Amsal · Proverbs

16:2
Segala jalan seseorang adalah tahir di matanya sendiri; tetapi TUHAN menimbangkan roh.

Setiap orang fikir dia betul mengenai kehidupannya – dia condong kepada sikap menganggap diri sendiri benar menurut sifat alamiahnya. Dia tidak suka arahan dan pembetulan, kerana dia anggap cara dia adalah baik dan bijak. Tetapi Allah nampak hatinya dan fikirannya yang mengandungi dorongan yang angkuh dan yang mementingkan diri sendiri. Belajarlah untuk kurang percaya dan membenci diri sendiri, kerana hatimu itu mengangkat-angkat dengan dusta untuk memperdayakanmu sehingga berbuat silap.

Adakah kamu mengenal diri sendiri? Bagaimanakah itu mungkin? Hatimu berbohong kepadamu dengan lebih buruk dan lebih banyak daripada sesiapapun yang lain. “Hati itu penuh perdayaan melebihi segala sesuatu, dan ia sungguh-sungguh durjana: siapakah yang dapat mengenalnya?” (Yer 17:9). Daud pernah berkata, “Siapakah yang dapat memahami kesilapannya sendiri? tahirkanlah diriku daripada kesalahan rahsia” (Maz 19:12). Tidak seorang pun yang betul-betul mengenal dirinya sendiri. Kamu tidak mengenal dirimu.

Sudah tentulah kamu fikir dirimu sendiri tahir dan betul dalam segala jalanmu. Hatimu yang suka menganggap diri sendiri benar itu memperbenarkan segala yang kamu fikir, tutur dan buat. Hatimu yang berbohong memimpinmu kepada pelbagai kebebalan dan dosa, dan kamu kurang sedar akannya (Ams 16:25; 30:12). Tetapi Allah menimbangkan niat dan dorongan tersembunyi, sama seperti Dia menimbangkan Belsyazar di salah satu jamuan Babel. Dan Dia akan mendapati dirimu kekurangan. Selepas itu, Dia akan menyucikanmu di dalam rela api kesengsaraan.

Walaupun kamu tidak dapat tahu kepenuhan perdayaan hati, TUHAN tahu. Allah Yang Berbahagia berkata kepada manusia, “Siapakah yang dapat mengenalnya?” Dan seterusnya Dia berjawab, “Aku, TUHAN, menyelami hati, aku menguji batin, malahan membalas kepada setiap orang setimpal dengan jalannya, dan setimpal dengan buah perbuatannya” (Yer 17:10). Segalanya terbuka dan telanjang kepada mata Dia, Dia yang harus kita menghadap, termasuk fikiran dan niat hatimu (Ibr 4:12-13).

Kamu sedang dipertimbangkan sekarang. Neraca pengadilan kudus sedang menimbang-nimbang. Selidiki dirimu sendiri. Mengapakah kamu membaca ulasan ini? Bagaimanakah kamu membacanya? Sudahkah kamu menyimpul bahawa ia tiada nilai bagimu? Adakah kamu fikir kamu mengenal semangatmu sendiri? Adakah amaran ini diajukan kepada para pendosa lain, iaitu orang yang jauh lebih buruk daripadamu? Adakah kamu membenci amaran yang rohani ini? Adakah kamu tengah bersyukur bahawa kamu tidak seburuk orang yang jahat? Adakah dirimu terlalu sibuk bagi hal-hal rohani ini? Adakah kamu rasa jemu kerana tiada apa yang baru dan yang mengujakan untuk memuaskan gatal-gatal telingamu?

Hai orang bebal! Kamu memperdayakan dirimu sendiri. Akuilah kerosakanmu itu. Bertaubat akan sikap menganggap diri sendiri benar yang angkuh. Bencilah sikapmu yang menghargai diri sendiri. Buanglah keyakinanmu dalam apa yang sudah dilakukanmu – sebab dorongannya kemungkinan sungguh jahat. Kerendahan hati yang sejati adalah untuk jatuh telanjang dan dalam keperluan di hadapan Allah syurgawi yang kudus dan akuilah dengan ikhlas, “Allah kasihanilah aku orang berdosa ini” (Luk 18:13). Amsal ini sebegitu penting sehingga Solomo mengusulnya kepadamu sebanyak dua kali (Ams 21:2).

Sungguh mudah untuk meluncur mengelak arahan rohani – untuk membaca dengan laju atau mendengar dengan malas untuk memuaskan suara hati yang memperdayakan. Sungguh mudah untuk mengenakan amaran-amaran kepada orang lain – untuk mengenalpastikan selumbar dari jauh-jauh, sementara terlupa akan balakmu sendiri. Sungguh mudah untuk memandang hina orang lain – untuk berterima kasih kepada Allah kerana kamu tidak sejijik mereka, sementara rohmu itu dipertimbangkan di syurga sebagai yang paling jijik.

Tiada apapun yang lebih buruk daripada sikap menganggap diri sendiri benar. Pertimbangkannya baik-baik. Apakah sikap menganggap diri sendiri benar? Berfikir bahawa kamu itu betul dan memperbenarkan dirimu sendiri menentang hati nurani, pembetulan dan perubahan. Orang sedemikian sedikitpun tidak sedar bahawa mereka sarat dengan dosa, sebab mereka mengizinkan diri memikirkan fikiran mengangkat-angkat diri untuk langsung mengherotbenyotkan daya penghakiman mereka. Mereka hanya memakai cermin firman Allah bagi orang lain kerana mereka langsung tidak rasa perlu pun untuk menyelidiki wajah mereka sendiri (Yak 1:21-25).

