17:5
Sesiapa yang mengolok-olok orang miskin menghina Penciptanya: dan dia yang bergembira atas kesusahan tidak akan terlepas hukuman.
Seorang gadis yang kaya mempersendakan seorang gadis miskin. Para budak lelaki yang keolahragaan memperolok-olok seorang budak lelaki yang cacat. Seorang dewasa pula ketawa apabila pesaingnya terkena serangan jantung. Adakah contoh-contoh sedemikian menyinggungmu? Ia patut. Ia menyinggung Allah! Kamu patut menjadi sungguh marah terhadap kekejaman yang sebegitu jahat dan yang tidak berperikemanusiaan. Allah juga marah!
Allah secara adil dan berdaulat menjadikan perbezaan di antara manusia, dan manusia tidak patut menjadi congkak atau kejam berkenaan perbezaan-perbezaan itu. Manusia tidak patut bergurau akan tindakan-tindakan Allah di dalam kehidupan orang lain. Kamu patut menghukum sekeras-kerasnya keangkuhan sedemikian. Allah pasti menghukum! Kamu patut mendidik anakmu supaya jangan sesekali memikir atau bercakap secara mengkritik orang sebegitu sama ada di hadapan mereka ataupun di belakang mereka.
Allah meninggalkan sesetengah orang miskin. Mengetawakan mereka menyalahi Allah, sebab Dia telah menjadikan mereka berbeza, bukan kamu. Berkat-berkat yang kamu ada di dalam dunia adalah kerana kebaikan belas kasihanNya (1Kor 4:7). Kamu tidak boleh bermegah seakan-akan itu merupakan pencapaianmu, dan kamu pula tidak boleh menyombong terhadap mereka yang tidak memilikinya. Allah menjadikan perbezaan ini di antara kamu dan orang lain; bersembahyanglah kepadanya dengan rendah hati.
Ketika kesusahan belaku, seperti yang telah terjadi pada waktu Yesus Kristus, janganlah terus membuat kesimpulan bahawa mereka yang binasa itu lebih berdosa daripadamu. Sebaliknya, kamu harus meneliti dirimu dan bertaubat bagi apapun dosa, supaya jangan kamu binasa seperti mereka juga (Luk 13:1-5). Kamu lebih layak untuk menerima kematian dalam kemalangan atau dipenggal-penggal, maka berhati-hatilah apabila melihat bahawa ia berlaku kepada orang lain.
Allah menghakimi manusia dengan keadilan yang kudus dan yang sempurna. Dekri-dekri rahsiaNya adalah jauh daripada pandanganmu (Ula 29:29). Dia ada tujuan-tujuan yang bijak dengan tidak terhingga di dalam semua penghakimanNya. Jika kamu bergembira apabila musuh peribadimu ditimpa kemalangan, maka kamu sedang merompak hak pembalasan Allah (Ams 24:17-18).Kamu menganggap bahawa Allah melakukannya untuk memuliakan dirimu. Kamu ada hati yang jahat! Kamu akan dihukum!
Ada tindakan-tindakan Allah, dan ada pula tindakan-tindakan orang bebal. Tahukah anda perbezaannya? Apabila seseorang manusia dilahirkan buta, itulah tindakan Allah bagi kemuliaanNya (Yoh 9:1-3). Kamu harus mengambil berat bagi orang sedemikian dengan kerendahan hati yang mendalam dan dengan belas kasihan yang lemah lembut. Tetapi apabila seorang raja bebal kehilangan sepuluh suku kaum kerana menolak para penasihat bapanya, Salomo, kamu boleh mengetawakan masalah yang dihadapinya.
Ada tindakan Allah yang jelas-jelas merupakan hukuman bagi kejahatan manusia. Apabila orang Sodom dijadikan buta di pintu Lot, itulah kes pembutaan yang patut kamu bersorak dengan ketawa yang kudus (Kej 19:11). Kamu juga boleh ketawa akan pengangkutan Balaam, kejahatan Haman, Nebukadnezar ditendang keluar ke ladang rumput, dan musuh-musuh Daniel.
Ada musuh-musuh Allah dan kebenaran, dan kamu pula ada musuh-musuh peribadi. Tahukah anda perbezaannya? Apabila musuh peribadimu menamparmu pada pipi, kamu harus memberikannya sebelah pipimu yang lain (Mat 5:38-48). Tetapi apabila musuh-musuh Allah sedang mencari-cari jalan untuk membinasakan gerejaNya, waktunya sesuai untuk beraya dan berjoget ketika mayat-mayat mereka dihanyut ombak ke pantai (Kel 15:1-21).
Orang berhikmah mengenal perbezaan-perbezaan ini. Allah mengetawakan orang bebal apabila mereka menghadapi masalah (Ams 1:26; Maz 2:1-5), dan ada keadilan yang kudus ketika kamu ketawa bersama Allah (Maz 52:6-7; Wah 18:20). Allah membenci musuh-musuhNya, dan kamu harus membenci mereka juga (Maz 31:6; 139:21-22; 2Taw 19:2). Apa yang penting adalah untuk mengenalpastikan peranan Allah di dalam hal itu dan bertindak dengan sewajarnya.
Sebuah mazmur yang menyebut tentang orang berbahagia kerana menghempas bayi orang Babel ke atas batu ialah penghakiman wajar untuk apa yang telah dilakukan Babel kepada Yerusalem (Maz 137:8-9). Mengolok-olok orang bebal adalah berhikmah dan baik (1Raj 18:27; Pkh 10:13-15); mengolok-olok orang malas adalah berhikmah dan baik (Ams 6:6-11; 19:24); dan mengolok-olok perempuan jelek adalah berhikmah dan baik (Ams 11:22; 27:15-16; 30:21-23). Penyakit buasir yang dikenakan kepada orang Filistin dan jamban Yehu patut menjadikan kamu ketawa!
Jika kamu diberkati, bersyukur kepada Allah untuk belas kasihanNya. Janganlah memandang hina orang yang tidak diberkati sedemikian. Perbezaan itu adalah menurut rahmat Allah. Jika kamu mengolok-olok atau mengejek orang yang Allah tidak memberkati oleh kebijaksanaanNya yang tidak terhingga, maka kamu membawa hina kepadaNya, dan Dia tidak akan bersabar dengan perbuatan itu untuk lama-lama. Kamu mengkritik Allah sendiri apabila kamu menyindir orang miskin.
Jika musuh peribadimu menderita, doakannya dan bantulah dia (Maz 35:11-14; Luk 10:33-35; Rom 12:17-21). Inilah suatu sukatan penting di dalam agama Kristian. Jika kamu beranggapan angkuh dengan menghina orang miskin atau bersukacita apabila musuh-musuhmu jatuh, Allah sendiri akan membalas kejahatanmu yang angkuh dan cabul. Berwaspada! Sebaliknya, doakan bagi musuhmu, dan tampilkanlah dirimu sebagai anak Allah oleh akhlak yang serupa denganNya sebab Dia baik setiap hari (Mat 5:43-48).