14:1
Setiap perempuan yang berhikmah membina rumahnya: tetapi yang bebal meruntuhkannya dengan tangannya sendiri.
Perempuan yang hebat bukanlah dilahirkan – dia dibentuk. Seorang perempuan yang hebat memilih untuk menjadi hebat. Dia ada keutamaan-keutamaan hidup yang betul bagi kehidupannya; dia berhikmah dan berdisiplin; keluarga dan harta miliknya menjadi makmur.
Sebaliknya, kebanyakan perempuan adalah bebal dan pemberontak; mereka mudah mengalih perhatian dan malas. Keluarga dan harta mereka beroleh binasa semasa mereka hidup dan juga selepas mereka meninggal. Betapa bazirnya!
Disinilah galakan dan amaran kepada perempuan. Kamu ada peluang yang besar untuk membina suatu keluarga dan harta milik yang akan menjadi kemuliaan Allah dan keuntungan orang lain yang berlangsung sampai jauh ke masa depan. Ia adalah pilihanmu untuk menjadi berhikmah dan untuk membina. Tinggalkanlah yang bebal lalu beroleh makmur (Ams 9:6)!
Belajarlah amsal ini. Kamu tidak pernah nampak seorang perempuan secara langsung mengoyak bumbung dan dinding rumah dengan tangannya sendiri. Solomo memakai metafora, dimana sesuatu yang dirujuk mewakili benda yang lain, untuk membezakan samaada seorang perempuan memajukan atau membinasakan keluarganya dan harta miliknya.
Perkataan “rumah” di dalam Amsal dan kitab-kitab yang lain kerap kali tidak merujuk hanya kepada rumah yang kamu diami. Takrifnya lebih luas daripada itu. Ia dipakai untuk mewakili keluarga dan/atau harta milik. Pertimbangkan:
Rumah. Orang yang hidup di dalam tempat yang sama; semua penghuni-penghuni rumah; suatu rumahtangga; suatu keluarga. Keluarga yang termasuk nenek moyang dan keturunan; suatu salasilah, suatu bangsa: terutamanya seseorang yang mempunyai kesinambungan tempat tinggal, pangkat yang tinggi, atau kenamaan . [Oxford English Dictionary].
Pertimbangkan pemakaian perkataan “rumah” di tempat yang lain (Kej 7:1; Ula 25:9; Rut 4:11; 1SAm 2:30,35; 2Sam 7:11) dan di dalam Amsal (Ams 11:29; 12:7; 14:11; 15:25,27; 24:3-4). Memang menjaga tempat tinggal termasuk kedalam tugas-tugas seorang perempuan, tetapi ini bukan apa yang ditekankan di sini (Peng 10:18). Rumah yang kamu patut bina adalah perkahwinan, keluarga, harta milik suami, dan salasilah keluarga kamu (Ams 24:3-4; Tit 2:3-5).
Seorang perempuan yang berhikmah boleh cekap memajukan suatu perkahwinan, keluarga, rumah, dan harta milik, sampai kepada generasi-generasi masa depan. Seorang perempuan yang bebal boleh merosakkan semua ini dan membinasakan pusakanya. Peluang ini sangat besar bagi setiap perempuan yang menghargai galakan dan amaran daripada Allah dan Solomo ini. Bagi sesiapa wanita yang ingin menjadi hebat, baca dan belajarlah.
Ada kurang contoh moden yang lebih baik daripada Sarah Pierrepont, iaitu isteri Jonathan Edwards. Dia adalah isteri yang hebat kepada lelaki yang luar biasa dan terkenal, membesarkan sebelas anak yang takut dan mengasihi Tuhan, menjadi rumah teladan akan kekudusan dan keramahan, dan memantapkan suatu warisan melalui keturunannya yang tiada tandingannya di dalam sejarah Amerika.