Bagaimanakah kamu mungkin berhujah-hujahan dengan orang yang sedemikian? Kamu tidak boleh menunjukkan dosa mereka sebab mereka tidak dapat melihatnya. Keyakinan angkuh mereka itu menolak hujahan-hujahanmu itu (Ams 26:12,16; Gal 6:3). Dan para pencemuh ini akan membencimu bagi usahamu itu (Ams 9:7-8). Mereka menyalibkan Tuhan yang mulia kerana dia telah mendedahkan agama mereka yang palsu dan yang munafik. Setiap orang ialah orang Farisi dalam rohnya sendiri.

Apakah itu sikap menganggap diri sendiri benar? Ia merupakan keyakinan bahawa kamu baik, cekap, pandai, dan berkemampuan. Ia merupakan kesukaran untuk menyatakan bahawa kamu salah, bebal, bodoh, angkuh dan suka memberontak. Ia bersuka mencari atau berbincang akan kesalahan orang lain. Ia memandai-mandai untuk menuduh orang lain sementara mempunyai dosanya sendiri. Ia selalu memiliki pendapat tentang perangai orang lain tanpa memakai Alkitab.

Ia merupakan sikap suka mempertahankan diri sendiri supaya menahan dan menolak pembetulan. Ia merupakan sikap memandai-mandai membuat penghakiman dan berpendapat menentang kekuasaaan. Ia merupakan sikap mudah mengenakan khutbah kepada orang lain. Ia merupakan fikiran sewaktu khutbah bahawa kamu tidak perlu benar-benar berubah di dalam hal itu. Ia merupakan jawapan bahawa kamu sudah cukup selesa dengan keadaan semasa.

Ia merupakan sikap kurang berterima kasih untuk pembetulan. Ia mungkin menangis dengan niat mempertahankan diri sendiri apabila ditegur atau diberi amaran akan dosa. Ia memberi respon, “Aku orang yang gagal,” apabila dikritik. Itu merupakan alasan, “Aku tidak sebegitu buruk – engkau sahaja yang salah faham diriku.” Ia mengingati dosa-dosa orang lain ketika diperbetulkan. Ia dapat menyebut, secara mencemuh, dosa-dosa orang yang sedang memperbetulkannya.

Apakah yang dapat kamu buat? Rendahkanlah dirimu dan akui bahawa kamu sekurang-kurangnya jahat dalam segala jalanmu seperti pendosa yang paling buruk yang dikenalimu (1Tim 1:15). Akuilah sikap menganggap diri sendiri benar itu sebagai bau yang busuk di dalam hidung Allah yang kudus (Luk 18:9-14). Akuilah bahawa kewajaranmu itu bersih seperti kain haid terpakai (Yes 64:6). Rayulah kepada TUHAN untuk menyelami dan mendedahkan fikiranmu yang jahat kepada dirimu (Ayub 34:32; Maz 26:2; 139:23-24). Mohonlah untuk hati yang tahir (Maz 51:10).

Buktikan roh yang tahirmu itu dengan membenarkan Allah memperbetulkanmu dan mengajarmu (Yes 66:2). Terimalah pembetulan tanpa memberontak (Maz 73:21-22). Allah yang berbahagia tidak pernah memandang hina hati yang remuk dan rendah diri (Maz 34:18; 51:17; Yes 57:15). Jika kamu turun ke bawah dengan kerendahan hati, Dia akan mengangkatkanmu (Yak 4:10: 1Pet 5:6). Diberkatilah mereka yang miskin di dalam roh (Mat 5:3).

Kamu tidak boleh mengangguhkan atau mengurangkan penyelidikan diri sendiri. Inilah kegiatan kudus yang diamalkan orang rohani, yang mengenal kedurjanaan hati sendiri yang memperdayakan itu (1Kor 11:28; 2Kor 13:5). Setiap hal yang tersembunyi akan terdedah tidak lama lagi di hadapan mahkamah kudus Yesus Kristus. Tahirkanlah tanganmu dan sucikanlah hatimu daripada kemunafikan yang berhati dua dengan pertaubatan yang kritikal, serius dan benar sekarang juga (Yak 4:8-10). Lakukan itu pada hari ini sebelum kamu harus melakukannya di hadapan Allah.

Orang berhikmah akan mengecam bahawa kejahatan batiniah adalah lebih memperdayakan dan lebih membahayakan kepada hal menyukakan Allah daripada kejahatan yang di luar. Sementara membenci akan dunia ialah perangai yang baik dan yang salih terhadap godaan bahaya di sana, namun nafsu yang penuh perdayaan di dalam hatimu itulah yang merupakan musuhmu yang paling sengit. Kewaspadaan yang berterusan dengan kerendahan hati yang ikhlas di hadapan Allah akan menyelamatkan rohmu. Jagalah hatimu dengan segala ketekunan supaya menolak apapun fikiran mengangkat-angkat diri sendiri yang mungkin timbul (Ams 4:23).