16:10
Suatu penjatuhan hukuman ilahi berada di bibir raja: mulutnya tidak ada pelanggaran dalam penghakiman.
Sains politik dalam Alkitab? Memang demikian! Ini ditulis oleh seorang raja bagi seorang raja – Salomo kepada anak lelakinya! Akankah kamu melombong emas daripada telerang ini? Ia memakai usaha. Belajarlah apa yang tidak dimiliki kebanyakan orang politik. Di sinilah nasihat berhikmah bagi para penguasa sivil dan secara tidak langsung bagi mana-mana pun orang yang berada dalam kekuasaan.
Sebelum menjelas dan memakai pelajaran yang berilham di sini, kita wajib mengetepikan apa yang tidak diniatkan Salomo. Maksud yang betul bagi setiap nas Alkitab haruslah dicari (Neh 8:8), dan ia paling baik dicari dengan membahagikan pernyataan-pernyataan dengan betul seperti amsal ini (2Tim 2:15).
Istilah-istilah di sini adalah mutlak – tidak membenarkan apa pun kekecualian – tetapi lebih daripada itu ia mengisytiharkan suatu peraturan universal. Amsal ini menyatakan: raja berbicara bagi Allah dengan mengisytiharkan penghakiman yang sempurna. Kamu harus menentukan raja apa yang sedang dinyatakan dan bagaimanakah dia mencapai kesempurnaan demikian.
Pertama, amsal ini bukanlah suatu pemerhatian kehidupan atau fakta sejarah tentang peraturan sivil secara am, sebab para raja di bumi tidak pernah menggenapi maksud itu. Daud dan Salomo pun, iaitu raja yang paling berhikmah, melanggari tahap piawai ini, meskipun ada sekali sekala mereka berbicara dengan hikmah yang berilham.
Kedua, amsal ini tidak mengajar tentang pemakaian penguasa sivil oleh Allah Yang Berdaulat. Ketika seorang raja berdosa, kehendak rahsia Allah digenapi (Ams 21:1; Ula 29:29; Dan 4:17; Yes 10:5-15), tetapi itu tidak dimaksudkan di sini, sebab ia mengalihkan nilai praktikal dan bercanggah dengan amsal-amsal tentang pemerintahan monarki.
Ketiga, amsal ini bukanlah suatu peringatan yang kabur untuk menghormati para penguasa sivil sebagai duta-duta Allah, walaupun itu suatu peraturan hikmah (Rom 13:1-7; 1Pet 2:13-17), sebab bahasa yang tegas amsal ini menyatakan terlalu banyak kalau memakai penjelasan yang sebegitu terhad dengan banyak kekecualian (Dan 3:16-18; Kis 4:19).
Keempat, amsal ini bukan suatu nubuat tentang Yesus Kristus, walaupun Dia seorang Raja yang tepat-tepat memenuhi penjelasan ini tentang kesalihan sempurna. Sementara memudahkan, jika ini maksudnya, Salomo sudah menyimpang daripada matlamatnya sendiri seperti yang ditulisnya dan melibatkan sebuah amsal yang kurang nilai yang berguna.
Maka apakah maksudnya dan pelajarannya? Amsal ini bukan suatu sejarah politik bagi apa yang berlaku, tetapi sebaliknya merupakan hikmah politik bagi apa yang harus dilakukan, maka itu menjadikannya suatu pertanggungjawaban dengan arahan bagi orang-orang politik. Amsal ini berada di dalam bab dan kitab yang mengandungi peraturan bagi kejayaan raja monarki untuk menggesa para raja kepada tugas suci mereka – untuk mewakili Allah tanpa kompromi atau kesalahan dalam jawatan mereka.
Mana satu raja yang sedang dipertimbangkan di sini? Bukan mana-mana raja yang disebut dengan namanya, tetapi sebaliknya seorang raja yang salih, seorang raja yang mulia dan yang benar, iaitu apa yang Salomo harap anak lelakinya boleh jadi. Bagaimanakah seorang raja mampu mencapai apa yang digambarkan itu? Dengan ikhtiar yang kuat dan persiapan untuk memerintah!
Amsal ini ada elipsis yang menyembunyikan maksudnya (Ams 1:6). Ia hanya menjelaskan para raja yang benar, dan ada niat untuk difahami dengan demikian, “Suatu penjatuhan hukuman ilahi berada di bibir raja yang baik”. Suatu elipsis tentang kebaikan dilihat juga di tempat yang lain (Ams 18:22; 15:10,23; Pkh 7:28). Amsal-amsal lain tentang raja mengesahkan penjelasan ini (Ams 14:35; 16:12-13,15; 20:8,26,28; 22:11; 25:5; 29:4,14).
