Amsal · Proverbs

16:3
Serahkan pekerjaanmu kepada TUHAN, dan fikiranmu akan dimantapkan.

Adakah kamu keliru, dan tidak tahu apa untuk dibuat? Adakah kamu rasa terlalu tertekan sehingga hilang akal? Keraguan yang sebegitu pedih adalah hasil daripada kehilangan damai sejahtera dalam TUHAN. Tetapi ia boleh dipulihkan dengan mudah sekali, jika kamu menyerahkan pekerjaanmu kepadaNya. Dia akan menenteramkan, menghiburkan, dan menguatkanmu (1Pet 5:10).

Dalam dunia yang berdosa dan yang tidak tentu, iaitu dunia yang kamu tidak tahu pun apa yang akan berlaku pada hari esok, ada kerap kali keraguan, ketakutan, kebingungan, dan kekhuatiran. Tetapi ini bukanlah kehidupan yang Allah inginkan atau rancangkan bagi anak-anakNya. Dia boleh dan akan mengambil segala kekhuatiranmu yang pedih, jika kamu menyerahkan segalanya kepadaNya. HadiratNya yang dijanjikan, dan yang kekal akan membawa kepuasan dan ketabahan (Ibr 13:5-6).

Petrus menulis tentang prihatin TUHAN yang lembut, “Sementara menaruh segala kerisauanmu kepadanya, sebab dia mengambil berat tentangmu” (1Pet 5:7). Dan Daud, yang menghadapi banyak kesukaran yang keras, telah menulis dengan yakin dan dengan pengalaman, “Taruh bebanmu ke atas Tuhan, dan dia akan mengekalkanmu: dia tidak akan membenarkan orang benar untuk goyah” (Maz 55:22). Percayalah kepada kedua-dua janji itu!

Paulus telah menulis, “Jangan khuatir akan apa pun – dan damai sejahtera Allah, yang melampaui segala pemahaman, akan memelihara hati dan fikiran kalian melalui Kristus Yesus” (Flp 4:6-7). Yesus menghiburkan hati dengan berkata, “Maka janganlah runsing akan hari esok: sebab hari esok akan runsing bagi hal-halnya sendiri” (Mat 6:34). Penghiburan yang besar ini adalah berdasarkan kemampuanNya dan prihatinNya, dan segala yang kamu perlu untuk memperoleh itu adalah untuk percaya kepadaNya dan mencari kerajaanNya dahulu (Mat 6:25-33).

Kamu menyerahkan pekerjaanmu kepada TUHAN dengan melakukan segalanya menurut jalanNya. Sanjungilah ketetapan-ketetapanNya untuk menjadi sempurna dan mencukupi (Ams 3:7; Maz 119:128). Jika kamu meninggalkan segala pemahamanmu sendiri, dan dalam segala jalanmu mengakuiNya, Dia kaan mengarahkan jalan-jalanmu (Ams 3:5-6). Yosua mendapati kota berkubu yang pertama di Kanaan sungguh mudah diatasi dengan menuruti jalan TUHAN (Yos 6:20)! Adakah kamu tertekan sebagai ibubapa? Pengetahuan yang sempurna ada di sini di dalam kitab Amsal.

Kamu menyerahkan pekerjaanmu kepada TUHAN dengan melakukan pekerjaan itu kepadaNya. “Maka, jika kamu makan atau minum, atau apa pun yang kamu buat, buat segalanya bagi kemuliaan Allah” (1Kor 10:31). “Dan apa pun yang kalian buat dalam pertuturan atau perlakuan, buat segalanya dalam nama Tuhan Yesus, sedang kala memberi syukur kepada Allah dan Bapa melaluinya” (Kol 3:17). Segalanya berhasil bagi orang yang mengasihi Allah, sebab mereka merupakan orang yang ditentukan bagi kemuliaan menurut tujuanNya yang kekal (Rom 8:28)!

