Amsal · Proverbs

18:1
Seseorang oleh kemahuan, sesudah memisahkan dirinya, mencari-cari dan menyelami segala hikmah.

Hikmah hanya diperoleh daripada usaha yang berdedikasi. Dan hanya segelintir orang ada keinginan atau berusaha untuk mencarinya dan memperolehnya. Jadi, Sang Pengkhutbah ini memuji lelaki atau perempuan yang rajin belajar.

Kebanyakan orang akan hidup, bernafas dan mati dengan bebal dalam kejahilan, bahkan mereka yang telah ditawarkan hikmah secara terang-terang. Dan kehidupan mereka dan kehidupan anak-anak mereka akan menanggung kepedihan yang layak diterima.

Ayat yang kemudian mengesahkan perbezaan yang ketara ini di antara manusia, sebab orang bebal tidak suka belajar; mereka terlampau sibuk dengan fikiran dan khayalan mereka sendiri (Ams 18:2; 17:16).

Wahai pembaca, akankah Pengarang dan penulis amsal ini memuji keinginan dan usahamu untuk memperoleh hikmah? Akankah Allah dan Salomo memuji usahamu untuk belajar?

Apabila seseorang meingini hikmah, dia harus membuat pengorbanan. Dia akan mengelak peralihan perhatian yang memakai masa dan yang menyimpang jiwanya. Dia akan mengasingkan dirinya daripada kawan dan kenikmatan yang tidak membantu mencapai matlamat yang hebat ini. Dia akan menolak cita-citapopular seperti menjadi kaya, berpendidikan, berekreasi, atau melatih tubuh dengan senaman. Hidupnya mungkin sunyi. Harap-harap, dalam gereja orang kudus yang sejati, dia akan menemui sesetengah orang yang mencari jalan yang sama (Luk 8:14; 1Kor 9:24-26; 1Yoh 2:15-17).

Seperti hamba Allah, dia harus mengehadkan tanggungan dalam hidup ini (2Tim 2:4; 1Tim 6:6-12). Sebab usaha mencari hikmah ini akan melelahkan dagingnya yang sudah lelah (Pkh 12:12). Dan bebelan jahil daripada dunia ialah suatu pengaruh yang harus dia elakkan (Ams 9:6; 13:20; 1Kor 15:33; 2Kor 6:14-18).

Dia akan belajar bahawa ketika dia bersendirian dia memiliki saat-saat persekutuan dan arahan yang paling manis daripada Bapanya di syurga (Maz 4:4; 63:5-6; Mat 6:6; Ayb 33:14-18). Dia tahu bahawa menyelidiki jiwanya dan merenung jalan kakinya memerlukan pengasingan daripada segala kebisingan dan aktiviti orang lain (Ams 4:26; Maz 26:2; 77:6; 139:23-24).

Allah memilih malam yang gelap bagi Abraham (Kej 15:5), bahagian belakang padang gurun bagi Musa (Kel 3:1), dataran bagi Yehezkiel (Yeh 3:22), padang gurun bagi Yohanes (Luk 1:80), dan Arab bagi Paulus (Gal 1:17). Tuhan yang diberkati bangun teramat awal pagi untuk bertemu bersendirian dengan BapaNya (Mar 1:35), atau Dia akan meluangkan malam bersamaNya (Luk 6:12).

Dengan kemudahan-kemudahan seperti pengangkutan, telefon, email, dan pelbagai jenis alat komunikasi di rumah, pejabat, dan kereta, kamu sudah dikenakan suatu kutuk. Kesunyian sudah menjadi sesuatu yang sungguh sukar dan yang tidak difahami sesiapapun. Pengalaman kerja berjam-jam di kebun dengan seekor lembu jantan dan dengan Allah sudah dirampas oleh kemajuan. Kemudahan-kemudahan ini memang memudahkan, tetapi ia juga menyumbang kepada peralihan perhatian.

Menulis mazmur ketika menjaga kawanan domba ialah suatu kemewahan yang generasi ini tidak mampu buat. Manusia lagi menyelaraskan jam mereka untuk memaksa lebih aktiviti ke dalam sehari, ketika matahari sedang berseru, “Berdiamlah!” Ribka akan pasti kekal bujang jika dia menunggu untuk seorang lelaki yang merenung di ladang pada hari ini (Kej 24:62-67). Tuhan, bantulah anak-anakmu untuk lari ke bukit untuk masa berdiam dan bertenteram.

Setelah mengasingkan diri daripada peralihan perhatian yang memperdayakan, yang mudah menyimpang, dan yang membinasakan banyak orang, orang yang mencari dan menyelami – melibatkan diri dengan sangat mendalam, mengambil peduli, dan sibuk – segala aspek hikmah. Dia menyelam ke dalam pembelajaran dan pertimbangan segala aspek ciptaan dan wahyu, dengan panduan Roh Kudus, Alkitab, dan hamba Allah. Pengajian ini memerlukan suatu pencarian yang sungguh giat dan yang menyeluruh (Ams 2:1-9; 2Tim 2:15; 1Tim 4:13-16).

