Amsal · Proverbs

17:14
Permulaan persengketaan seumpama ketika orang membuka aliran air: maka tinggalkan perbalahan, sebelum ia diusik.

Dua orang diperlukan untuk bertengkar. Kamu boleh mengelak atau menamatkan pertengkaran dengan membiarkan perselisihan itu berlalu sahaja. Tetapi jika kedua-dua meneruskan perbalahan itu, ia dengan cepat akan menjadi lebih teruk. Orang berhikmah akan cuba dengan keras sekali untuk mengadakan damai, sebab Allah damai sejahtera memanggil anak-anakNya untuk berdamai kecuali ia merupakan hal yang Allah nyatakan sebagai perjuangan benar.

Orang yang hebat berdamai. Orang yang hebat tidak kebudakan nak bertengkar dalam hal-hal yang remeh. Hanya orang lemah yang tidak dapat menguasai roh mereka dan menyerahkan diri kepada keangkuhan untuk memberi balasan kepada provokasi. Adakah kamu hebat atau lemah? Mungkinkah adanya apa pun perselisihan dalam kehidupanmu yang harus ditamatkan sebelum matahari terbenam?

Jika suatu celah dibuat pada empangan tanah liat, air yang mengalir tidak tinggal aliran yang kecil, tetapi ia dengan cepat menghakis bibir celah itu dan akhirnya terlepas dengan air banjir yang besar. Demikian juga, suatu perbalahan akan lekas bertambah hangat, jika ia tidak dihentikan pada permulaannya.

Orang berhikmah akan menarik diri ketika nampak tanda mulanya perbalahan. Jika kamu tinggal dan saling menunjuk-nunjuk air muka, perkataan, atau serangan, maka perbalahan kecil boleh cepat-cepat bertambah hangat sehingga menjadi pergaduhan atau peperangan. Suatu jawapan menempelak diikuti dengan balasan tuntutan yang marah, yang menerima pula pembantahan yang berbaur kehinaan, yang kemudian membawa kepada tohmahan-tohmahan yang melulu. Tidak lama kemudian dua pihak itu dengan bebal melantuni sesama diri dengan kata-kata kesat atau dengan pukulan.

Perbalahan demikian tidak berhikmah dan bukan Kristian! Ia mudah untuk mengesan atau melihat permulaan persengketaan, tetapi siapakah yang dapat menghitung kerugian pada akhirnya, terutamanya ketika emosi menguasai mindanya? Seorang yang berhikmah mengelak kesan-kesan pedih perbalahan yang tidak perlu dengan mengundur diri dengan rendah hati. Sedikit kepedihan pada ego sendiri bukan hal besar baginya.

Perbalahan atau pergaduhan yang dielak orang berhikmah ialah hal-hal yang remeh, iaitu hal-hal peribadi yang boleh dengan mudah dikorbankan. Orang berhikmah tidak undur atau mengelak persengketaan bagi keadilan atau bagi kebenaran atau bagi orang-orang yang tertindas, walaupun mereka memang selalu mengikuti peraturan hikmah dalam apa pun perbalahan. Orang berhikmah tahu perbezaan di antara apa yang harus diperjuangkan dan apa yang harus ditinggalkan sahaja.

Pada zaman Salomo, air ditakung dan disalurkan dengan memakai benteng, daik, empangan, longkang dan akueduk (2Taw 32:1-4,30; Yes 22:9-11). Kebanyakan kawasan Israel adalah kering. Sementara merupakan masyarakat petani, mereka bergantung kepada air. Pada zaman itu, semua orang tahu bahawa sedikit celah di empangan sahaja boleh dengan mudah membuka luas aliran air itu, yang akan lekas menjadi banjir, yang sungguh sukar dikurangkan atau diberhentikan. Sebuah empangan lebih mudah diselenggarakan daripada dibaiki. Untuk mengekalkannya dalam keadaan baik, celah yang sedikit pun harus dielakkan.

