Amsal · Proverbs

13:3
Dia yang memelihara mulutnya memelihara nyawanya: tetapi dia yang membuka luas bibirnya akan beroleh binasa.

Hidup mati ada pada lidahmu (Ams 18:21). Cara kamu bercakap menentukan masa depanmu. Adakah pertuturanmu sebegitu penting? Ya! Raja Salomo inginkan perhatianmu untuk membantumu. Bolehkah kamu menguasai mulutmu untuk menyelamatkan nyawamu? Atau adakah mulutmu menguasai dirimu lalu membinasakanmu?

Lelaki dan perempuan yang hebat mudah dikenali oleh ucapan mereka (Ams 11:16; 22:11; Peng 10:12; Luk 4:22; Yoh 7:45-46). Orang bebal dan pencemuh juga dikenalpastikan oleh kata-kata mereka (Ams 10:10,14; 18:6-7; Peng 10:12-14). Hidupmu dan masa depanmu sedang dipertaruhkan. Akankah kamu memeriksa pertuturanmu?

Perlukah kamu satu lagi amsal tentang pertuturan? Ya! Mengapa? Sebab lidahmu ialah kejahatan yang tak terkuasai, penuh dengan racun yang mematikan, suatu dunia penuh kedurjanaan dan dinyalakan oleh api neraka! Adakah kritikan ini terlalu keras? Bacalah buku Yakobus (Yak 3:2-12). Kata-katanya diilhamkan Allah yang hidup, Yang mengenal setiap perkataan di dalam lidahmu sebelum ia dapat diucapkan pun (Maz 139:4). Yakobus menulis tentang kamu.

Kecuali kamu dengan bebal menganggap diri sendiri sempurna, kamu ada masalah dengan pertuturanmu. Walaupun manusia telah menjinakkan pelbagai jenis binatang liar, tiada seorang pun yang dapat menjinakkan sepenuhnya lidahnya. Salomo berulang-ulang kali mewaspadakan anaknya dan kamu tentang bahaya pertuturan. Allah ingin kamu tahu bahawa lidahmu bukanlah milikmu sendiri (Maz 12:4). Setiap perkataan yang dibentuk lidahmu itu harus menyenangkan Dia.

Mulut dan bibir di dalam amsal ialah metonim bagi ucapan. Kamu memakai mulut dan bibir untuk bercakap, maka wadah untuk percakapan itu melambangkan ucapan. Orang yang memelihara mulutnya menguasai ucapannya; orang yang membuka luas bibirnya tidak. Menjaga perkataan-perkataanmu akan menyelamatkan dirimu; bertutur bebas akan membinasakan dirimu. Pelajaran ini mudah sahaja; kesan-kesannya besar.

Perkataan-perkataanmu boleh secara besar membantumu atau merugimu. Kata-kata berbaik budi dan berhikmah akan menyebabkan sampai raja pun untuk mengasihi dirimu (Ams 22:11; 24:26). Kata-kata yang bebal atau yang terlampau banyak akan menandakanmu sebagai seorang bebal dan menghilangkan kawan-kawan yang baik (Ams 9:6; 14:7; 17:27-28; 18:6). Ucapan yang mencemuh akan menyebabkan orang yang berhikmah membenci dirimu (Ams 24:9; 22:10). Ucapan yang biadap akan menyebabkan kamu dihukum (Ams 19:25; 20:20; 30:17). Kata-kata yang bertengkar akan menyebabkan kerugian suatu perkahwinan yang baik (Ams 19:13; 29:21).

Salomo mengenal bahaya besar akan pertuturan yang tidak terkuasai, maka, dia kerap kali mewaspadakanmu tentang itu (Ams 10:31; 12:13,18; 16:23; 17:20; 18:7,21; 20:15; 21:23). Kata-katamu boleh menjebak dirimu ke dalam masalah, oleh sebab itu, jadilah sungguh berhati-hati setiap kali kamu membuka mulutmu. Kamu boleh menyelamatkan nyawamu dengan memeriksa setiap perkataan yang diucapkanmu dan memastikan supaya ia ada kelulusan jelas Allah. Atau kamu boleh membinasakan diri sendiri dengan menutur menurut gerak hati tanpa kecermatan yang salih.

