17:13
Barang siapa yang membalas kebaikan dengan kejahatan, kejahatan tidak akan meninggalkan rumahnya.
Ia berdosa untuk membalas kejahatan dengan kejahatan, sebab pembalasan ialah hak Allah (Rom 12:17; 1Tes 5:15; 1Pet 3:9). Tetapi ia lebih teruk untuk membalas kebaikan dengan kejahatan, sebab itu menunjukkan suatu hati yang kebinatangan dan yang keiblisan. Kesan-kesan perangai keji sedemikian sudah pasti – Allah akan menghakimimu dengan keras-keras bersertakan masalah yang tidak terputus-putus. Ia tugasmu dan keistimewaanmu untuk membalas kebaikan dengan kebaikan.
Ada dua pelajaran di sini. Pertama, kamu harus dengan serius pertimbangkan semua orang yang telah melayanimu dengan baik di dalam kehidupanmu. Sudahkah kamu menghormati mereka? Sudahkah kamu dengan baik hati mengganjari kebaikan mereka? Kedua, patutkah kamu mempertimbangkan orang yang sudah memandang hina kebaikanmu. Jangan sesekali mempertimbangkan balas dendam persendirian. Allah akan mengirik mereka bagimu, dan Tuhan mengirik dengan paling baik.
Nuh, seorang ayah yang salih, menyelamatkan anak lelakinya, Ham dan isteri Ham daripada Banjir kerana Nuh punya kewajaran peribadi (Kej 6:8-10; 7:1). Tetapi ketika Ham berdosa terhadap ayahnya, seluruh keturunan Ham dikutuk untuk selamanya (Kej 9:18-27). Berhati-hati hai pembaca, Tuhan akan mengirik orang demikian.
Daud membunuh Goliat kerana Saul yang ketakutan telah melayani Daud dengan baik (1Sam 17:50-53; 18:5). Tetapi Saul menjadi cemburu terhadap lelaki salih ini dan cuba membunuhnya, jadi Allah membinasakan keluarga Saul dan memberi kuasa pemerintahan itu kepada suku kaum Yehuda (1Sam 19:1; 25:28-31; 2Sam 6:21). Kebanyakan takhtanya dibinasakan oleh iri hati yang menghanguskan jiwanya dan meninggalkannya tidak berharapan pada akhirnya.
Daud dengan baik hati melindungi kawanan domba dan para gembala Nabal (1Sam 25:4-17). Tetapi Nabal menolak suatu permintaan yang mulia daripada Daud, Allah membiarkan dia menderita untuk sepuluh hari sebelum membunuhnya dan menyerahkan balunya yang cantik kepada Daud (1Sam 25:36-42). Pertimbangkanlah para dermawan dalam hidupmu!
Tuhan Yesus berkawan dan menghormati Yudas Iskariot sebagai salah seorang dua belas rasulNya. Tetapi Yudas memilih untuk mengkhianati Yesus untuk beberapa keping wang perak, jadi Allah Yang Berbahagia dan Yang Kudus mencurahkan isi perutnya dan darahnya ke atas ladang tukang periuk (Kis 1:18-19; Maz 109:1-20). Kedua-dua Daud dan Yesus menemui banyak pengkhianat demikian di dalam kehidupan mereka (Maz 35:12; 38:20; 55:12-15).
Yesus Kristus ialah Mesias Israel. Dia mengkhutbahkan kebenaran dan menyembuh semua orang yang datang kepadaNya untuk tiga tahun. Tetapi orang Yahudi dengan durjana menyalibkanNya, jadi Allah membawa askar-askar Rom kepadaNya pada tahun 70 Masihi untuk membinasakan negara mereka (Mat 21:44; 22:7; Luk 19:42-44). Tuhan mengirik dengan paling baik.
Adakah amaran ini terlalu kasar? Kamu tidak mempertimbangkan jenayah ini dengan baik-baik. Membalas kebaikan dengan kejahatan sangat cabul dan mementingkan diri sendiri; ia kebinatangan dan keji; ia mendedahkan hati yang pekat kehitaman yang tidak menghargai jasa; ia layak untuk penghakiman yang keras sekali. Pertimbangkan doa keras Yeremia untuk pembalasan Allah ke atas orang Yahudi yang menganiaya dia kerana mengkhutbahkan kebenaran (Yer 18:18-23).
