Amsal · Proverbs

16:26
Dia yang berjerih lelah berjerih lelah bagi dirinya sendiri; sebab mulutnya mendambakan itu daripadanya.

Mengapakah manusia mengerjakan kerja gaji atau perniagaan? Kerana mereka suka berbuat demikian? Kerana orang lain mengharapkan mereka berbuat demikian? Kerana mereka suka masyarakat? Mereka mahu membantu suatu syarikat berjaya? Kerana mereka jemu? Manusia ingin bekerja kerana mereka keperluan, dan fakta asas kehidupan ini mengajar hikmah yang sihat.

Suatu kehidupan berjerih lelah ialah kutuk Adam kerana telah mematuhi isterinya daripada mematuhi Allah (Kej 3:17-19). Daripada menjaga kebun dengan santai dan menikmati kepelbagaian makanan yang mudah didapati, manusia harus mencakar tanah untuk hidup. Tetapi sama ada seseorang tahu tentang Taman Eden ataupun tidak, adanya suatu keperluan yang sangat kuat sehingga ia mendorongnya untuk bekerja keras – dia harus bekerja atau derita kelaparan.

Pemerhatian Solomo mengajar hikmah, jika kamu mahu fikir tentangnya. Manusia bekerja keras dengan keperluan yang mementingkan diri sendiri. Jika mereka tidak bekerja, mereka akan kelaparan. Inilah keadaan manusia di dunia, sama ada dia pekerja kolar putih [kerja yang perlu tenaga fikiran] atau pekerja kolar biru [kerja yang perlu tenaga fizikal], dia masih harus berjerih lelah untuk makan. Kalau dia tidak bekerja, dia tidak akan makan; ketakutan kelaparan memaksanya untuk bekerja setiap hari (Pkh 6:7).

Keinginan kekal hidup ialah motivasi yang akan mengeluarkan hasil yang baik, seperti masyarakat yang bekerja keras, ketika sikap mementingkan diri dibenarkan untuk memuaskan dirinya sendiri dengan jerih lelah yang tekun. Hukum Allah pun, yang melalui Musa, melibatkan hujahan yang ilahi tentang sikap mementingkan diri sendiri untuk menguasai perangainya (Kel 21:20-21; Ams 27:18). Dengan memahaminya dengan betul, sikap mementingkan diri sendiri ialah salah satu peraturan etika dan hikmah.

Suatu masyarakat yang cabul membenci motivasi yang ajaib ini untuk berjerih lelah. Kanak-kanak diberi segala-galanya, untuk berbuat kosong. Ibubapa berkata, “Biar dia kekal budak; kelak akan ada banyak masa untuk kerja”, yang bermaksud bahawa dia patut bermain sepanjang hari. Mereka menggubalkan undang-undang untuk kebajikan, yang secara misteri munculnya penggandaan orang yang memerlukan bantuan. Orang lain membekalkan makanan untuk orang yang terlalu malas untuk bekerja. Kerajaan dapat dengan lekas mengurangkan kebajikan, menambahkan keberhasilan negara, dan menaikkan pendapatan cukai dengan hanya menghukum mana-mana rakyat yang menjaga atau memberi makan kepada orang yang kekukangan.

Di sinilah rawatannya untuk si lamban – tiada kerja, tiada makanan. Peraturan ini merupakan hikmah yang berilham. Solomo tahu bahawa kemalasan merupakan suatu masalah (Ams 6:6-11; 10:26; 12:27; 13:4; 15:19; 19:24; 21:25; 22:13; 24:30-34; 26:13-15). Ia sukar untuk mengajar atau memaksa orang muda yang bebal untuk bekerja keras. Tetapi dengan hanya beberapa hari tanpa makanan ia akan menghasilkan seorang pekerja. Kedua-dua Solomo dan Paulus mengesahkan dan mengajar peraturan yang berhikmah ini yang membawa kepada etika pekerjaan yang baik (Ams 20:4; 2Tes 3:8-12).

Daripada peraturan itu datangnya untung di dalam Alkitab. Fahaman yang bercanggahan dengan pengalaman dan hikmah ialah khayalan fahaman komunis yang berbunyi, “Daripada setiap orang menurut kemampuannya, kepada setiap orang sesuai dengan keperluannya”. Namun impian itu tidak pernah bekesan. Seseorang tidak akan memakai dirinya sendiri dengan tekun bagi teori dungu yang memberi kepada orang malas sebanyak seperti orang rajin, tetapi dia akan memakai dirinya dengan tekun untuk ganjaran yang sesuai dengan kerja yang dilakukan. Biar dia melihat kemungkinan yang tidak terhingga dalam sistem pasaran bebas, dan dia akan dengan rela melakukan kerjanya dengan baik-baik dan mencari kerja tambahan pula. Para pekerja berhikmah akan memakai pampasan insentif untuk menaikkan keberhasilan pekerja dengan lebih tinggi.

