Amsal · Proverbs

17:28
Bagi orang bebal pun, ketika dia berdiam, dikira berhikmah: dan dia yang menutupi bibirnya dianggap sebagai seorang yang ada pemahaman.

Tingkatkanlah imejmu dan reputasimu pada hari ini juga. Sesiapa pun boleh melakukannya, bahkan orang bebal pun. Padam setengah kata-kata yang ingin disebut – orang lain akan menganggapmu orang yang berhikmah dan yang berpengetahuan. Betapa hebatnya amsal ini! Di sinilah nasihat yang sungguh mendalam dan tunjuk ajar yang berhikmah untuk dengan cepat memperkasakan pendapat orang tentang terhadap dirimu.

Pertuturan yang melulu, pertuturan yang tidak terpelajar, atau pertuturan yang banyak ialah tanda-tanda orang bebal. Menutupi mulutmu dan mengurangkan kata-katamu akan menyebabkan orang lainmenganggap dirimu sebagai berhikmah dan ada pemahaman, meskipun kamu orang bebal. Allah dan Raja Salomo, yang kedua-duanya benar-benar berhikmah, menjaminkan itu.

Pertuturan menyatakan akhlak (Ams 15:2; 29:11; Pkh 5:3; 10:12-14). Pertuturan yang berhati-hati, yang perlahan-lahan, yang menguntungkan, dan yang wajar merupakan tanda orang yang berhikmah. Kata-kata yang melulu, yang mengikut gerak hati, yang sia-sia, dan yang rewel merupakan tanda orang yang bebal dan yang durjana. Si bebal jarang menyatakan apa yang menguntungkan atau apa yang wajar (Pkh 10:3), tetapi dengan mengurangkan kata-katanya ia menyebabkan orang lain untuk fikir bahawa dia berhati-hati dan perlahan.

Ia berhikmah untuk melihat dan mendengar dengan baik, tetapi kurang berucap. Kamu belajar dengan mendengar, bukan dengan bercakap. Kamu tidak patut bercakap sehingga perlu atau sehingga waktu menguntungkan. Orang lain akan menganggap kesenyapanmu sebagai tanda pemerhatian yang teliti dan tanda pertimbangan yang mendalam untuk mencari fikiran dan kata-kata yang wajar sebelum berucap. Pernahkah reputasi yang berhikmah sebegitu murah? Tidak pernah demikian!

Lidah berbahaya dan dengan mudah menyakiti orang lain (Ams 10:19; 18:21; Yak 3:2-12), maka orang berhikmah mengehadkan kata-kata untuk mengelak dosa (Ams 17:27; Ayb 13:5), dan mereka belajar sebelum berucap (Ams 15:28). Ia lebih baik untuk tangkas mendengar daripada tangkas berucap (Yak 1:19-20). Allah telah memberimu dua telinga tetapi hanya satu mulut. Padam setengah kata-kata yang ingin disebut dan barulah itu menjadi sepadan dengan tubuhmu.

Ah, tetapi api untuk bertutur berkobar-kobar dalam sesetengah orang (Maz 39:1-3). Mereka tidak dapat memadamkan api ini; mereka tidak dapat mengurangkan apinya; mereka tidak dapat menguasai gerak hatinya; mereka harus berucap, sekarang juga! Betapa terkutuknya untuk memiliki mulut yang tidak terkawal lalu menyatakan kepada setiap orang di keliling yang cukup dekat jarak pendengarannya bahawa kamu orang bebal. Tutupilah mulutmu, dan meskipun kamu benar-benar orang bebal, tidak seorang pun yang akan tahu itu.

Amsal ini tidak boleh dipakai bagi semua orang, sementara ada yang tidak cukup bertutur. Orang berhikmah belajar keseimbangan bertutur – tidak terlalu banyak sehingga bebal, dan secukupnya supaya menjadi pokok kehidupan (Ams 10:21; 12:18; 15:4,23). Pemakaian yang berhati-hati sedemikian bagi pernyataan-pernyataan Alkitab yang mutlak menghasilkan kebenaran dan hikmah. Jika kamu menekankan peraturan ini terhadap orang senyap yang kurang bercakap, mereka tidak akan menyebut apa-apa pun.

Jika peraturan ini benar bagi lelaki, maka ia lebih benar bagi perempuan, yang ciri hiasannya ialah roh suka menurut dan tenteram (1Pet 3:3-4). Seorang perempuan yang bermulut murai patut memadamkan setengah kata-kata yang ingin disebut untuk memastikan dirinya tidak dibenci seperti perempuan yang jelek dan yang ribut (Ams 9:13; 11:16; 27:15; 30:23). Dengan dua alasan yang berilham ini untuk kurang bercakap, para perempuan akan memadamkan kata-kata mereka sampai tinggal sesuku sahaja.

Presiden Abraham Lincoln, hampir 3000 tahun sesudah Raja Salomo menulis amsal-amsalnya, telah bersetuju dengan peraturan berilham akan hikmah dan kesopanan ini dengan kata-katanya yang terkenal yang memakai sudut pandangan yang berlainan, “Ia lebih elok untuk kekal senyap dan dianggap sebagai orang bebal, daripada berucap lalu melesapkan segala keraguan.” Hai pembaca, ia lebih selamat dan lebih menguntungkan diri untuk berberat mulut. Cubalah itu.

Kalau kamu tiada apa pun yang keperluan, yang menguntungkan, atau yang baik untuk diucap, mengapa nak berucap? Orang lain tidak memerlukan kebisingan untuk menjadi bahagia dan berpuas hati. Kesenyapan ialah keemasan. Mengadakan perbualan untuk mengisi kekosongan ialah perbuatan mengacau ketenteraman dan percakapan yang bebal, dan oleh sebab itu kamu akan dihakimi (Efe 5:3-5). Kamu kemudian menjadi kegenapan kiasan bunyi rapuh duri-duri di bawah periuk yang Salomo sungguh benci (Pkh 7:4-6).

Betapa hebatnya amsal ini! Betapa praktikal nasihat daripada Allah dan Salomo! Kebanyakan orang tidak menghargai nilai besar Alkitab, sebab mereka tidak pernah membacanya, atau mereka tidak mempunyai guru-guru yang telah membacanya. Bersyukur kepada Allah kerana telah mengilhamkan suatu kitab yang meliputi segalanya dari hal ciptaan sampai kepada hal kesan pertuturan ke atas reputasi dan sampai kepada hal pengadilan terakhir dan segala hal lain yang terhimpit di antara semua itu.

Tuhan Yesus Kristus telah memberi amaran bahawa kamu akan memberi suatu perhitungan bagi setiap perkataan kosong pada Hari Penghakiman (Mat 12:36). Maka buatlah persiapan bekalan dengan berhikmah bagi masa depanmu di takhta pengadilanNya dan lindungi reputasi semasamu dengan menahan suaramu dan menutupi bibirmu. Di sinilah berkat yang berganda dua, sekurang-kurangnya. Senanglah Allah dan manusia dengan mengurangkan kata-katamu.

Walaupun manusia mungkin fikir kamu berhikmah kerana pertuturanmu yang kurang, Firman Allah Yang Maha Hidup langsung tidak terperdaya. Segalanya telanjang dan terbuka di hadapan mataNya; Dia membeza-bezakan fikiran dan niat hati (Ibr 4:12-14). Maka ia lebih baik untuk sama sekali meninggalkan kebebalanmu dan mencari hikmah sejati dalam hatimu. Kamu tidak dapat berpura-pura di hadapanNya.