Seorang perempuan samaada menjadi mahkota bagi suaminya atau kebusukan di dalam tulangnya (Ams 12:4). Perbezaan ini tidak dapat disembunyikan dari mata orang lain, sebab keaiban [malu] suami datang daripada orang yang menyaksikan kekutukannya (Ams 27:15-16). Mengangkat-angkat suami bernilai murah apabila orang lain dapat menyaksikan kamu mengabaikan suami, kanak-kanak, rumah atau harta milik (Ams 24:30-34).
Perempuan yang berakhlak mulia ada pengaruh yang besar atas harta milik keluarga dan suaminya. Dia mengarahkan pemeliharaan kanak-kanak dan rumahtangganya lalu melibatkan diri di dalam pembangunan hartanah komersial dan perkilangan dan jualan. Kehebatan suaminya di bandar banyak disebabkan oleh pengurusan hal-hal ini secara cekap oleh isterinya. Bacakanlah ini dengan teliti (Ams 31:10-31).
Rumah telah dibina oleh Hana, Lois, Eunike, dan Batsyeba; semua diantara mereka telah melabur di dalam anak dan cucu mereka bagi kemuliaan Allah. Rumah telah diruntuhkan oleh Mikhal, Izebel, dan perempuan lain yang jelik dan malas. Balu-balu yang layak disokong secara kewangan oleh gereja adalah mereka yang telah membina rumah dengan baik (1Tim 5:3-10). Yang lain akan ditolak.
Bagaimana mengesan seorang perempuan yang berhikmah? Pandang dulu kepada suaminya. Dia akan menjadi berjaya di dalam bidang kerjanya, sebab isterinya sudah tentu telah membebaskannya daripada kebanyakan atau semua tugas-tugas di rumah (Ams 31:13-27). Dia akan menjadi yakin, bahagia, puas, sebab isterinya telah menjadi kekasih dan teman yang hebat (Ams 5:19; 19:13; 31:11-12). Dia akan memakai dirinya kepada hal-hal yang lebih penting akan keluarga dan harta milik, sebab isterinya yang berhikmah itu telah mengendalikan yang remeh-temeh itu.
Seorang perempuan yang berhikmah tahu bahawa menipu suaminya secara seksual akan menyebabkan kepahitan di dalam suaminya, mengurangkan daya kreativiti dan keberhasilannya, dan menjadikan perempuan yang lain lebih menarik kepadanya. Dia tahu bahawa kekerapan memberi cadangan dan berbantahan akan merampas damai sejahteranya, menghambat keyakinannya, dan menjadikannya mudah rasa jengkel dan bersikap kritik. Dia tahu bahawa idea-idea dia yang lebih baik adalah lebih baik untuk disimpan bagi dirinya sendiri. Dia tahu bahawa memanjakan suaminya bagaikan seorang remaja yang berdating boleh membina suaminya menjadi seorang pemimpin. Dia tahu bahawa memuji-mujinya kepada anak akan memimpin kepada suatu rumah yang kuat, bersatu, dan bahagia.
Bagaimana mengesan seorang perempuan yang berhikmah? Pandanglah kepada anak-anaknya. Mereka sungguh mencerminkan ibunya. Inilah sebabnya Alkitab menyatakan bahawa anak yang terbiar akan memalukan ibunya (Ams 29:15). Ibu memakai lebih masa bersama anak daripada bapa, dan daripada umur kecil, kanak-kanak telah banyak dipengaruhi oleh ibu mereka. Anak-anak kepada perempuan berhikmah akan menjadi luar biasa di dalam perangai, kelakuan, dan nama baik. Samuel, Solomo, dan Timotius jelas menonjolkan ibu-ibu mereka sebagai berhikmah dan mulia (1Sam 1:27-28; Ams 4:3; Fil 2:20; 2Tim3:15).
Untuk kanak-kanak berjaya di dalam hal berhubung dengan orang lain, mereka haruslah diajar. Untuk menjadi pekerja yang tekun dan berjaya, mereka haruslah diajar. Untuk berfikir secara rohani, mereka haruslah diajar. Untuk menjadi terurus, kemas, dan teratur, mereka haruslah diajar. Untuk menjadi murah hati, mulia, bernilai murni, dan bersemangat, mereka haruslah diajar. Seorang perempuan berhikmah tahu bahawa teladannya di dalam didikan sekurang-kurangnya setaraf penting dengan ajaran secara lisan yang kerap dan teliti.
