17:6
Anak cucu ialah mahkota orang tua; dan kemuliaan anak ialah bapa-bapa leluhur mereka.
Empat peranan keluarga, tiga generasi, dan dua perhubungan persalingan ada di sini. Dapatkah kamu mencarinya? Dalam tiga belas perkataan, Allah telah memberimu suatu amsal yang meluas dan yang berharga. Yang tersirat di dalam kata-kata yang indah ini ialah keluarga yang mulia dan yang saling mengasihi, suatu matlamat tinggi bagi setiap pembaca. Tambahan isi tersirat ialah ibubapa yang berhikmah dengan pandangan jauh dan anak yang taat yang menghargai mereka.
Amsal yang ringkas lagi padat ini ada hikmah yang meluas. Cucu, datuk, anak dan ayah ialah empat peranan ini. Ada minima tiga generasi yang diwakili. Datuk dengan cucu mereka dan ayah dengan anak mereka ialah dua perhubungan persalingan. Cucu perempuan, nenek, ibu dan anak perempuan secara tidak langsung juga termasuk di dalam ini. Biar setiap pembaca mempertimbangkan peranan-peranannya dalam menjadi sedar berkat amsal ini.
Hanya orang berhikmah dan keluarga yang baik dipertimbangkan di sini. Bukan semua cucu ialah mahkota bagi datuk mereka – iaitu lambangan kehormatan dan ganjaran. Kebanyakan cucu ialah keaiban dan hal yang memalukan datuk mereka. Bukan semua ayah ialah kemuliaan anak-anak mereka – suatu objek sukacita yang besar dan kehormatan yang mengagumkan. Banyak anak tidak menghormati ayah mereka dalam cara ini: banyak ayah tidak layak untuk kehormatan demikian. Adakah amsal ini sesuai dengan keluargamu?
Hanya cucu yang berakhlak mulia membawa sukacita kepada datuk mereka. Hanya datuk yang berhikmah menganggap cucu yang berakhlak mulia suatu berkat. Tanggapilah maksudnya. Solomo memuji keluarga yang besar dan berketurunan,dan yang berfungsi dan bahagia. Tetapi dia hanya merujuk kepada keluarga yang cemerlang. Tanggapilah maksudnya. Solomo dalam hanya beberapa perkataan membentangkan banyak tugas keluarga.
Keluarga-keluarga di Amerika sedang diserang. Anak? Gugurkan. Perkahwinan? Dua lelaki pun boleh. Ibubapa? Sangkalkan atau ceraikan mereka. Datuk nenek? Eutanasia [ubat mematikan] akan melegakan mereka. Ayah? Tidak wajib. Cucu? Mereka hanya mahu harta pusaka. Kanak-kanak? Suatu beban dan masalah yang merampas masaku. Perkahwinan? Kita boleh bersetubuh tanpanya. Keluarga? Bukan kerjayaku. Keluarga besar? Kita tidak mampu itu pada zaman ini. Ibu? Pusat asuhan anak lebih baik.
Allah menciptakan keluarga (Kej 1:27). Dia bermula dengan perkahwinan, di antara satu lelaki dan satu perempuan untuk sepanjang hayat (Kej 2:18,21-25; Mat 19:1-6). Dia menambahkan anak sebagai berkat dan untuk keberhasilan (Maz 107:41; 127:3-5; 128:1-6). Dia memberitahu datuk dan moyang untuk memainkan peranan mereka dalam keluarga mereka (Ayb 42:16; Maz 78:1-8; Yoe 1:1-3; 2Tim 1:3-5).
Allah mengutuk orang dengan perhubungan keluarga yang buruk (Mal 4:5-6). Tetapi Dia memberkati dan berjalan dengan orang yang ada perhubungan keluarga yang baik (Luk 1:17). Mereka merupakan orang yang disiapkan bagi Tuhan. Perhubungan yang ada kewajaran adalah wajib bagi berkat-berkatNya (Mal 2:10-16; 1Pet 3:7).
Hai pembaca, apakah perananmu? Ibubapa? Anak? Datuk nenek? Cucu? Keempat-empatnya? Sudahkah kamu memenuhi peranan yang Allah beri kepadamu untuk menggalakkan lagi suatu keluarga yang hebat dan yang mulia? Adakah keluargamu suatu kemuliaan kepada Allah dan suatu kesaksian kebenaran? Atau adakah kamu menganggap keluargamu suatu beban? Kamu memiliki peluang yang elok untuk memahkotai dirimu dan menjadi mulia.