Yesus memberitahu para rasulNya untuk menghakimi setiap rumah tangga dan kota yang dimasuki mereka. Jika kota mengabaikan injil mereka, mereka harus mengebas debunya daripada kaki mereka terhadap kota itu. Pada Hari Penghakiman, Yesus telah berjanji untuk lebih berbelas kasihan kepada Sodom dan Gomora (Mat 10:12-15).
Hai pembaca, sekarang giliranmu! Adakah kamu membalas kebaikan dengan kejahatan kepada orang yang telah melayanimu dengan baik dan dengan elok? Setiap kali seseorang berbuat sesuatu yang baik bagimu, ada hutang budi yang harus dibalas dengan kebaikan. Adakah kamu menjelaskan hutang baik budi dan kemurahan? Jangan sesekali menjadi marah terhadap Saul, Nabal, Yudas, dan orang Yahudi. Cuba semak dan selidiki diri sendiri!
Sudahkah kamu membalas budi ibubapamu bagi kasih, masa, usaha, dan perbelanjaan yang telah dilaburkan mereka kepadamu, ketika kamu masih menangis untuk makanan, mengotorkan dirimu dengan tinja, dan kemudian memberi mereka mimpi ngeri keremajaan? Bilakah kali terakhir kamu membawa mereka keluar untuk makan? Menulis sekeping surat untuk berterima kasih kepada mereka kerana menjadi ibubapa yang hebat? Memberi kepada mereka sebuah hadiah? Membelanja mereka dengan apa jua cara?
Sudahkah kamu menandingi pasanganmu dalam kasih sayang dan penemanan? Sudahkah kamu menghormati majikanmu kerana telah menggajimu? Sudahkah kamu memberi pampasan kepada pastormu kerana mengajarmu kebenaran? Adakah kamu memuji polis kerana melindungimu pada waktu malam? Sudahkah kamu mengganjari jiran-jiranmu kerana menjadikan kehidupanmu lebih senang? Adakah kamu berterima kasih kepada anak-anakmu kerana memakai masa untuk melawatmu?
Hai remaja! Salah satu penjenayah yang paling keji di dunia ialah anak yang tidak hormat dan yang memberontak terhadap ibubapanya. Setelah segala kebaikan yang dilakukan mereka bagimu, bagaimana mungkin kamu berbuat salah terhadap mereka dengan cara yang paling kecil pun? Kamu patut menghormati mereka seperti seorang raja dan permaisuri. Kamu layak mati suatu kematian yang paling menyakitkan (Kel 21:15,17; Ima 20:9; Ula 21:18-21; 27:16; Ams 20:20; 30:17).
Amsal ini boleh dipakai dengan lebih lanjut. Orang yang paling baik, iaitu Kristian sejati, benar-benar membalas kejahatan dengan kebaikan (Rom 12:17-21). Mereka mengasihi musuh-musuh mereka; mereka memberkati orang yang mengutuki mereka; mereka berbuat baik kepada orang yang membenci mereka; dan mereka berdoa bagi orang yang memakai mereka dengan niat jahat dan yang menganiaya mereka (Mat 5:43-48). Perangai ini membuktikan bahawa mereka merupakan anak-anak Allah.
Allah Yang Berbahagia menunjukkan kebaikan yang paling besar di alam semesta dengan menyerahkan AnakNya yang tunggal untuk menyelamatkan orang pilihanNya. Apakah keadaan mereka? Mereka merupakan musuh-musuhNya yang jahat (Rom 5:8-10). Dia membalas kejahatan dengan kebaikan bagi pujian kemuliaan rahmat Allah (Efe 1:3-12). Jika kamu ingin memiliki perangai yang seperti Anak Allah, biar dirimu membalas kejahatan dengan kebaikan (Rom 12:21).