Amsal · Proverbs

16:25
Ada jalan yang nampak betul kepada seseorang, tetapi hujungnya ialah jalan-jalan maut.

Setiap orang memikir jalannya betul, kerana ia rasa begitu. Tetapi Allah memberi amaran bahawa fikiran sedemikian membawa kepada maut. Kebanyakan orang terlalu mengasihi pendapat sendiri sehingga tidak mahu berubah, meskipun Alkitab mengutuk fikiran mereka dan mendedahkannya sebagai berdosa atau membinasa. Ada hanya satu syarat untuk kebenaran dan hikmah, dan ia kehendak Allah yang dinyatakan Alkitab.

Hai pembaca, kamu ada pendapat-pendapat degil tentang cara menjalani kehidupanmu dan cara hal-hal dilakukan. Fikiranmu yang nampaknya sebegitu betul datangnya daripada ibubapa, guru-guru, kawan-kawan, agama, tabiat, budaya, pelbagai media massa, pengalaman, dan terutamanya, hatimu yang memperdayakan dan bayangan yang durjana (Kej 6:5; Yer 17:9). Tetapi sumber-sumber ini yang asing daripada kebenaran ilahi membawa kepada kematianmu.

Klausa yang pertama menjelaskan satu jalan yang satu orang pakai. Inilah pendapat peribadi seseorang tentang sesuatu hal. Dia yakin pendapatnya baik dan betul, kerana dia yang menimbulkan gagasan itu dan ada kecenderungan yang besar untuk memperbenarkan dirinya dan untuk mempertahankan fikirannya. Dia sudah berfikir tentang isu ini, dan dia selesa dan berpuas hati dengan fikirannya tentang hal itu.

Klausa yang kedua pula menjelaskan pengakhiran atau hasil daripada satu jalan yang satu orang pakai iaitu jalan-jalan maut yang jamak. Ada banyak cara untuk mati, dan setiap manusia punya fikiran yang angkuh mampu membawanya ke sana dengan mudah sekali dan dengan pasti. Ketika gagasan-gagasan bebal seseorang individu digabungkan, hasilnya ialah jalan-jalan maut yang jamak. Belajar untuk membenci fikiran-fikiranmu.

Oleh sebab setiap orang sungguh rentan kepada fikiran dan kesalahan yang angkuh, Salomo mengulangi amsal ini untuk menekankan nilai pelajarannya (Ams 14:12; Flp 3:1). Dia juga memberi beberapa amsal dengan perkataan yang berbeza untuk pelajaran yang serupa (Ams 12:15; 16:2; 21:2; 28:26). Dia tahu kamu akan dengan bebal memikir gagasan-gagasanmu mulia dan berhikmah. Rendahkanlah dirimu sekarang juga!

Orang berhikmah belajar supaya tidak mempercayai fikirannya sendiri dan untuk mencari kehendak Allah dalam setiap perkara (Ams 3:5-6). Dia kemudian mengelak jalan-jalan dunia yang menggoda yang membawa kepada maut (Ams 12:26; Maz 1:1-6). Dia dengan rendah hati mengakui kejahilannya, berdoa supaya Allah menyelami hatinya dan fikirannya, dan menghakimi setiap pendapat oleh doktrin Alkitab yang jelas (Ams 30:2-3; Maz 139:23-24; 119:128).

Perdayaan diri sendiri membutakan dan melaknatkan diri. Ia membawamu kepada kebinasaan, tetapi kamu tidak dapat mengesan bahawa kamu telah berbohong kepada dirimu sendiri, kerana kamu mengasihi fikiranmu sendiri (Ams 18:2; 26:12,16). Tidak seorang pun boleh memberi sebab musabab untuk memujukmu, kerana gagasan-gagasan mereka kurang elok berbanding dengan gagasanmu sendiri. Dan sesudah kamu menyerahkan dirimu untuk melaksanakan tindakan itu, kamu terlalu angkuh untuk mengakui apa pun kesalahan (Maz 36:2).

Fikiran popular akan hal-hal kebenaran dan hikmah selalunya salah. Majoriti selalu mengasihi diri mereka sendiri dan satu sama lain, tetapi Allah menganggap fikiran mereka yang paling mulia pun sebagai suatu kekejian (Luk 16:15). Dia dengan terang mengisytiharkan bahawa kebanyakan orang memakai pintu yang lebar dan jalan yang luas ke arah kebinasaan; hanya segelintir memakai pintu suntuk dan jalan sempit ke arah kehidupan (Mat 7:13-14). Allah tahu fikiran-fikiran manusia ialah kesia-siaan – sampah yang tidak bernilai (Maz 94:11), dan kamu patut fikir sama tentangnya – sama ada ia fikiranmu sendiri ataupun ia fikiran orang yang lain (Maz 119:113).