Hikmah amsal ini boleh diperkasakan atau dipakai untuk lebih keberhasilan. Berilah kepada seorang lelaki seorang isteri dan anak-anak yang kebergantungan, dan dia akan bekerja dengan lebih keras. Dua lebih baik daripada satu, kerana mereka ada ganjaran yang baik bagi jerih lelah mereka, di antara faedah-faedah yang lain (Pkh 4:9-12). Tetapi lebih banyak mulut untuk dia beri makan mengatasi semua orang lain di bumi akan lebih lanjut mendorongnya. Bagaimanakah seseorang lelaki menjadi dewasa? Dengan didikan yang betul; tiada wang saku; dari awal bekerja; dari awal berkahwin; dan dari awal memperanakkan bayi!

Hai ibubapa, adakah kamu memakai amsal ini dengan anak-anakmu? Makan bukanlah suatu hak, kecuali untuk bayi yang kebergantungan. Anak-anak yang kecil pun boleh melakukan kerja harian, dan mereka patut diwajibkan untuk melakukan kerja harian itu sebelum nak makan. Banyak ibubapa ada polisi makan terbuka bagi anak mengikut suka hati, yang menggalakkan kemalasan dan sikap menurut nafsu yang membawa kepada kehidupan yang tidak berdisiplin. Pada zaman kebanyakan orang bekerja di ladang, amsal ini secara am diamalkan, sebab setiap orang wajib membantu dengan kerja harian supaya dapat makan.

Agama Kristian mengajar etika kerja yang baik. Ia sesuatu yang malu bahawa ada sesetengah Kristian yang kekukangan di tempat kerja. Barang apa yang kamu dapat buat secara profesional, lakukan itu dengan sekuat tenagamu (Pkh 9:10; Kol 3:23). Jerih lelah yang tekun bagi urusanmu sendiri ialah sebahagian penyucian bagi seseorang percayawan (1Tes 4:11-12). Dan orang yang tidak suka akan kerja keras haruslah sama ada dilaparkan supaya belajar menikmatinya (Ams 20:4; 2Tes 3:8-12), ataupun disingkir daripada gereja Yesus Kristus (2Tes 3:6,14).

Amsal ini juga menegur ketamakan dan kedambaan. Orang yang berimpian tinggi, yang gila dengan ganjaran kerja keras, lupa bahawa dia akan mati dan meninggalkan kekayaannya kepada orang lain (Pkh 2:17-24; Luk 12:16-21). Dia melonggokan kekayaan, dengan tidak mengenal siapa yang akan memakai kekayaan tersebut (Maz 39:6). Oleh sebab itu, hikmah dan kejayaan sejati adalah untuk belajar kesalihan berpuas hati dengan apa yang asas, dengan tidak mencari-cari kekayaan (Ams 12:9; 1Tim 6:6-10). Makanan yang pantas ialah pilihan yang berhikmah (Ams 30:7-9).

Hai pastor, adakah kamu berjerih lelah dengan tekun di dalam panggilanmu yang kudus? Tuhan Kristus telah memilihmu untuk menanggung kesukaran sebagai askar yang baik (2Tim 2:3-4). Paulus bekerja malam dan siang untuk menjadi rasul yang paling hebat (1Kor 15:10; 1Tes 2:9). Adakah jiwamu mendambakan jerih lelah supaya mendengar Ketuamu berkata, “Syabas, hamba yang baik dan yang setia”? Biar teladan dan arahan Paulus yang berilham mencergaskan jiwamu untuk kerajaan Kristus (1Kor 9:16; 1Tim 4:13-16).

Hai pembaca, adakah jiwamu mendambakan Allah dan firmanNya? Ia tidak akan pernah tanpa rahmat Allah yang berdaulat. Sudahkah kamu memeriksa kelaparanmu dan kedahagaanmu untuk kewajaran (Mat 5:6)? Adakah ia mendorongmu untuk memisahkan dirimu daripada orang bebal, pengejaran hal-hal duniawi untuk belajar hikmah (Ams 18:1)? Kamu harus merangsangkan seleramu dan keinginanmu bagi susu firman yang tulen (1Pet 2:1-3).

Yesus telah berjumpa dengan keramaian yang besar, lima ribu lelaki tambah kaum perempuan dan anak-anak, yang ingin menjadikanNya raja, supaya Dia dapat mengisi perut mereka dengan roti dan ikan percuma (Yoh 6:15,26). Dia telah menyuruh mereka untuk sebaliknya berjerih lelah untuk makanan yang bertahan sampai hidup kekal (Yoh 6:27). Adakah kamu berjerih lelah bagi dirimu sendiri dalam hal yang penting ini, hai pembaca? Jerih lelah ini ialah ganjaran yang sungguh hebat.

Berapa banyakkah jiwamu mendambakan kerajaan syurga? Yesus menerangkan hal itu sebagai orang yang telah menemui harta karun di ladang dan dengan gembira menjual segalanya yang dia ada supaya dapat membeli ladang itu bagi harta karunnya (Mat 13:44). Kamu patut berdoa, “Tuhan, tambahkan kedambaan jiwaku untukMu dan untuk hal-hal kerajaanMu, dan arahkan jerih lelahku dengan membara terhadapnya. Amin”.