16:27
Orang yang tidak salih mengorek keluar kejahatan: dan di dalam bibirnya ada seumpama api yang membakar.
Banyak orang suka mencari kesalahan atau kegagalan orang lain. Kemudian mereka mengongsikan gosip itu dengan orang lain. Tetapi Allah dan Salomo telah mengisyitharkan orang demikian sebagai tidak salih. Adakah kamu salah seorang itu?
Jika matlamatmu adalah untuk menjadi terhormat dan mulia, maka bencilah fikiran untuk mencari kesilapan di dalam kehidupan mana-mana orang lain, dan juga bencilah kemahuan alamiah untuk menyebarkan rahsia yang telah ditemui. Orang-orang yang cabul adalah jauh daripada hikmah dan kejayaan. Allah dan orang baik membenci para pembawa mulut ini.
Orang durjana suka dosa-dosa orang lain. Mereka mencari-carinya; mereka mendengar untuknya; mereka menggali untuknya. Mereka tertarik kepadanya seperti ikan jerung atau dubuk tertarik kepada darah. Mereka bersukacita ketika ada orang yang jatuh. Mereka memburu untuk dosa; mereka memasang telinga mencuri dengar perbualan; mereka mengintip-ngintip. Mereka mengungkit kembali dosa-dosa yang purba. Mereka menyebarkan kegagalan dengan mengumpat, membawa mulut, dan membisik.
Zaman kini punya pelaporan jenis siasatan memburu dosa-dosa banyak orang, terutamanya pihak berkuasa. Mereka menggali kejahatan, menyuap bagi pengkhianatan, dan mengugut para saksi. Mereka menukar-nukar fakta, memutar-mutar niat orang,menghendap mangsa, dan mengganjari para pembawa mulut. Mereka merogol reputasi dan berebut untuk menerbit dusta. Mengapa? Untuk memuaskan selera generasi pacat yang menganggap diri sendiri benar! Mereka telah memilih bidang mereka untuk mencari wang – menerbitkan kesalahan-kesalahan orang yang terkenal untuk para pembaca yang bernafsu.
Banyak penerbit pada zaman kini menyebarkan sebanyak sampah yang mungkin dicari tentang orang lain, baik secara gambar mahupun secara lisan. Fikir paparazzi. Fikir England. Fikir Princess Diana. Apa pun kesalahan, kegagalan, atau dosa yang Diana ada atau pernah ada terhadap mana-mana orang atau adalah di antara Allah dan dirinya dan keluarganya. Ia bukan hal kamu atau hal mana-mana orang lain. Tetapi orang durjana selalu mengorek, mencari-cari apa pun kenajisan yang dapat dihebohkan dan disebarkan untuk mendapat ganjaran wang. Para pelacur media-media massa ini harus memualkan dirimu.
Tetapi bagaimana pula dengan Amerika? Apa gunanya kita tahu bahawa Thomas Jefferson ada perempuan simpanan hamba abdi, meskipun besar kemungkinan dia tidak ada? Jika dia ada pun, itu pasal Allah dengan Thomas Jefferson. Bagaimanakah hal itu memberi kesan kepada pendapat Jefferson yang terpelajar akan bank-bank negara? Bagaimana pula kalau Bill Clinton merokok marijuana di Universiti Oxford? Bagaimana pula kalau Nancy Reagan sekali sekala mencari ahli-ahli nujum? Bagaimana pula kalau George W. Bush minum sampai mabuk sama ada pada waktu dia belajar di Yale ataupun selepas itu? Senarai ini boleh digandakan dengan tidak terhingga.
Proses pemeriksaan dan penapisan ahli-ahli politik, jika ia dihadkan kepada perangai di jawatan awamnya, mungkin ada manfaatnya untuk menilai calon dan mengagak pencapaian masa depannya. Tetapi apa yang dilakukan calon itu di sekolah menengah atau waktu pembelajarannya di kolej adalah sungguh tidak relevan, terutamanya dengan dekad-dekad perangai yang matang selepas tahun-tahun kemudaannya itu ketika kebebalan tertambat di dalam hati (Ams 22:15). Apakah yang dapat dikorek daripada sejarah masa mudamu untuk diterbitkan untuk merosakkan kewibawaanmu?