Untuk belajar pelajaran ini dengan serius dan takut akan bahaya mulutmu, pertimbangkanlah beberapa dosa lidah: menjawab semula (Tit 2:9), keangkuhan (1Sam 2:3), mengumpat (Ams 25:23), bercakap besar (Maz 94:4), kata-kata pahit (Efe 4:29-32), merungut (Bil 11:1), suka bertengkar (18:6), perbahasan (Rom 1:29), menghina orang lain (Ams 11:12), tidak hormat kepada ibubapa (Ams 20:20; Ula 27:16), memeras ugut (Ams 20:14), penuduhan palsu (Kel 20:16; Tit 2:3), mengampu (Maz 12:3), memberi gelaran-gelaran yang mengampu (Ayb 32:21-22), bermain cinta (Ams 2:16), borak bebal (Efe 5:4), pembapaan yang kasar (Kol 3:21), mungkir janji atau berjanji terburu-buru (Pkh 5:1-7), sembahyang yang munafik (Yes 29:13), isteri yang tidak menghormati suami (Efe 5:33; 1Pet 3:6), bergurau (Efe 5:4), memakai nama Tuhan dengan sembarangan (Kel 20:7), menipu (Ams 12:22), leteran seorang isteri (Ams 27:15-16), nama ejek (Mat 5:22), doa yang menunjuk-nunjuk (Mat 6:5), menyoal Allah (Rom 9:20), doa bertele-tele atau menghafaz doa (Mat 6:7), pertuturan tidak senonoh (Kol 3:8), fitnah (Ams 10:18), bercakap menentang pastor (Yeh 33:30; 3Yoh 1:9-10), bercakap buruk tentang para pembesar (Pkh 10:20; Yud 1:8), memburuk-burukkan salah seorang saudara (Yak 4:11), bercakap tanpa belajar (Ams 15:28), penajajaminan (Ams 11:15), menyumpah (Yak 5:12), membawa mulut (Ams 11:13), soalan-soalan bebal (2Tim 2:23), pembisikan (Ams 16:28), dan perempuan yang bercakap di dalam gereja (1Kor 14:34-35; 1Tim 2:11-12).

Jika dosa-dosa tersebut tidak mencukupi untuk menjadikanmu serius, pertimbangkanlah kata-kata Tuhan Yesus Kristus, “Hai generasi ular kapak, bagaimanakah kalian yang jahat dapat mengucapkan apa yang baik? sebab dari luapan hati mulut berucap. Orang baik dari perbendaharaan baik hatinya mengeluarkan apa yang baik: dan orang jahat dari perbendaharaan jahatnya mengeluarkan apa yang jahat. Tetapi aku berkata kepadamu, Bahawa bagi setiap perkataan kosong yang diucapkan manusia, mereka akan memberi pertanggungjawaban itu pada hari penghakiman. Sebab oleh kata-katamu kamu akan dibenarkan, dan oleh kata-katamu kamu akan dikutuki” (Mat 12:34-37). Tidak kira bagaimana seorang beragama menuntut dirinya beragama, dia harus disukat dengan cara betapa elok dia mengekang lidahnya (Yak 1:26).

Kurangkan setengah kata-katamu. Berucap hanya setengah daripada apa yang biasa diucapkan. Ucapkan hanya setengah daripada apa yang ingin disebutmu. Mengurangkan setengah kata-katamu secara bijak mengehadkan ucapanmu dan masalahmu, sebab ada dosa di dalam banyak percakapan (Ams 10:19). Bercakap hanya jika perlu. Jangan membiar satu perkataan kosong pun terlepas daripada mulutmu. Orang akan dengan lekas ingat bahawa kamu orang berhikmah (Ams 17:27-28). Nama baikmu akan bertambah maju.

Perlahankan diri. Jadilah tangkas mendengar, perlahan berucap (Yak 1:19). Berfikirlah sebelum kamu melepaskan kata-kata yang melukakan (Ams 12:18; Rom 3:13; Kol 4:6). Dengarlah sesuatu perkara sebelum berbalas (Ams 18:13; 25:8-10). Orang yang salih belajar sebelum menjawab (Ams 15:28). Berfikirlah setiap kali kamu membuka mulutmu (atau menaip suatu emel atau teks). Tekankan kesyukuran (Efe 5:3-7).

Jadikan sifat yang berbaik budi itu matlamat kamu selalu (Peng 10:12; Kol 4:6). Biarlah kebaikan menguasai setiap perkataan (Ams 16:24). Ingatlah bagaimana dengan hati yang suci dan kata-kata yang berbudi baik Daud telah memenangi hati Yonathan dan Israel (Ams 22:11; 1Sam 18:1-5). Ingatlah bagaimana roh cemerlang Daniel memenangi hati Darius, orang Medes itu (Ams 17:27-28; Dan 6:3). Seseorang wanita yang berbicara dengan berbaik budi akan selalu dimuliakan (Ams 11:16; 31:26). Ikutilah contoh Yesus Kristus (Maz 45:2; Luk 4:16-22).

Berdoalah seperti Yesaya berdoa apabila Dia nampak kemuliaan Allah. “Celakalah aku! Sebab aku binasa; kerana aku seorang yang berbibir najis, dan aku berdiam di antara orang yang berbibir najis” (Yes 6:1-5)! Berdoalah seperti Daud. “Pasanglah suatu penjaga, ya TUHAN, didepan mulutku; peliharalah pintu bibirku” (Maz 141:3). Dan juga, “Biarlah kata-kata mulutku, dan renungan hatiku, dapat diterima di hadapan matamu, ya TUHAN, kekuatanku dan penebusku” (Maz 19:14).

Seperti Daud, berdirilah dalam kekaguman akan Allah dan janganlah berdosa dengan mulutmu (Maz 4:4). Mohon kepada Allah untuk mengisi mulutmu dengan pujianNya sepanjang hari (Maz 71:8). Ingatlah bahawa Yesus Kristus akan datang semula untuk menghakimi dunia ini bagi pertuturan yang kotor, borak bebal, dan bergurau; Paulus memberi amaran kepada semua anak Allah untuk menggantikan semua ucapan tersebut dengan ucapan memberi syukur (Efe 5:3-6).