Daud dan Salomo ialah dua raja yang hebat, dengan reputasi yang mulia (2Sam 14:17; 1Raj 3:28). Namun bibir mereka pernah membicarakan apa yang cabul, dan mereka pernah mencabuli penghakiman (2Sam 11:14-17; 23:3-5; 1Raj 11:1-11). Amsal-amsal Salomo, yang banyak daripadanya berkaitan dengan politik, bermaksud untuk memberi arahan kepada anak lelakinya untuk menjadi seorang penguasa Israel yang setia dan yang berhikmah. Kamu juga boleh belajar daripada raja ini.
Di sinilah tugas politik. Di sinilah apa yang harus dibuat seorang raja, dengan bantuan Allah. Dan bagi tujuan ini, umat Allah akan berdoa bagi para penguasa (Ezr 6:10; Yer 29:7; 1Tim 2:1-3). Bayangkan jika orang politik dunia harus mengecapi pendekatan ini bagi tugas-tugas mereka – bangsa-bangsa mereka akan bertambah maju dalam keadilan, kemakmuran, dan damai sejahtera – tetapi malangnya, mereka telah diberi karut dan kedunguan para pendidik humanistik [kemanusiaan] yang kekosongan hikmah yang benar.
Hikmah bergantung kepada takut akan Allah (Ams 1:7; 9:10; 15:33), dan ia diarahkan oleh firman Allah (Maz 19:7-11; 119:130). Seorang raja yang berhikmah, yang gementar di hadapan firman Allah, akan ada penghakiman yang ilahi di bibirnya, sebab penghakiman-penghakimannya akan mencerminkan kehendak Allah (Ula 4:5-8; Ams 8:6-21). Oleh sebab itu, Allah telah mengarahkan para raja Israel untuk mengekalkan nas-nas kitab selalu di hadapan diri mereka (Ula 17:18-20). Dan para penguasa sivil pada hari ini juga akan dimanfaatkan oleh kewajiban yang sama itu.
Segala kekuasaan adalah daripada Allah, Yang telah mentahbiskan lima lingkungan kekuasaan manusia – ibubapa, tuan atau majikan, suami, penguasa sivil, dan pastor atau pemimpin rohani. Setiap penguasa punya matlamat tertinggi haruslah untuk mewakili Allah dalam penghakimannya (Rom 13:1-7; 1Kor 4:1-4; Efe 6:4; Yak 3:1). Dan setiap fikiran subjek haruslah menunduk kepada kekuasaan Allah yang ditahbiskan, sebab dengan berbuat demikian, mereka menghormati Allah, melanjutkan masyarakat yang tertib, dan sendiri memperoleh damai sejahtera.
Sebalik daripada mengkritik atau mengutuk para penguasa sivil yang tidak mempedulikan hikmah ini, atau berdukacita kerana mereka berbuat demikian, apakah yang sedang kamu buat dalam peranan-peranan kekuasaanmu? Setiap lelaki (atau perempuan) dalam kedudukan kekuasaannya harus juga berserah kepada keadilan yang sempurna, akan seperti mewakili Allah Sendiri di dalam lingkungan kekuasaan mereka, sama ada sebagai ibubapa atau pastor. Allah akan dimuliakan, orang di bawah jagaanmu akan dimanfaatkan dan dimakmurkan, dan kamu akan menikmati hasil buahnya (Ams 16:20).
Satu-satunya cara tahap piawai penghakiman yang tinggi ini dapat ditegakkan adalah melalui kajian teliti Alkitab, yang ada jawapan-jawapan yang muktamad bagi segala hal (Ams 22:17-21; Maz 119:128; Yes 8:20; 2Tim 3:16-17). Kalau bersiap sedia dengan firman Allah, seseorang akan berbicara seperti keramat-keramat Allah (Rom 3:1-2; Ibr 5:12-14; 1Pet 4:11). Jika seseorang menaruh percaya penuh kepada Allah, maka Allah akan memberi dia hikmah amsal ini (Ams 3:5-6; 16:3; 1Sam 10:9; 1Raj 3:5-14; Maz 119:98-100; Yak 1:5).
Ada hanya satu raja yang betul-betul benar (2Sam 23:1-5; Maz 45:6-7; 89:19-37; Yer 23:5-6). Suatu penghakiman ilahi ada di bibirNya, dan Dia tidak pernah ada pelanggaran dalam penghakimanNya. Dia menguasai seluruh alam semesta, dan Dia akan datang tidak lama lagi untuk menghakimi dunia. Dia merupakan Yang Berbahagia dan Yang Satu-satunya Diraja. Dia akan mengisytiharkan: “Nyahlah daripadaku, yakni kalian yang terkutuk, ke dalam api abadi, yang telah disediakan untuk iblis dengan malaikat-malaikatnya” (Mat 25:41). Ciumlah Anak, supaya jangan Dia marah! (Maz 2:10-12).