16:11
Timbangan dan neraca yang adil ialah milik TUHAN: segala batu timbangan dalam pundi ialah karyanya.
Haruskah burger Quarter Pounder [0.113 kg] adanya berat empat auns [113 g]? Haruskah segelen susu [3.785 liter] mengandungi 128 auns [3785 liter]? Bagaimana pula dengan segelen minyak petrol? Adakah jawapan-jawapanmu berubah berdasarkan sama ada kamu membeli atau menjual? Allah Yang Maha Besar di syurga mengharapkan kejujuran sepenuhnya dalam segala transaksi.
Haruskah ubat yang kamu terima di hospital atau farmasi 100% sejati atau 99%? Akankah itu memberi kesan yang berbeza? Bagaimana pula dengan seting dan kejituan peralatan diagnostik? Adakah kamu menginginkan ayahmu menerima MRI yang jitu? Bagaimana pula dengan ayah orang lain?
Haruskah pin penanda pelan batasan-batasan hartanahmu jitu sampai ke sentimeter, inci, kaki, atau ela? Adakah kamu ingin rumahmu disukat jurunilai dekat atau sangat dekat nilai pasaran? Adakah jawapanmu berubah jika hasil penilaian itu lebih tinggi atau lebih rendah daripada nilai sebenarnya?
Adakah kamu mementingkan tentang soalan-soalan ini? Siapakah yang menyatakan bahawa sukatan penting? Dan siapakah yang akan berbuat apa pun tentang itu, jika sukatan-sukatan tidak disukat dengan wajar? Haruskah kamu mengubah urusan-urusan niagamu sedikit jika sesiapa pun tidak rugi teruk?
Lebih 7 trilion transaksi ekonomi terjadi di Amerika Syarikat setiap tahun berdasarkan alat-alat ukuran. Hanya 1% ralat boleh mencapai 70 bilion, lebih besar daripada badjet tahunan banyak negara. Ralat-ralat kecil bertambah untuk membawa kesan-kesan besar.
Suatu stesen minyak dapat menjual 100,000 gelen [378540 liter] minyak petrol sebulan. Jika pemilik itu menyelaraskan pam-pam dia kepada 127 aun [3.75 liter] segelen [3.78 liter], yang kamu tidak dapat kesan meskipun dengan cawan sukatan, dia dapat untung $20,000 US dolar setahun. Siapakah yang akan tahu?
TUHAN JEHOVAH tahu. Dia mentahbiskan batu timbangan dan sukatan yang adil ; Dia memberi perintah demikian; dan Dia menguatkuasakan itu (Ima 19:35-36; Ula 25:13-15; Yeh 45:10). Salah satu dosa Israel sebelum bangsa mereka dibinasakan ialah amalan perniagaan yang tidak jujur dengan memakai batu timbangan dan berat yang palsu (Hos 12:7; Amo 8:5; Mik 6:11). Berhati-hati, hai pembaca!
Allah akan menghakimi bangsa-bangsa atau orang-orang itu yang mengubahkan berat atau sukatan untuk meraih untung, kerana itu kekejian bagiNya; tetapi Dia bersuka dengan pemakaiannya yang betul (Ams 11:1; 20:10,23). Kejujuran dan kejituan dalam transaksi ekonomi tidak berasal daripada manusia; ia berasal daripada Allah. Hukum-hukum bangsa Israel pada 1500 S.M. ialah teladan keunggulan kepada dunia (Ula 4:5-9).
Pematuhan kepada ordinan ini membawa kepada kemakmuran ekonomi, seperti yang ada di Amerika. Bilakah kali terakhir kamu menyukat burger, susu, minyak petrol, ubat, atau pin penandamu? Perdanganan ekonomi dibenarkan untuk berlangsung pada kadar sepenuhnya dengan keyakinan sepenuhnya: bukan kerana orang Amerika pandai, tetapi Amerika mengikuti ordinan-ordinan Allah, sama ada mereka sebagai individu sedar atau tidak. Allah punya hukum berkesan meskipun bagi orang jahil.
Sebelum adanya timbangan moden, para penjual membekalkan dacing dan berat (para pembeli tidak mahu memikul alat-alat sukatan yang berat itu ke mana mereka pergi, dan tambahan lagi, orang tidak akan percaya mereka punya dacing). Batu timbangan yang berlebihan disimpan dalam beg. Mencuri boleh terjadi dengan dua cara: dacing dan/atau berat diubahkan. Seorang jurujual yang durjana mungkin dapat menjual 15 auns [425.24 gram] sebagai satu pound [453.59 gram] atau 35 inci sebagai satu ela untuk menambahkan keuntungannya.