Bagaimana mengesan seorang perempuan yang berhikmah? Pandanglah kepada rumahnya. Ia akan menjadi bersih, teratur, tersusun, selesa, dan cerah. Ia akan mencerminkan sikap prihatin terhadap harta miliknya (Ams 24:3-4, 30-34; 31:13-27; Peng 10:18). Tiada bahagian rumah yang akan diabaikan secara lama-lama. Sambutan kepada tetamu di rumah adalah jenis sambutan yang murah hati, ramah, selesa dan berbudi bahasa. Rumahnya akan dihiasi secara kreatif dengan hiasan terbaik yang boleh didapati oleh seorang perempuan yang terdorong (Ams 31:22).
Bagaimana mengesan seorang perempuan yang berhikmah? Pandanglah kepada kunci kira-kira dan penyata pendapatannya. Dia akan memahami disiplin kewangan, dengan tidak berbelanja di luar batasan yang ditetapkan dengan tegas. Dia akan menjadi berjimat-cermat tetapi juga berpandangan jauh supaya membuat pelaburan bagi menguntungkan keluarga. Dia akan mempunyai kemahiran mudah alih atau mendapatkan pengetahuan dimana boleh menghasilkan pendapatan apabila dia mempunyai peluang atau masa. Dia lebih suka keuntungan keluarga daripada kenikmatan peribadinya di dalam hobinya [aktiviti kegemaran masa luang].
Bagaimana mengesan seorang perempuan yang berhikmah? Pandanglah kepada penampilannya. Dia memastikan berat badannya wajar, berada di dalam keadaan fizikal yang baik, dan mempunyai potongan badan sejauh mana Tuhan telah inginkannya. Dia akan berpakaian untuk memuliakan suaminya; suaminya tidak perlu bertahan dengan selalu memandang sarong dan rambut kusut-masai (Ams 31:22). Perawakan dan perilakunya lebih menyerupai seorang permaisuri daripada seorang pelayan di restoran. Muka dan rambutnya bukan sahaja akan berseri dengan kebersihan tetapi juga dengan kepuasan, sukacita dan keterujaan.
Bagaimana mengesan seorang perempuan yang berhikmah? Pandanglah kepada jiwanya. Dosa-dosanya diakui; dia memelihara hatinya dengan segala ketekunan; dia mengelak daripada mendekati batasan-batasan kekudusan dan dosa. Dia berpuas hati dan berbahagia dengan Tuhan, tak kira apapun keadaan yang dihadapinya. Tuhan adalah bagiannya untuk selama-lamanya, dan dia bersemangat melakukan apa-apapun yang dia boleh buat bagi kerajaan Allah. Dia mempunyai hati yang penuh sesal bagi dosa dan sifat dosanya, tetapi penuh dengan keyakinan di dalam pengampunan Allah untuk berjuang maju kedepan dengan sukacita yang berani untuk memenuhi panggilannya.
Perempuan berhikmah tidak berpuas hati dengan memasak, membasuh dan membersih sahaja. Seorang budak berumur dua belas tahun pun boleh melakukan semua tugas itu. Dia juga tidak berpuas hati dengan membantu di dalam kerja rumah sahaja. Perkara-perkara itu adalah perkara kebudak-budakan yang perempuan duniawi buat tanpa mempunyai apapun kesan yang kekal kepada salasilah dan harta milik keluarganya. Ada suatu tahap lagi yang dipertimbangkan dan diberi penumpuan perempuan hebat bagi keluarganya. Duduk memperhatikan anak main sukan dua jam sehari, lima kali seminggu mungkin menjadikan kamu rasa manis dan manja (dan sungguh malas), tetapi bukankah ada sepuluh atau dua belas perkara yang lebih baik untuk dibuat?