Kamu menyerahkan pekerjaanmu kepada TUHAN dengan menyerahkan pekerjaan itu kepadaNya. Kamu melakukan ini melalui doa bersertakan syukur (Flp 4:6; Kol 4:2). Jika kamu menetapkan tumpuanmu kepada TUHAN Jehovah, daripada tertumpu kepada masalah, kamu akan menemui damai sejahtera yang sempurna (Yes 26:3-4). Ketika berhadapan dengan angkatan musuh yang berbilangan besar, Yosafat memimpin perhimpunan doa awam, “dan kami pun tidak tahu apa untuk dibuat” (2Taw 20:1-19). Allah berjuang di dalampertempuran itu bagi Yosafat! Tuhan Yesus berkata, “Jangan biar hatimu menjadi bimbang: kalian percaya kepada Allah, percaya juga kepadaku” (Yoh 14:1).

Kamu menyerahkan pekerjaanmu kepada TUHAN dengan percaya kepadaNya untuk hasil. Ia sia-sia dan menyusahkan apabila memikir bahawa hasil itu bergantung kepada dirimu. Hasilnya bergantung kepadaNya, dan Dia mencadangkan supaya kamu pergi tidur (Maz 127:1-2)! Setelah kamu membuat rancangan yang sewajarnya, serahkan yang lain kepada kehendakNya yang murah hati dan yang berdaulat. (Ams 16:9; Maz 37:3-7; Yak 4:13-15). Kepercayaan sedemikian akan meneguhkan dan memantapkan hatimu supaya tidak takut, tidak kira apa pun situasimu (Maz 112:7-8).

Ketika dikelilingi angkatan tentera dari segala arah, Yoab pernah menyerahkan suatu pertempuran yang penting kepada TUHAN, dan dia memperoleh kemenangan yang besar (2Sam 10:9-14). Dua orang balu, yang tidak tentu masa depan mereka, mengutus salah seorang dari antara mereka berdua untuk memungut saki-baki tuaian, dengan penuh percaya kepada Bapa di syurga: balu yang memungut itu memperoleh banyak makanan untuk mereka berdua, tetapi melalui itu dia juga mendapat seorang suami yang kaya (Rut 2:1-23)!

Paulus mengenal kebenaran amsal ini dengan sungguh baik seperti amsal yang lain. Dia menghadapi lebih kesukaran pada mana-mana detik masa hayatnya daripada apa yang dapat dibayangkan dirimu bagi seluruh hayat kehidupan. Tetapi dia berkata, “Kami tersesak dari setiap arah, namun tidak kesusahan; kami bingung, namun tidak murung; Dianiaya, namun tidak ditinggalkan; dihempaskan, namun tidak dibinasakan;” (2Kor 4:8-9). Dia telah menyerahkan pekerjaannya kepada TUHAN.

Hai pembaca, apakah yang menyusahkanmu pada hari ini? Apakah yang sedang dihadapimu sehingga membimbangkan fikiranmu? Serahkanlah pekerjaanmu kepada TUHAN, dan Dia akan memantapkan fikiranmu. Lakukanlah itu menurut jalanNya; lakukanlah itu kepadaNya; serahkanlah itu kepadaNya dalam doa; dan percayalah kepadaNya untuk hasil itu. Dia akan menjagamu dengan serta-merta, dengan memberkatimu dengan kepuasan, damai sejahtera, dan kepastian.

Yesus Kristus telah menghadapi cabaran dan kesukaran yang paling besar dalam pekerjaan ngeri menebus orang pilihan di atas kayu salib Kalvari, tetapi Dia menyerahkan DiriNya kepada TUHAN (1Pet 2:23). Dia telah didengar, dan seorang malaikat datang dan menguatkanNya (Ibr 5:7-10; Luk 22:43). Kamu juga harus berbuat demikian, maju dalam ketaatan, dan menyerah pembelaan jiwamu kepada Penciptamu yang setia (1Pet 4:19). Para hamba yang sama akan melayanimu (Maz 34:7; Ibr 1:13-14).