16:12
Ia kekejian bagi para raja untuk melakukan kedurjanaan: sebab takhta itu dimantapkan oleh kewajaran.
Kuasa politik paling baik dilaksanakan dengan kewajaran. Di sinilah hikmah yang berilham dalam bidang sains politik. Kekuasaan dan kepimpinan patut dimulai dan dikekal oleh kewajaran. Seorang pemimpin yang berbuat apa yang betul akan memperoleh hormat yang paling pasti dan yang paling lama daripada rakyatnya.
Kemasyhuran, kekayaan, dan masa depan suatu kerajaan sivil bergantung kepada kewajaran. Allah mentahbiskan kekuasaan kerajaan atas bangsa-bangsa, dan Dia telah memberi arahan yang berilham tentang itu melalui seorang raja yang berhikmah dan yang makmur (Ams 1:1; Pkh 1:1,12-18; Rom 13:1-7; 1Pet 2:13-17).
Sains politik alkitab memberi peraturan-peraturan untuk kerajaan yang paling baik – salah satu peraturan ialah para pemimpin harus membenci dosa (Ams 16:10,12). Kuasa pemerintahan dan kekuasaan yang disegani disahkan dan diperkuatkan dengan selalu berbuat apa yang betul/wajar, tidak kira kalau ia mudah, murah, atau popular.
Seorang raja, atau mana-manapun penguasa, haruslah benar untuk layak menerima jawatannya dan mampu melaksanakan tugas-tugasnya dengan wajar (Kel 18:21; 2Taw 19:5-10). Rakyat suatu bangsa akan menunduk dan menyokong seorang penguasa yang memenangi kehormatan mereka dengan kewajaran. Dan mereka akan membayar cukai-cukainya!
Tetapi mereka akhirnya akan menolak seorang penguasa durjana. Solomo memberitahu anak lelakinya tentang akhlak mulia yang para penguasa harus ada untuk mengekalkan kekuasaan mereka dalam jawatan itu. Dia tahu bahawa keteguhan para pegawai politik hanya sepasti perkenan Allah dan keyakinan orang ramai.
Amsal ini tidak memberi penjelasan lanjut, sebab kebanyakan para penguasa tidak benar. Ia tidak bermaksud Solomo memerhatikan kebanyakan raja berakhlak mulia. Amsal ini adalah mudah ditanggapi atau menegakkan norma, dan dengan itu memantapkan tahap piawai yang terbaik untuk kerajaan yang hebat (Ams 20:28; 25:5; 29:4,14). Solomo memang tahu bahawa kesahihan dan jangka masa kekuasaan bergantung dengan kadar yang besar kepada akhlak yang salih.
Ketika pilihanraya berlangsung, rakyat yang tidak bergantung kepada hak atau yang tidak menagihkan diri kepadabantuan percuma, dan mampu melihat dan berfikir tanpa televisyen akan memecat seorang penguasa durjana daripada jawatannya, bagi korupsinya, perdayaannya, ketidakcekapannya, atau kekukangannya dalam jawatan kerana hal-hal tersebut menakutkan dan mengkhuatiri mereka.
Seorang penguasa yang mulia, yang bertindak dengan adil dan dengan berhikmah bagi kepentingan rakyatnya, akan dikagumi dan dikasihi. Takhtanya, atau jawatannya yang disertai kekuasaannya, akan terjamin kerana kesetiaan dan hormat rakyat ada baginya. Suatu pilihanraya mengesahkan atau menambahkan pemerintahannya.
Seorang pemimpin di dalam mana-mana pun jawatan adalah gemilang. Orang-orang bawahannya dengan ceria mentaati keputusan-keputusannya, kerana mereka percaya kepadanya. Mereka bersyukur kerana ada kekuasaan yang dipakai untuk matlamat yang baik dan yang berguna, dan bukan untuk keuntungan diri sendiri atau agenda politik sendiri. Mereka akan mempertahankan, menyokong, dan mentaatinya.
Selain daripada rakyat yang mengesahkan pemerintahannya, seorang penguasa yang setia dan yang mulia juga ada Allah yang mempertahankan pemerintahannya. Allah menegakkan penguasa, dan Dia menyingkirkan mereka (Maz 75:7; Dan 2:21; 4:17). Jika Allah tidak mengekalkan kerajaan, ia tidak akan bertahan. Dia Raja segala raja dan Tuan segala tuan.
Allah syurga, Yang merupakan kekuasaan yang paling tinggi mengatasi segala kekuasaan di bumi, sangat mengambil berat dan mempertimbangkan perangai para penguasa (Pkh 5:8; Yak 3:1). Dia akan memberkati penguasa yang benar dengan hikmah dan perlindungan, tetapi Dia akan menunggangbalikkan seorang penguasa durjana, dan Dia boleh melakukan itu dengan mudah sekali.
Solomo dan Rehabeam melanggari amsal ini dan tidak dimantapkan. Solomo ada 1000 isteri, hidup dengan mewah, dan mengenakan cukai berat ke atas negara. Ketika Israel bermohon kepada Rehabeam untuk kelonggaran, dia mengolok-olok beban mereka, dan itu menyebabkan Rehabeam kehilangan 83% daripada kerajaan itu. Takhtanya tidak dimantapkan, kerana dia tidak membenci kedurjanaan seperti yang harus dia buat.
Walaupun dunia pada zaman kini hanya peduli sedikit tentang kewajaran, konteks Israel dan prinsip biasa hikmah di sini masih harus dipakai. Kejujuran ialah polisi yang terbaik, dan kewajaran ialah politik yang terbaik. Kerajaan sivil yang berbuat apa yang betul akan menjadi kuat dan bertahan lama-lama.
Amsal ini dipakai untuk semua kekuasaan. Seorang suami, seorang ayah, seorang majikan, atau seorang pastor akan memegang kekuasaan fungsi jawatannya selama dia benar. Setiap pemimpin harus merendahkan dirinya di hadapan peraturan berilham ini, sebab keberkesanan dan tempoh kekuasaannya dan pengaruhnya bergantung kepada berapa banyak dia membenci dosa, terutamanya dosanya sendiri (1Kor 9:27; 1Tim 4:16).
Satu-satunya penguasa yang sempurna ialah Yesus Kristus, Anak Daud. Di katil yang dia berbaring untuk mati, Daud, salah satu daripada orang yang digemari Allah, menjelaskan tentang Penguasa yang benar ini dan para penyamar yang menentang mereka berdua. Segala kepercayaan Daud ditaruh kepada janji besar seorang Raja yang sempurna. Yesus, Raja yang sempurna sudah datang, dan ia tugasmu dan keistimewaanmuyang takzim untuk percaya kepadaNya.
Adakah kamu mengenal Raja ini? Ia suatu kekejian kepadaNya untuk berbuat kedurjanaan, sebab Dia mengasihi kewajaran dan membenci dosa (Maz 45:7; Ibr 1:9). Dia bukan seperti mana-mana penguasa yang kamu pernah baca atau bayangkan. Takhtanya telah terjamin untuk 2000 tahun sekarang, dan ia tidak akan dilenyapkan – Dia Raja dan Tuhan alam semesta untuk selamanya (Yes 9:6-7; Luk 1:30-33).