Persengketaan dan perbalahan bertumbuh sedemikian juga – dengan lekas dan dengan ganas – menjadi pertempuran besar. Sebaik sahaja kamu mengesan kemarahan timbul atau perselisihan bermula, jauhilah diri dan elakkanlah orang dan hal itu. Seperti sesetengah orang berkata, “Biar sahaja”. Jangan izin pergaduhan bermula pun. Jangan berjawab dengan, “kata-kata melawan”, dengan kata-kata lain yang keras (Ams 15:1). Jangan berjawab kepada persengketaan, kecuali kamu memakai jawapan yang lembut dan kata-kata yang ingin berdamai untuk meredakan pihak yang menentang dan mengakhiri perbalahan itu.

Pertimbangkan perumpamaan Agur yang serupa dengan amsal ini, “Sudah pastilah pengadukan susu menghasilkan mentega, dan pemerahan hidung menghasilkan darah: demikian penekanan murka menghasilkan persengketaan. Pengadukan susu menghasilkan mentega; memerah hidung menghasilkan darah hidung; menekan kemarahan ketika dihadapi percanggahan menghasilkan persengketaan. Berapa banyak kali haruskah Allah mengulangi amaran bahawa mengusik perbalahan menyebabkan peperangan? Belajarlah pelajaran ini.

Jika pasangan-pasangan belajar peraturan ini, lesaplah pertengkaran suami isteri. Jika ahli-ahli gereja belajar peraturan ini, perpecahan jemaah akan berakhir. Jika adik beradik belajar ini, kamu mungkin dapat melihat apakah maksud “kasih persaudaraan” dan “kebaikan persaudaraan”. Damai sejahtera dapat bertakhta dengan hanya sedikit pertimbangan berhikmah akan air yang mengalir keluar dari empangan tanah liat. Setiap orang harus mengelak persengketaan untuk menjadi seorang pendamai, yang disanjungi Alkitab (Mat 5:9).

Orang berhikmah, yang terhormat dan yang mulia, menangguh kemarahan dan melangkaui pelanggaran (Ams 19:11; 20:3; Pkh 10:4), tetapi si bebal akan kekal masuk campur (Ams 20:3; 18:6). Orang benar tahu bahawa keangkuhan itulah yang mengekalkan perbalahan (Ams 13:10; 21:24; 28:25); mereka tahu kehematan dan pemahaman tidak akan membiarkan kemarahan cepat bertindak (Ams 14:29; 16:32; 25:8; Pkh 7:8-9).

Orang yang suka berbalah, baik lelaki mahupun perempuan, iaitu orang yang suka bertengkar, bergaduh, atau menyimpan dendam, seumpama menambahkan minyak petrol kepada api (Ams 15:18; 26:21; 29:22), maka para pencemuh haruslah dibuang keluar untuk menikmati damai sejahtera tanpa mereka (Ams 22:10; Kej 21:9-10). Tetapi orang yang menyukai damai akan memakai jawapan yang lembut dan yang memalingkan murka (Ams 15:1; 25:15). Belas ihsan Kristian tidak akan diprovokasi (1Kor 13:4-7).

Daud berkata, “Mereka yang juga ingin nyawaku memasang jerat bagiku: dan mereka yang mengikhtiarkan celakaku mengucapkan hal-hal yang nakal, dan membayangkan tipu daya sepanjang hari. Tetapi aku, seperti orang yang pekak, tidak mendengarnya; dan aku adalah seperti orang bisu yang tidak membuka mulutnya.Demikianlah aku seperti orang yang tidak mendengar, dan di dalam mulutnya tiada pencelaan” (Maz 38:12-14). Sempurna, hikmah yang kudus!

Abraham dengan murah hati menyelesaikan perselisihan hal hartanah dengan Lot dengan mengizinkannya memilih, meskipun Abraham sebagai ketua, pakcik, dan sahabat Allah haruslah yang pertama memilih (Kej 13:8-9). Dan Gideon menyelesaikan suatu lagi kesulitan sukar dengan meleraikan kemarahan orang Efraim (Hak 8:1-3). Tetapi Yefta yang kekurangan hikmah itu telah mengorbankan banyak nyawa (Hak 12:1-6).

