Amsal · Proverbs

16:13
Bibir yang benar adalah kesukaan para raja; dan mereka mengasihi orang yang bertutur dengan wajar.

Bibirmu boleh menaikkan pangkatmu. Pertuturanmu boleh memenangi kasih. Orang yang sungguh berkuasa pun boleh menghargai kata-kata yang berbudi baik dan yang benar. Ucapan baik ialah sebahagian besar hikmah. Orang yang berbudi baik akan naik tinggi di kalangan manusia (Ams 22:11), dan perempuan yang berbudi baik akan dihargai setinggi-tingginya (Ams 11:16).

Pertuturan yang salih akan dengan lekas menyanjungimu. Jawapan-jawapan yang baik akan menyebabkan orang lain untuk ingin mencium bibirmu (Ams 24:26). Perkataan yang betul pada masa yang betul adalah seindah buah-buah epal emas di dalam mangkuk perak (Ams 25:11). Teguran yang berhikmah kepada pendengar yang menghargainya adalah seperti barang kemas emas tulen (Ams 25:12).

Mulutmu boleh menaikkan pangkatmu secara kedudukan dan secara persahabatan, atau ia boleh membinasakanmu di dalam setiap perhubungan kehidupan (Pkh 10:12). Tidak kira betapa baik dan berakhlak mulia hatimu dan mindamu, ia hanya dapat dinyatakan dengan paling baik oleh ucapan yang berbudi baik dan yang benar. Para raja adalah hebat dan berkuasa pada zaman Solomo, tetapi perkenan dan sayang mereka dapat dimenangi dengan kata-kata yang benar. Beri kemuliaan kepada Allah untuk amsal yang ajaib ini dan pelajarannya yang sangat bernilai untuk ucapan yang salih.

Sebagai amsal, kamu harus faham bahawa raja yang sedang dipertimbangkan ialah raja yang mulia dan yang benar. Raja yang cabul dan yang durjana ada kurang pertimbangan untuk hal-hal yang baik, termasuk ucapan yang berhikmah dan yang berakhlak mulia. Banyak raja cukup bebal sehingga melantik tukang lawak dan para penasihat jahat! Tetapi raja yang pagan pun dapat menghargai kata-kata yang rendah hati dan yang berhikmah, seperti Firaun yang mendengar Yusuf dan Nebukadnezar yang mendengar Daniel (Kej 41:38-45; Dan 1:18-21).

Pertimbangkan kuasa amsal ini. Ia tidak memakai contoh memenangi perkenan sahabat, keluarga, jiran, atau rakan sekerja. Ia mengajar untuk memenangi perkenan dan sayang para raja yang termulia – lagi pula itu kata jamak! Para raja ada kemuliaan, kuasa dan kekayaan yang besar. Mereka memegang kuasa untuk mengekalkan nyawa atau mencabut nyawa. Keredaan mereka ialah berkat yang besar (Ams 16:14-15; 19:12; 20:2). Daniel berterusan menerusi pemerintahan beberapa raja Babel, seorang raja Media, sampai kepada pemerintahan Cyrus, orang Parsi itu (Dan 1:18-21; 5:29-31; 6:1-3,28)!

Pertimbangkan butir-butir amsal ini. Para raja yang salih bersuka dalam ucapan yang baik: mereka suka kata-kata betul yang disebut pada waktu yang betul (Ams 10:20; 15:23; 16:24; 25:11). Tetapi mereka bukan saja menyukai perkataan, mereka juga mengasihi orang itu yang sedang berbicara kepada mereka! Kata-kata yang baik dan yang bijaksana menyenangkan minda mereka; si pembicara itu memenangi hati mereka (Ams 12:14; 14:35; 24:26). Solomo tahu ayahnya Daud ketika muda pernah memenangi Putera Yonatan dengan demikian (Ams 22:11; 1Sam 18:1-5).

Hai pembaca, akankah para raja mengasihimu? Adakah kata-katamu wajar, ceria, bersimpati, bijaksana, membangun, menggalak, sedikit, lemah-lembut, berbudi baik, membantu, murah hati, berbelas kasihan, senonoh, berhemat, ada kewajaran, serius dan takzim, bersyukur, benar, dan berhikmah? Atau adakah kamu bertengkar, mengumpat, memegahkan diri, mengadu, mengkritik, memerintah perbualan, mengampu, bercakap bebal, biadap, membesar-besarkan cerita, bergurau, berbohong, bersungut-sungut, mengulangi dirimu, memfitnah, menyumpah, membawa mulut, atau berbisik?

Kenaikan pangkat adalah sedekat seperti mulutmu. Raja Solomo berkata bahawa mati dan hidup berada di dalam kuasa lidah (Ams 10:31; 12:18; 18:21). Yang mana satu akan ia jadi bagimu, mati atau hidup? Jika kamu mahu para pembesar untuk menyukai ucapanmu dan mengasihi dirimu, maka ajarlah mulutmu hikmah kitab Amsal (Ams 10:19; 15:28; 16:23; 17:27-28). Yusuf, Daud, Daniel, dan Mordekai mampu memenangi keredaan dan kasih pelbagai jenis raja.

Perhubungan yang lebih baik untuk perempuan adalah sedekat mulutmu. Abigail memenangi hati Daud dalam beberapa minit sahaja, meskipun pada hakikatnya saat itu dia dipenuhi dengan kemarahan dan dengan fikiran-fikiran mahu membunuh (1Sam 25:23-35). Perempuan yang berakhlak mulia, yang cukup layak untuk memuaskan ibu permaisuri bagi anak lelakinya, yang raja, ada ucapan hikmah dan kemurahan hati (Ams 31:26). Allah mengenalpastikan Sara sebagai perempuan yang hebat kerana kerendahan hatinya dan kehormatannya untuk memanggil Abraham tuan (1Pet 3:5-6).

Hanya ada segelintir perempuan pada zaman kini yang mampu mendekati tahap sikap tiga perempuan tersebut. Banyak perempuan fikir mereka harus dikasihi kerana meluahkan pendapat-pendapat dan jawapan yang lancang dalam perbualan. Mereka mengadu, mengkritik, dan mempertahankan diri mereka sehingga tiada orang pun yang mahu mendekati mereka. Kemudian mereka menuduh orang lain kerana berlaku tidak adil dan tidak mahu memahami hati mereka. Kalau kamu tidak dapat melihat perbezaan di antara budi baik Alkitab dan perempuan moden, maka kamu harus membaca amsal-amsal Solomo tentang pertuturan sekali lagi!

Allah telah memberi Yesus Kristus lidah orang yang terpelajar (Yes 50:4). Kata-kataNya selalu berbudi baik dan selalu benar (Maz 45:2; Luk 4:22). Tiada orang yang pernah berbicara seperti Dia (Yoh 7:46)! Dia memenangi perkenan Allah yang paling tinggi dan yang paling kekal, dan Dia ditempatkan di tangan kanan takhta Allah untuk memerintah alam semesta sampai kepada jam ini. Dia merupakan Raja syurga dan penguasa kepada para raja di bumi. Akankah kamu memenangi perkenanNya dan berkatNya dengan pertuturanmu pada hari ini?