Ada api yang membakar di dalam bibir para si bedebah yang tidak salih ini: mereka harus menyebarkan dosa-dosa yang ditemui mereka (Maz 39:1-3). Keinginan untuk mengumpat, membawa mulut, membisik, dan memfitnah terlalu menambat hati mereka. Mereka suka mendedahkan kegagalan orang lain. Mereka tidak ada hati nurani. Mereka suka membinasakan damai sejahtera dan reputasi. Mereka binatang-binatang yang buas dengan hati yang tidak sihat. Kegelapan jiwa-jiwa mereka hanya dapat dibandingkan dengan kegelapan kekekalan akhirat mereka (2Pet 2:17; Yud 1:13; Wah 21:8,27).
Sikap iri hati, menganggap diri sendiri benar, dan kekejaman mengawal orang-orang itu. Mereka hidup dalam keadaan selalu beriri hati, sebab mereka dengki akan keunggulan orang lain. Mereka pengalah, dan mereka hanya boleh memperbenarkan kewujudan mereka dengan membinasakan reputasi orang lain. Mereka memikir diri mereka benar, ketika mereka dapat mendedahkan dosa-dosa rahsia orang lain, walaupun hati mereka lebih durjana daripada mana-mana mangsa mereka. Mereka kejam tanpa apa pun pertimbangan untuk kepedihan dan kerosakan yang disebabkan mereka.
Salomo kerap kali memberi amaran akan para pemborak durjana (Ams 6:12-19; 12:18; 16:28; 17:9; 18:8; 26:20-22). Para pengarang Alkitab yang lain juga memberi amaran itu (Maz 52:2-4; 57:4; Rom 1:29-30; 2Kor 12:20; 1Tim 6:3-5). Maklumlah ulangan dan penekanan oleh Allah bermaksud bahawa itulah dosa yang kebiasaan dan yang serius. Yesaya membidas oran gyang menjadikan seseorang bersalah kerana satu perkataan atau untuk kesilapan kecil (Yes 29:20-21). Yakobus memanggil lidah sebagai dunia kedurjanaan dinyalakan dengan api neraka (Yak 3:6). Adakah kamu salah seorang sedemikian?
Para orang cabul itu melihat perzinaan Daud lalu mengetepikan 60 tahun kepintaran hikmahnya, akhlak mulianya, dan keghairahan besar bagi Allah. Orang Kristian telah mengasihi Daud untuk 3000 tahun meskipun dia berdosa, kerana dosa-dosa itu ialah kekecualian. Yesus juga dinamakan menurut nama Daud.
Binatang-binatang buas ini melihat penyangkalan Petrus akan Yesus pada saat keperluan dan tidak mempedulikan pengampunan Yesus kepada Petrus dan kemudian kenaikan pangkatnya oleh Yesus di kalangan para rasul (Luk 22:32; Yoh 21:15-19; Kis 1:15-26). Berapakah rasul yang ada dua kitab Alkitab yang dinamakan menurut nama mereka?
Dua pelajaran yang dapat diperoleh daripada amsal ini. Pertama, kamu harus dengan sungguh teliti mengelakmengongsikan maklumat negatif tentang orang lain kecuali ia sama sekali perlu, seperti di dalam kes mahkamah di mana kamu bersumpah untuk mendedahkan para penguasa punya tindakan. Apa pun perkongsian yang melebihi itu haruslah diselidiki dengan teliti bagi niat dan kesan-kesannya, supaya kamu tidak akan menjadi bersalah untuk merosakkan reputasi orang lain atau menyelar hati nuranimu.
Kedua, jika kamu memerhati atau mendengar orang sedang menyebar kesalahan tentang orang lain, kamu telah menemui orang yang tidak salih. Tutuplah mulutnya dengan kemarahan yang benar, seperti yang diajar Salomo kepadamu (Ams 25:23). Tolaklah dia daripada menjadi temanmu, seperti yang akan dilakukan Daud (Maz 101:1-8). Allah membenci para bajingan ini, dan kamu patut juga sama (Ams 6:12-19; Maz 15:1-5; 139:19-22). Pastikan dirimu cuba dengan tekun untuk melindungi reputasi-reputasi dan jiwa-jiwa orang lain selalu.
Bagaimana pula, jika daripada menggali kejahatan tentang orang lain, kebanyakan orang mencari perangai baik orang lain, dan menyebarkan itu lagi! Betapa berbezanya suasana dunia ini! Reputasi akan dilindungi, dan kehormatan dan kemuliaan akan bertumbuh dari setiap pepenjuru. Daripada dosa dengan bersahaja digalakkan oleh kepopularannya di kalangan orang yang kaya dan yang terkenal, sebaliknya kehormatan dan kemuliaan akan bertambah kerana pendengaran dan pembacaan yang biasa akan perbuatan baik manusia yang disebarkan.