17:27
Dia yang berpengetahuan sayang memakai kata-katanya: dan orang yang ada pemahaman ada roh yang cemerlang.
Bagaimanakah kamu dapat menemui orang bebal? Dengar! Jika kamu mendengar seseorang bercakap dengan lantang, dengan cepat, dengan kritikal, atau dengan banyak, maka kamu telah menemui orang bebal. Orang yang berpengetahuan memakai kurang perkataan dan hanya bercakap ketika perlu. Orang yang ada pemahaman adalah tenang, berhati-hati, berbudi baik, dan membantu. Jika kamu orang bebal, berhentilah bercakap – kamu mungkin mampu memperdayakan orang lain untuk menghargaimu (Ams 17:28)!
Dapatkah seseorang yang buta cam dirimu di kalangan ramai orang? Biasanya dirimu yang bercakap kah? Adakah kamu lebih berminat menceritakan tentang dirimu daripada bertanya tentang orang lain? Adakah kamu lebih berminat untuk memenangi perbincangan daripada mendengar pendapat orang lain? Adakah suaramu lantang, nada suara yang angkuh dan yang tajam, atau komen-komenmu kritikal dan negatif? Kamu orang bebal!
Kamu pernah menemui lelaki dan perempuan yang ada roh yang cemerlang. Mereka sungguh jarang di dunia, tetapi kamu telah menemui sesetengah orang. Kamu sangat senang bersama mereka, rasa terhormat ketika berada di hadirat mereka, rasa selamat akan keadaan dirimu, dan terpesona dengan kelemah-lembutan dan kemurahan mereka. Kamu suka berada di keliling mereka, dan kamu harap kamu dapat menjadi seperti mereka. Apakah ciri mereka yang paling nyata?
Percakapan yang berbudi baik! Fikir tentang itu! Ia sebegitu mudah! Para raja pun suka orang yang berucap dengan berbudi baik (Ams 22:11). Orang berhikmah memakai kata-kata yang berbudi baik (Pkh 10:12). Para perempuan yang berbudi baik selalunya dihormati (Ams 11:16). Tuhan yang sempurna menakjubkan orang dengan kata-kataNya yang berbudi baik (Maz 45:2; Luk 4:22). Dan Paulus mengajarnya sebagai asas ucapan yang boleh diperkanan semua orang (Kol 4:6).
Perbezaan di antara kejayaanmu atau kegagalanmu di hadapan Allah dan manusia bergantung kepada berapa elok kamu memakai pelajaran ini dalam ucapanmu, emelmu, mesej teksmu, dan ciapanmu. Jika kamu kerap kali mengeluarkan kata-kata, banyak kali ketika tidak seorang pun memohon untuknya, mengapa kamu berbuat demikian? Kamu merupakan kekacauan dan gangguan. Bacalah amsal ini sekali lagi. Tunggu sehingga adanya orang bertanya untuk input daripadamu. Jadilah dewasa.
Tetapi orang bebal jelek! Ia tidak salah untuk memandang hina kepada mereka. Mereka selalu bercakap (Pkh 5:3). Mereka ada suatu pendapat, suatu tempelak, suatu akal, atau suatu cadangan. Api membakar di mulut mereka. Mereka memuaskannya dengan membebel. Percakapan mereka adalah kegilaan yang nakal (Ams 13:16; Pkh 10:12-14). Mereka bercakap tanpa memikir (Ams 15:28). Mereka sebegitu jelek sehingga kamu mahu memukul mereka (Ams 18:6-7)!
Adakah kamu mengingini roh yang cemerlang, untuk memenangi sukacita dan keredaan dengan Allah dan manusia? Berhentilah bercakap (Ams 17:28; 10:19)! Dengar dengan ralit dan leka kepada orang lain (Ams 18:13; 29:11; Yak 1:19). Belajar sebelum berjawab (Ams 15:28). Belajar sesuatu yang bernilai untuk dikongsikan (Ams 15:2; 16:23). Jadilah perlahan untuk bercakap (Ams 29:20; Yak 1:19). Bencilah pendapat-pendapatmu dan fikiran-fikiranmu (Ams 26:12). Akuilah kejahilanmu (Ams 30:2-3). Sukatlah dirimu dengan tegas oleh bilangan orang mulia yang mendambakan hadiratmu (Ams 10:21; 18:24; 22:1). Peraturan-peraturan mungkin nampak sukar, tetapi ia benar dan berhikmah.
Akankah kamu belajar lebih tentang ucapan? Kata-kata lidahmu menyatakan hatimu (Mat 12:35). Kata-kata yang kritikal, kasar, atau negatif menyatakan hati yang kejam. Kata-kata yang murah hati bermula dengan hati yang suci (Ams 22:11). Jika kamu tidak dapat menyatakan sesuatu yang baik, dan berhikmah, maka janganlah bercakap, sesekalipun (Ams 31:26). Banyak perkataan selalunya melibatkan dosa (Ams 10:19). Berdoa tentang ucapanmu (Ams 19:14). Menguasai ucapanmu bagi pujian Allah dan manusia bermaksud kamu sempurna (Yak 3:2).