjadi seperti Allah, dan dia menggoda Yesus Kristus dengan kerajaan-kerajaan dunia. Hatimu yang rosak dipenuhi dengannya oleh sifat alamiahmu. Kamu sudah menjadi orang bebal yang angkuh jika kamu fikir kamu tiada masalah atau godaan keangkuhan. Hanya orang yang tahu bahawa diri sendiri angkuh sedang belajar kerendahan hati. Untuk memikir kamu sudah mengatasi keangkuhan adalah untuk membuktikan kebongkakanmu yang angkuh!
Pada zaman ini, keangkuhan disanjungi dan digalakkan dengan memanggil hal-hal itu sebagai menghargai diri atau keyakinan diri, dan kemudian ia diajar sebagai rawatan bagi banyak masalah manusia. Ada buku yang dijual tentang mempertahankan nombor satu – diri sendiri, dan lagu-lagu dinyanyikan bahawa hal mengasihi diri sendiri ialah kasih yang paling besar. Media-media sosial dianggap hampir wajib untuk menjalani hidup, walaupun ia sedikit melebihi kebongkakan yang narsisistik.
Kamu harus bermula di rumah. Kamu harus mencabut keangkuhan daripada jiwamu sendiri, dan kemudian kamu harus mencabut itu daripada keluargamu. Ibubapa harus menjadikannya keutamaan yang paling tinggi untuk mengajar kerendahan hati dan menghapuskan keangkuhan yang nyata di dalam anak-anak mereka. Kaum pastor harus mencabutnya keluar daripada gereja-gereja mereka.
Para pelayan tidak boleh memiliki keangkuhan atau kehendak diri sendiri (1Tim 3:6; Tit 1:7), sebab ia akan menyebabkan mereka membabi buta dalam pekerjaan Allah. Mereka tidak boleh mempromosikan diri sendiri. Para guru dan pemerintah harus pertama-tama cukup rendah hati untuk menyelidiki diri sendiri secara kritikal dan untuk belajar daripada orang lain, sebelum dapat ditempatkan di kedudukan mengajar dan menyelidiki orang lain (1Tim 4:16; 2Tim 2:15).
Keangkuhan menyebabkan kebebalan, yang membawa malu. Ia membutakan orang, kerana memandai bahawa diri sendiri selalunya betul (Ams 12:15; 14:16; 26:12; 28:26). Jadi mereka menolak dan membenci nasihat dan pembetulan yang mungkin dapat menyelamatkan diri mereka (Ams 21:24; 22:3). Mereka tidak menghormati pihak berkuasa. Mereka membuat keputusan yang melulu, sebab mereka anggap diri tidak mungkin ada kesalahan (Ams 14:29; 19:2; 28:22; 29:20).
Keangkuhan menyebabkan persengketaan, sebab orang yang angkuh akan berlawan untuk mempertahankan gagasan atau kedudukan mereka (Ams 13:10; 21:24; 28:25). Mereka tidak dapat merendahkan diri untuk melayani orang lain, kecuali ia banyak membantu diri sendiri. Dan mereka tidak akan mengaku kesalahan kepada Allah atau manusia. Jalan-jalan sedemikian akan membawa seseorang ke ambang keputusan-keputusan yang bebal dan pemberontakan yang degil dan ditimpa kesan-kesannya yang buruk – kebinasaan dan malu.
Kerendahan hati ialah hikmah. Orang yang rendah hati tidak percaya kepada pengetahuannya atau niatnya, dia gementar di hadapan firman Allah, menghargai dan menyanjungi nasihat orang lain, menerima pembetulan dengan ceria, lekas mengakui kesalahan, dan mengubahkan kehidupannya dengan sewajarnya. Dia akan diberkati.
Kerendahan hati ialah jalan yang pasti untuk hikmah, yang menyelamatkan seseorang daripada masalah dan malu, tetapi hanya orang yang rendah hati dapat menemuinya. Orang angkuh dibutakan kepada apa pun hikmah sejati kerana kebongkakan mereka, dan Allah syurgawi yang cemburu akan mengekalkan kebutaan mereka, supaya Dia dapat memberkati anak-anakNya yang rendah hati dengan hikmah (Mat 11:25-27). Dapatkah kamu nampak kepentingan untuk merendahkan dirimu?
Allah tidak akan memberkati sesiapa pun yang memiliki roh yang angkuh (Ams 16:5). Dia tertarik kepada orang yang rendah hati (Yes 57:15; 66:2; 1Pet 5:5-6). Jika kamu memilih keangkuhan, Allah akan menghambatkanmu dan merendahkanmu dengan cukup pedih (Ams 16:18; 18:12). Jika kamu memilih kerendahan hati dengan ceria, maka Allah akan menyanjungimu dengan cukup mulia (Luk 14:11). Ia jauh lebih baik untuk menjadi orang miskin yang rendah hati daripada menjadi orang kaya yang angkuh, sebab Allah akan tidak lama lagi melaksanakan pertukaran nasib yang besar itu (Ams 16:19). Nantikannya!
Yesus Kristus telah menunjukkan kerendahan hati dan hikmah yang paling besar, ketika Dia datang dari kemuliaan syurga untuk hidup dalam kemiskinan dan mati terpinggir dan dalam kesakitan (Flp 2:5-8). Dia memandang hina keaiban kerendahanNya (Ibr 12:2).Tetapi Allah telah sekarang menyanjungiNya dengan tinggi jauh melebihi segala penguasa dan kekuasaan, ya, bahkan melebihi iblis dan segala malaikatnya (Flp 2:9-11; Efe 1:20-23). Ada lebih kerendahan hati di dalam Yang Diberkati dan Yang Satu-Satunya Diraja, sebab Dia layak untuk segala pujian dan kekagumanmu. Biarlah Dia yang menjadi kemegahanmu dan sembahyangmu, dan bukan dirimu sendiri dimegahkan.