Raja Saul ada sesuatu gagasan, dan ia nampak betul. Daripada membunuh dan membazir semua binatang orang Amalek yang elok, dia akan mengizinkan rakyat untuk mengambilnya sebagai persembahan kepada Jehovah. Tetapi Jehovah sudah berfirman supaya semua itu harus dibunuh. Maka nabi Samuel mengutuk fikirannya dan menyamakannya dengan main sihir dan berhala (1Sam 15:1-35).

Saulus dari Tarsus sendiri memikir untuk berbuat banyak perkara yang bercanggahan dengan nama Yesus dari Nazaret (Kis 26:9). Perhatikan bahawa dia sendiri memikir, yang merupakan dosa amsal ini, kerana dia tidak menyemak batin akan fikiran yang palsu. Kamu memerlukan pendapat luaran yang betul-betul sempurna untuk memperbetulkan fikiranmu, dan kehendak Allah dalam Alkitab adalah sempurna (Maz 119:128; Yes 8:20).

Alkitab ialah kurnia yang ajaib daripada Allah kepada anak-anakNya, kerana ia mengandungi hikmah benar akan Allah yang berhikmah dengan tidak terhingga. Kamu boleh memperbetulkan segala fikiranmu yang jahat dan yang bebal dengan belajar apa yang Alkitab ajar tentang setiap subjek. Ia mampu untuk menjadikan hamba Allah sempurna (2Tim 3:16-17). Ia memperbolehkanmu untuk mengharungi apa pun kesukaran (Maz 119:105). Ia kebenaran dan hikmah yang suci.

Sesudah memakai Alkitab sebagai tahap piawai pertama untuk fikiran yang betul, perlindunganmu yang kedua adalah untuk mencari nasihat orang berhikmah dan orang yang berjaya. Ada keselamatan daripada gagasan-gagasanmu yang sia-sia ketika berada di kalangan ramai penasihat yang berhikmah (Ams 11:14; 12:15; 15:22). Tetapi hanya ada segelintir orang yang cukup rendah hati dan yang cukup berhikmah untuk menakluki gagasan dan pendapat mereka kepada penyelidikan dan kritikan orang lain.

Orang ada gagasan yang nampaknya betul untuk ditambahkan kepada firman Allah. Peraturan-peraturan ini menjadikan sembahyang mereka sia-sia (Mat 15:7-9). Ia tidak kira jika peraturan itu mengikut aliran fikiran politik kesukaanmu, atau betapa romantis konsepnya. Paulus telah mengutuk segalanya yang di luar firman Allah, kerana Allah menolak segala rekaan (Rom 14:1-6; Kol 2:16-23). Kerajaan Allah ialah kewajaran, damai sejahtera, dan sukacita dalam Roh Kudus, bukanlah suatu gagasan yang lebih baik daripada Kristian yang kreatif (Rom 14:17-18).

Di manakah orang hebat Allah, yang tidak akan menerima apa pun selain apa yang jelas-jelas diberi di dalam Kitab Suci? Di manakah orang yang hanya akan menerima jalan-jalan purba iman yang dahulu disampaikan kepada orang-orang kudus (Yer 6:16; Yud 1:3)? Di manakah orang yang mendengar dengan cukup teliti untuk pembetulan daripada Roh Kudus melalui firmanNya, “Inilah jalannya, kalian berjalanlah di dalamnya” (Yes 30:21)? Di manakah orang yang akan menolak dan meremukkan segala usaha untuk menambah kepada firman Allah?

Hai pembaca, adakah kamu berfikir bahawa kamu ada jalan ke syurga semua terancang bagi dirimu sendiri? Adakah gerejamu nampaknya betul kerana ia cantik, besar, atau sedang bertumbuh dalam bilangan? Ada hanya satu jalan ke syurga, dan ia Tuhan Yesus Kristus yang asing daripada mana-mana orang, paderi, paus, atau sistem. Dia berkata, “Akulah jalan, kebenaran, dan hidup: tidak seorang pun yang mendatangi Bapa, kecuali melaluiku” (Yoh 14:6).