16:24
Perkataan yang menyenangkan adalah seperti indung madu, manis kepada jiwa, dan kesihatan kepada tulang.
Perkataan yang baik dan lembut mesra adalah pencuci mulut pada bila-bila masa. Ianya masuk ke dalam telinga dan jiwa dengan kesenangan yang manis, dan memberi kecergasan kepada hati sampai kepada langkah-langkah juga. Air muka seseorang berseri menurut kesan perkataan-perkataan itu. Dan tenaga dan semangat dipulihkan kepada yang berdukacita. Kamu mengeluarkan kata-kata begitu dengan bibirmu, apabila hikmah memandu ucapan mulutmu (Ams 16:23).
Para pembaca, adakah perkataan-perkataanmu membawa kesihatan? Adakah kamu menyembuhkan orang lain melalui galakan yang berbaik budi, nasihat yang berhikmah dan hiburan yang lemah-lembut? Atau adakah perkataan-perkataanmu bagaikan suatu pedang yang melukakan? Adakah kamu meninggalkan orang lain dalam keadaan berdarah dengan perkataan yang pedas, kritis, tajam dan mengecam? Dan lepas itu, adakah kamu tambah lagi garam kepada lukanya, sedangkan kamu hanya diarahkan untuk memakai garam pada ucapanmu (Kol 4:6)?
Minyak wangi yang baik boleh menyukakan hati dalam masa berberapa nano saat sahaja. Dan kata-kata berbaik hati juga memberi kesan itu, apabila seseorang kawan memberi nasihat indah yang ikhlas (Ams 27:9). Ucapan itu adalah hadiah yang berharga! Perkataan yang betul pada masa yang tepat adalah indah sesungguhnya (Ams 15:23; 25:11). Ada kuasa yang amat besar didalam lidahmu, para pembaca (Ams 18:21). Cara bagaimana kamu nak memakainya pada hari ini? Untuk memberi kesihatan ataupun memberi kerosakan?
Pada zaman masyarakat yang moden dan sintetik ini, kebanyakan tidak mengenal kebaikan atau ciri-ciri kesihatan indung madu. Bilakah kali terakhir kamu telah merasakannya? Tetapi bagi yang berpengetahuan, lebah-lebah Allah mendebungakan tumbuh-tumbuhan dan juga menghasilkan kemanisan yang enak dengan nutrisi yang menakjubkan.
Madu ialah makanan yang mewah yang diciptakan Allah untuk memanfaatkan manusia (Ams 24:13). Dia menjelaskan tanah Kanaan sebagai tanah yang berkelimpahan dengan susu dan madu (Kel 3:8; Ula 8:7-9). Manna yang telah diberikanNya kepada bangsa Israel rasa seperti wafer yang dijadikan daripada madu (Kel 16:31).
Raja-raja menyampaikan madu sebagai hantaran (2Sam 17:27-29; 1Kgs 14:3), dan madu juga pernah sekali menjadikan mata putera Yonatan terang (1Sam 14:27). Yohanes Pembaptis hidup dengan makan madu dan belalang (Mat 3:4); Yesus makan madu bersama-sama mentega pada umur kecil Dia (Yes 7:15); Dan Dia memakannya sekali lagi selepas pembangkitanNya (Luk 24:42). Pasangan kekasih memakai madu sebagai gambaran untuk menjelaskan persetubuhan mereka didalam lagu-lagu romantis pasangan yang bercinta (Kidung Agung 4:11; 5:1).
Tidak seorangpun akan menyangkal bahawa madu adalah manis. Ia dua kali lebih manis daripada gula! Di dalam resipi yang memerlukan gula, hanya setengah daripada sukatan itu diperlukan kalau pakai madu. Seseorang yang telah kenyang akan menolak madu (Ams 27:7)! Kamu patut mendapatkan madu hari ini daripada almari atau kedai untuk merasakannya sementara memahami amsal ini. Tanyakan dirimu sendiri jikalau ucapanmu membawa kenikmatan seperti madu kepada lidahmu.
Tahukah anda? Indung madu memiliki empat jenis makanan: madu, debunga lebah, propolis lebah, dan madu ratu lebah. Madu ada sejarah yang panjang akan pemakaiannya untuk mengubati bermacam-macam kesakitan diantara banyak bangsa. Pernahkah kamu pakai lemon atau wiski bersama dengannya untuk mengubati sakit tekak? Pernahkah kamu pakai madu untuk menentang alahan kamu? Dan ada banyak cara lagi pemakaiannya sebagai ubat.
Debunga lebah, iaitu debunga yang dikumpulkan pada kaki lebah, kadang kala dinyatakan sebagai makanan yang paling sempurna. Dengan 96 nutrien, ianya kaya dengan zink, kalsium, magnesium, dan besi. Ia dapat memberi kamu tenaga, memberi kesenangan akan kesihatan, menambahkan kemampuan intelek kamu, dan memenuhi apa-apa kekurangan nutrisi di dalam diet kamu.
Propolis, resin berkelilinan lebah-lebah pakai untuk beberapa tujuan, adalah kaya dengan vitamin B, mineral dan bioflavonoid. Tiada tandingannya sebagai suatu antibiotik. Ia merangsangkan kelenjar timus untuk menghasilkan sel darah putih untuk menentang atau menyingkirkan virus, racun, dan bahan buangan.