Di Wasiat Baru, dua perselisihan dileraikan dengan damai dengan melantik diaken dan mengadakan majlis pertimbangan di Yerusalem (Kis 6:1-7; 15:1-31). Tetapi Paulus dan Barnabas berpisah kerana mereka tidak dapat menyelesaikan percanggahan mereka (Kis 15:36-41). Saudara seiman yang lemah dibenarkan di gereja, tetapi mereka tidak dibenarkan berbahas dengan pendapat peribadi mereka lalu menyebabkan persengketaan, sebab damai sejahtera gereja jauh lebih penting (Rom 14:1,17).

Yesus telah mengajarmu untuk memberi sebelah pipi yang lain kalau dipukul, dan ini menggenapi dan meluaskan lagi hikmah amsal ini (Mat 5:38-42). Dia tidak bermaksud bahawa seorang Kristian tidak harus mempertahankan keluarganya atau rumahnya, malah dengan pertahanan yang mungkin mematikan. Dia bermaksud bahawa hal-hal kecil seperti ditampar di sebelah pipi memberimu peluang istimewa untuk menamatkan pergaduhan dengan menawarkan pipi sebelah!

Paulus telah memakai pelajaran Tuhan tersebut dengan mengajarmu untuk hidup berdamai dengan semua orang (Rom 12:18-21; 1Tes 5:14-15). Para hamba Allah juga diberitahu untuk menolak soalan-soalan yang bebal dan yang tidak terpelajar supaya mengelak persengketaan yang ditimbulkannya (1Tim 1:4; 6:3-5; 2Tim 2:14-16,23; Tit 3:9), sebab iri hati dan perbalahan yang berkaitan dengannya langsung tidak harus berada di kehidupan Kristian (Yak 3:14-18).

Dalam hal-hal yang kecil yang menyebabkan pergaduhan, ia lebih baik untuk menderita dirugikan daripada untuk menekankan pendapatmu, menimbulkan pergaduhan, dan sebenarnya tidak menang pada akhirnya pun. Paulus mengajar orang Korintus, yang ada kecenderungan berbalah, untuk menamatkan hal kecil dengan cara tersebut – untuk membiarkan dirimu dirugikan (1Kor 6:7-8). Salomo, Yesus, dan Paulus semua bersetuju!

Untuk menyenangkan Allah dan mentaati amsal Salomo dan mengikuti teladan dan ajaran Yesus Kristus, kamu harus mengelak perbalahan yang bebal atau yang peribadi ketika kamu mengesan ia sedang timbul. Kekuatan dan hikmah yang diperlukan untuk meninggalkan suatu perbalahan adalah jauh lebih serupa dengan Kristus dan dengan kesalihan berbanding dengan menekan isu itu untuk menyemarakkan api kemarahan sampai ia menjadi dosa. Ia lebih baik untuk tercekik sedikit ketika menelan keangkuhanmu untuk menamatkanperbalahan daripada untuk tercekik meminta maaf selepas menyebabkan banyak kepedihan.

Inilah hikmah terutamanya ketika seseorang yang berada dalam kekuasaan atas dirimu tersinggung dengan dirimu. Daripada melawan balik untuk mempertahankan dirimu, akuilah kesalahanmu atau kedudukanmu yang lebih rendah dan akhirinya dengan menunduk (Ams 16:14; 25:15; Pkh 10:4). Ada hikmah besar dalam pembelajaran untuk melakukan ini, tetapi ia memerlukan hikmah yang rendah hati. Biar nasihat Allah melalui Salomo memberimu damai sejahtera.

Tamatkanlah perbalahan pada hari ini dengan mengundur dan berpaling seperti Kristian benar dan orang berhikmah. Atau lebih baik, berilah pemberian kepada pihak yang tersinggung supaya berdamai dengan mereka (Ams 21:14; 17:8; 18:16; Mat 5:23-26). Inilah agama Kristian sejati dan hikmah sejati, dan Allah akan memberkati para pendamai sedemikian (Maz 34:12-16; Mat 5:9; Yak 3:17-18). Allah memberkatimu.