Amsal ini membantu untuk mentakrifkan perintah yang kelapan, Kamu tidak akan mencuri (Kel 20:15). Sementara sesetengah orang akan mengubah-ubah dalam transaksi untuk mencuri daripada orang lain, TUHAN mengutuk mereka semua supaya memantapkan hak hartanah, keyakinan ekonomi, dan integriti profesional. Adakah surat pencapaianmu/resume benar, dan adakah kamu menjawab soalan-soalan temuramah dengan kejujuran yang sempurna? Sebab perbuatan salah menggambarkan diri ialah usaha mencuri suatu jawatan dan gaji yang kamu tidak layak?
Walaupun Amerika ada pejabat Sukatan Berat dan Ukuran, di bawah kekuasaan Jabatan Perdagangan, yang kerap kali menyiasat alat-alat timbang awam, masih ada ruang untuk menipu oleh orang yang tidak takut akan Tuhan. Kamu haruslah bersyukur untuk kekuasaan kerajaan ini dengan perlindungannya, tetapi kamu harus memakai amsal ini bagi dirimu sendiri.
Hai pembaca, adakah kamu mencuri dalam kerjamu dengan menggaet, mencoket, atau mencuri sedikit (Tit 2:10)? Adakah kamu meluncur melalui kerjamu, berbohong dalam spesifikasi kerja, menarik waktu bekerja, atau berbohong dalam kad perakam waktu? Akankah kamu berlengah-lengah dalam kerjamu dan melambatkan kerjamu daripada apa yang wajar? Haruskah suatu perisai angin dipasang dengan sempurna, atau hampir sempurna? Haruskah sandwic dibuat menurut spesifikasi syarikat dengan tepat? Atau sekadar hampir sama spesifikasi sudah cukup?
Ketika membeli barang, TUHAN mengutuk perbuatan menunjuk-nunjuk kelemahan barangan dan kemudian memegahkan diri bahawa kamu sudah mendapat pembelian yang hebat (Ams 20:14). Sebab kamu sedang memakai batu timbangan yang palsu – kepada penjual barangan itu terlebih nilai harganya, dan kepada kawan-kawanmu kamu bermegah ia rendah nilai harganya. Inilah suatu pelanggaran kepada Hakim seluruh bumi. Mereka ini benar-benar pencuri.
Adakah kamu selalunya membayar harga yang berpatutan? Ketika kamu mengesan suatu ralat dalam transaksi, adakah kamu menunjukkannya, meskipun kamu rugi lebih banyak? Adakah kamu kembalikan wang baki daripada suatu transaksi? Kamu tidak akan maju dengan sikap kedekut dalam urusan kewanganmu (Ams 11:24:26; 19:17; 28:8). Inilah tanda orang cabul dan mengapa orang miskin menjadi lebih miskin dan orang kaya menjadi lebih kaya.
Bagaimanakah cara urusanmu dengan balu (Kel 22:22)? Adakah kamu membayar harga yang diminta mereka? Akankah kamu bayar dia lebih banyak, jika dia memasang harga yang dibawah nilai pasaran? Akankah kamu memberi anak yang tidak berayah suatu tawaran yang lebih baik? Pertimbangkanlah dengan baik-baik, hai pembaca. TUHAN sedang melihat (Ula 10:18; Maz 68:5).
Bagaimanakah Allah menghukum pencurian? Kembalikan nilai pencurian itu tujuh kali ganda (Ams 6:31), dan jika kamu tidak mampu itu, kamu dijual untuk menjadi hamba abdi (Kel 22:3). Mudah, wajar, dan sempurna!
Bagaimana pula kalau orang lain mengambil kesempatan atas dirimu dengan cara yang kecil-kecilan? Yesus mengajar supaya langkauilah hal itu dengan niat mengejar damai (Mat 5:38-48). Paulus mengajar bahawa ia lebih baik untuk dikena tipu dalam hal kecil daripada menimbulkan persengketaan atau penghakiman di gereja kerana itu (1Kor 6:6-8).
Bagaimanakah harus seseorang Kristan memperlakukan dirinya di dunia ini? Selalu melebihi harapan orang yang percaya kepadamu, bagi kedua-dua menjual dan membeli dan di dalam segala transaksi ekonomi dan perhubungan profesional. Kamu akan selalu maju, sebab naik pangkat itu datangnya daripada Tuhan (Maz 76:6-7). Kamu akan bertambah dalam keredaan dengan Allah dan manusia.
Wasiat Baru pun menyanjungi kesetiaan ini untuk kejituan, kejujuran, dan integriti, seperti yang Paulus perintahkan dan memberi teladan (Rom 12:17; 2Kor 8:20-21). Perangai yang suka kejituan, jujur, dan murah hati ialah kesaksian hidup akan rahmat Tuhan Yesus Kristus dan akan menyebabkan orang lain menanya sebab harapanmu (Mat 5:16; 1Pet 2:12; 3:15).