Ayah harus mendidik anak-anak mereka (Efe 6:4). Anak pula harus mentaati dan menghormati ibubapa mereka (Efe 6:1-3). Ayah harus mengumpulkan suatu warisan bagi anak-anak mereka (Ams 13:22; 19:14; 2Kor 12:14). Cucu harus bangkit untuk menghormati datuk nenek mereka (Ams 16:31; Ima 19:32). Datuk harus mengawasi segalanya untuk memenuhi panggilan besar mereka dan meninggalkan suatu warisan dan teladan.
Mungkinkah adanya kepahitan dalam mana-mana perhubungan keluarga? Sudahkah kamu memenuhi tugas-tugasmu terhadap semua ahli keluarga? Sudahkah kamu mengampuni segala kesalahan daripada pihak yang mendahuluimu dan pihak yang datang selepas dirimu? Adakah kamu berusaha untuk menggalakkan suatu keluarga yang salih dan yang bahagia? Adakah keluargamu suatu keturunan berakhlak mulia dan yang salih? Adakah ia bertumbuh secara kualiti dan kemuliaan? Adakah kamu pendamai keluarga?
Hai lelaki tua atau perempuan tua, apakah pelaburan yang akan kamu buat pada hari ini di dalam anak cucumu? Mereka, sekarang dan selepas kamu meninggal, hanya akan memahkotaimu jika kamu memimpin, mendidik, dan memberi amaran kepada mereka dengan kerap kali dalam hal kesalihan dan kelakuan. Pada tahap kehidupan ini, kamu patut ada lebih masa dan hikmah untuk diberikan kepada mereka daripada mana-mana tahap kehidupan yang lain.
Hai ayah atau ibu, adakah kamu kemuliaan anak-anakmu? Jika tidak, mengapa tidak? Kamu hanya layak untuk sanjungan demikian jika kamu sedang berusaha untuk itu hari demi hari, yang dilakukan dengan teladan kudus dan prihatin yang bersimpati bagi seluruh hidup mereka, dengan mata yang memandang kepada masa depan mereka. Jika kamu terlalu sibuk atau rasa dirimu lebih penting sehingga mengatasi hal yang terlalu biasa ini, kamu orang bebal yang suka membenci. Kamu sedang membazirkan hadiah jiwa-jiwa daripada Allahkepadamu, yang kamu sendiri bawa ke dalam dunia ini, dan kamu akan menerima hukumannya yang sungguh besar.
Hai anak atau cucu, adakah kamu memahkotai datuk nenekmu dengan baik? Kamu patut menjalani suatu kehidupan yang mulia untuk menghormati dan mengganjari mereka. Kamu patut belajar lebih tentang mereka sebelum mereka meninggal, dan mendengar hikmah yang kamu tidak akan dapat peroleh untuk banyak tahun. Adakah kamu bermegah dalam ibubapamu? Itulah perintah pertama dengan janji, dan betapa berharganya janji itu, kalau kamu menghormati ibubapamu (Efe 6:2-3). Tidak lama lagi kamu akan ingin layanan demikian.
Dengan menggabungkan kehidupan setia, keprihatinan yang mengasihi, dan didikan yang berhikmah, keluarga memang suatu peluang yang besar untuk meninggalkan suatu pengaruh salih di bumi ini. Dan kenikmatan dan hiburan suatu keluarga yang bahagia jauh melampaui apa pun aspek umur panjang (Ams 23:15-16,24; Maz 127:3-5; 128:1-6; Rut 4:13-22). Suami dan isteri yang berhikmah akan memiliki dan menggalakkan keluarga yang berkualiti.
Percayawan yang sejati ialah anak-anak Allah secara anak angkat (1Yoh 3:1), dan Dia memang kemuliaanmu, dan layak sepenuh-penuh untuk itu (Rom 11:33-36). Yang Maha Berusia mengutus AnakNya Yesus Kristus untuk menebusmu, dan Dia memanggilmu anak yang Allah telah beri kepadaNya (Ibr 2:13). Betapa mulianya perhubungan keluarga yang kamu memiliki dengan Allahmu Yang Maha Besar! Hidup seperti anak Allah!
Tuhan Yesus Kristus ialah saudaramu, dan kamu merupakan sebahagian daripada keluarga Allah (Efe 3:14-15). Kamu ada banyak lagi ibubapa, adik-beradik, dan anak daripada salasilah keturunan keluargamu (Mar 10:28-30). Selepas kamu memenuhi tugas-tugasmu terhadap orang di dalam rumahmu, genapinya juga di dalam gerejamu dan gereja-gereja lain yang bersaudara (1Tes 4:9-10; Ibr 13:1-3).