Burung unta dan kuda pun layak menerima perhatian dan pertimbanganmu yang teliti (Ayb 39:13-25). Bagaimanakah mungkin kamu ingat, merenung, dan melamun segala karya Tuhan dalam beberapa minit sahaja (Maz 143:5)? Dapatkah kamu dalam beberapa minit mengerti segala segi kasih Juruselamat (Efe 3:14-19)? Dengan kepenuhan Allah sebagai ganjaran peribadimu, tidakkah itu memerlukan lebih pelaburan? Bilakah kali terakhir mulutmu terpancar dengan pujian semata-mata kerana satu fikiran (Rom 11:33)?

Bagaimanakah kamu mungkin membaca, apatah lagi mempertimbangkan dan merenung 31,102 ayat dalam Alkitab King James? Namun, Mazmur 119, bab yang terpanjang Alkitab, memuji renungan yang teliti bagi setiap ayat. Hanya seseorang dengan adanya keinginan yang kuat, yang mengasingkan dirinya daripada peralihan tumpuan yang lain, akan dapat maju dalam projek yang luas dan yang bernilai ini.

Sesetengah orang dengan keinginan yang lemah akan berkata bahawa masa tidak mencukupi. Jadi rasul mengarahkan orang untuk menebus masa bagi hikmah (Efe 5:15-17). Kamu dapat menebus masa dengan mengorbankan aktiviti yang lain. Ada 168 jam dalam seminggu, hanya setengah daripada jumlah itu tertinggal setelah menolak masa bekerja dan tidur. Ada banyak masa yang telah dibuang dan dibazirkan di dalam kegiatan yang bebal dan pengurusan masa yang kekukangan. Tuhan, tolong.

Alkitab ada menceritakan pencari hikmah. Daud dan Daniel berdoa tiga kali sehari (Maz 55:17; Dan 6:10). Tuhan Yang Berbahagia, pada umur 12 sedang menyelami segala hikmah, sementara rakan-rakan sebayanya sedang bermain (Luk 2:41-52) Para murid Yesus meninggalkan segalanya untuk mengikut Hikmah yang terjelma dalam daging (Mar 1:16-20), dan Paulus menghitung segalanya yang lain sebagai najis (Flp 3:7-14). Dia memilih hanya untuk berbuat satu perkara (Flp 3:13), sebab dia tahu hati yang mendua ialah kebebalan (Yak 1:8). Orang Berea mendengar khutbah Paulus dengan hati yang bersiap sedia dan mencari Alkitab hari demi hari (Kis 17:11).

Hai pembaca, apakah yang telah kamu buat pada minggu ini untuk mencari hikmah? Berapa banyak minit yang telah kamu pakai untuk membaca Firman Allah? Berapa banyak minit yang telah kamu pakai untuk berdoa? Untuk meneliti amsal? Mengulangkaji khutbah? Pertimbang dan membincang hal rohani yang memanfaatkan?

Hai ibubapa, apakah yang telah kamu buat untuk menanam cita-cita ini ke dalam anak-anakmu? Hana mendidik Samuel sebegitu baik sehingga dia mampu menyembah Tuhan sebaik sahaja bercerai susu (1Sam 1:20-28). Lois dan Eunike mendidik Timotius dengan menyeluruh dalam iman dan Alkitab (2Tim 1:5; 3:15). Ia tugas ayah untuk mendidik anak-anak mereka dalam pemeliharaan dan teguran Tuhan (Efe 6:4).

Yesus Kristus telah mengajar bahawa kerajaan syurga adalah seperti harta yang terpendam, yang mampu menjadi seseorang menjual segala hartanya dengan sukacita untuk membeli ladang itu dan menggali untuknya (Mat 13:44). Atau ia seperti mutiara yang ajaib, yang baginya dia sanggup menjual segala yang dimilikinya untuk membelinya (Mat 13:45-46). Adakah hidupmu mencerminkan kesungguhan yang kudus ini? Apakah korban yang akan kamu buat pada hari ini untuk mencari hikmah?

Hanya segelintir orang yang akan memahami amsal ini, dan kurang pula yang akan menjalani hidupnya. Jalan kejahilan dan kebebalan, yang membawa ke neraka baik di bumi ini mahupun di akhirat, sungguh luas dengan banyak orang. Dan jalan hikmah pula, yang membawa kepada kehidupan baik di bumi ini mahupun di kemuliaan abadi, sangat sempit dengan hanya segelintir orang yang menemuinya. Jangan sesekali sesiapa pun yang mengakui nama Kristus ditemui di jalan yang luas itu.

Dapatkah kamu luangkan beberapa minit dalam 168 jam dalam seminggu untuk mencari hikmah? Harus mengapakah kamu mati dengan bebal, dengan kehidupanmu menjadi suatu pembaziran masa, dan anak-anakmu terkutuk untuk mengulangi kejahilanmu dan menderita kesan-kesannya? Para malaikat rindu untuk menyelami hal-hal ini yang melibatkan manusia (1Pet 1:12), tetapi kebanyakan manusia terlalu sibuk. Biar baik penulis mahupun pembaca menyelidiki jiwanya sendiri.