Madu lebah ratu, dikeluarkan oleh beberapa lebah pengasuh didalam setiap sarang, adalah satu-satunya makanan eksklusif lebah ratu. Makanan ajaib ini menyebabkannya hidup empat puluh kali ganda lebih panjang daripada lebah pekerja dan menghasilkan telur yang dua kali ganda berat badannya setiap hari, walaupun ia sama genetik dengan lebah pekerja. Ia mengandungi kepekatan asid pantotenik yang tinggi dan juga banyak lagi nutrien-nutrien yang kompleks.
Allah telah menyatakan madu sebagai pembantu kesihatan didalam rujukan ayat-ayat yang dipaparkan diatas. Jadi, kamu patut percaya akan itu (Ams 14:23; 16:24). Tetapi ia adalah kesukaan untuk menyaksikan kajian-kajian dunia yang mengesahkan raja Solomo daripada 3000 tahun dahulu. Beri kemuliaan kepada Allah! Pencipta menyatakan sains yang benar.
Madu adalah berharga. Ia manis kepada lidahmu, menerangkan matamu, mencergaskan tubuhmu, dan ada banyak ciri-ciri nutrisi untuk kesihatan keseluruhan. Perkataanmu haruslah sama. Ia patut membuatkan orang bersukacita dan berasa senang kerana mendengarkan ucapan kamu. Dan ia patut membina orang yang lain didalam cara-cara yang memanfaatkan (Efe 4:29). Pilihlah kata-kata yang baik untuk disampaikan kepada sesuatu orang hari ini.
Ucapanmu harus selalu berbaik budi, dengan hanya secubit garam (Kol 4:6; Peng 10:12). Ucapan sebegitu memenuhi amsal ini. Ibu yang berhikmah berkata kepada anak-anaknya, Jika kamu tidak dapat menyebut sesuatu yang baik, jadi, jangan sebut sama sekali. Orang tua suka mendengar kata-kata yang betul (Ams 23:16; 15:26). Sengat kamu harus dipakai sebagai usaha terakhir, sama seperti lebah madu.
Tetapi adakah ucapan manis itu kelelakian? Sesungguhnya, Ya! Allah menciptakan lelaki dan mengilhamkan amsal ini, dan Solomo anak Daud, menuliskannya. Adakah dua lelaki ini kepondanan? Daud dengan berani membunuh Goliat dan memenangi hati Yonatan dengan bicaranya yang manis, semuanya didalam sehari (Ams 22:11; 1Sam 18:1)!
Tuhan Yesus Kristus boleh memotong dan membingungkan orang Farisi apabila perlu, tetapi murid-muridNya mengenal bicaraNya yang baik dan sihat (Maz 45:2; Yes 50:4). Kata-kataNya yang indah di Nazaret membuat semua orang berasa hairan (Luk 4:22). Dan hati dua orang muridnya mengobar-ngobar dengan sukacita daripada kata-kataNya yang berharga dalam perjalanan mereka ke Emaus.
Perkataan kasar pada waktu yang tidak perlu bukanlah suatu tanda kelelakian atau daripada Roh Allah; ia adalah penipuan Iblis kepada orang yang hatinya tidak betul. Ia mengalir daripada hati yang dikeraskan oleh kebencian atau keangkuhan, sebab daripada kelimpahan hatinya, mulutnya berbicara (Mat 12:34). Daud menegur anak buah lelakinya kerana terlalu keras (2Sam 3:39), dan Yesus melakukan yang sama kepada Yakobus dan Yohanes (Luk 9:55). Kedua-dua pihak ini tidak mempunyai semangat ataupun lidah Tuhan Yesus Kristus pada waktu itu.
Suatu lidah yang pahit dan pedas ialah api daripada neraka; ianya dunia dosa; ianya kejahatan yang tidak terkawal, penuh dengan racun yang membawa maut (Yak 3:2-12). Tidak ada manusia yang boleh menjinakkannya dengan usaha sendiri. Namun, kamu harus berusaha sedaya upaya untuk memotongnya keluar daripada mulutmu dan daripada mulut anak-anakmu, melalui rahmat Allah.
Lelaki seperti Yohanes (Pembaptis) dan Elia ada misi yang istimewa, dan kamu tidak dapat tahu bahawa mereka adalah keras didalam hidup peribadi mereka. Mereka besar kemungkinan tidak. Mereka bukanlah teladan untuk bicara-bicara biasa. Kamu seharusnya memilih hukum kelemah-lembutan untuk memerintah pilihan perkataanmu (Ams 31:26).
Siapa yang boleh menyangkal bahawa kata-kata Allah adalah manis? Kan ianya lebih manis daripada madu (Maz 19:10; 119:103)? Tidakkah ia membawa sukacita dan keriangan didalam hatimu (Yer 15:16)? Ianya sebegitu manis sehingga mereka yang membicarakannya dikatakan sebagai memiliki kaki yang indah (Rom 10:15). Bolehkah kamu mengingati kemanisan didalam jiwamu apabila memahami injil yang benar?
Ada kuasa yang besar didalam lidah, para pembaca (Ams 18:21). Cara bagaimana kamu nak memakainya pada hari ini? Kamu akan memakan hasil buahnya dengan cara kamu memakainya – hidup atau maut. Setiap manusia akan menanggung bebannya sendiri.