Amsal · Proverbs

17:7
Ucapan yang cemerlang tidak sepadan dengan orang bebal: apatah lagi bibir berbohong bagi seorang penguasa.

Adakah ucapanmu berpadanan dengan akhlakmu, perangaimu, dan kedudukanmu? Kamu berbuat buruk terhadap diri sendiri ketika berucap elok, tetapi kehidupanmu tidak mencapai taraf ucapanmu. Dan kamu melakukan lebih buruk terhadap dirimu, jika kamu ada peranan kepimpinan dan tidak jujur dengan sungguh teliti. Pelajaran di sini adalah sungguh mudah: jadikan kedua-dua percakapanmu dan perlakuanmu baik, supaya ia secocok.

Pertuturan cemerlang hanya menarik ketika diucapkan oleh orang yang berhikmah (Pkh 10:12). Ketika orang bebal yang sudah terkenal kebebalannya, cuba berbunyi mulia atau berhikmah, mereka hanya menjelekkan orang lain dengan keangkuhan dan kemunafikan mereka. Tetapi apa yang jauh lebih teruk, seperti yang ditandai kata hubung “apatah lagi”, ialah seorang pihak berkuasa yang langsung tidak peduli akan kejujuran dan kebenaran (Ams 16:12).

Ucapan biasanya suatu sukatan yang baik tentang orang, dan inilah yang menjadikan ucapan yang tidak berpadanan sebegitu buruk. Tetapi akhlak dan perangai secara am lebih mendedahkan kenyataan. Orang yang paling buruk dapat berbunyi mulia dan bernilai murni untuk seketika, dan yang paling cemerlang namanya dalam tutur kata atau pangkat dapat mendedahkan suatu hati yang jahat dengan muslihat atau pembohongan. Kanak-kanak pun dikenali oleh perbuatannya, dan bukan percakapannya (Ams 20:11).

Perkataan yang baik atau ucapan yang muluk daripada orang jahil atau orang jahat memang memualkan deria-deria para pendengar, sebab kedua-duanya langsung tidak secocok. Orang bebal dan orang jahat tiada hati atau perangai yang berwibawa untuk menjadi penasihat atau pemimpin, jadi mereka haruslah tidak diendahkan atau harus ditolak (Ams 17:16; 26:1-9). Usaha-usaha mereka untuk menyertai perbualan orang berhikmah dan orang berhemat adalah biadap dengan sungguh cabul.

Betapa lebih jijik bohong daripada pihak berkuasa! Seseorang pemimpin atau penguasa berada dalam jawatannya bagi tujuan hiburan, kepimpinan, kemakmuran, dan keselamatan orang yang di bawah kuasanya. Tetapi ketidakjujuran membinasakan keyakinan terhadap orang yang berkuasa, meninggalkan orang mudah diancam, dan mencabuli keadilan. Tugas kekuasaan dari syurga membawa bersamanya suatu panggilan yang tinggi untuk berintegriti.

Orang kenamaan dan para penguasa harus jangan sesekali pun berbohong, kerana ia suatu noda pada akhlak, nama baik, dan jawatan mereka yang sepatutnya ada nama baik kejujuran yang setia dan yang serius. Perdayaan atau tipu muslihat sungguh tidak sesuai bagi sesiapa pun yang memegang kedudukan kekuasaan atau kedudukan yang berpengaruh. Kelebihan memegang kekuasaan dan kepimpinan membawa bersamanya tanggungjawab kebenaran.

Salah seorang berhikmah di dunia, yakni Plato, telah mengajar bahawa para penguasa ada hak berbohong kerana kelebihan jawatan mereka, dan itu bertentangan dengan amaran Salomo. Siapakah di antara dua orang ini ingin kamu pakai sebagai guru? Seorang ahli filsafat yang kafir atau seorang Pengkhutbah yang diilhamkan Allah (Pkh 12:9-11; 1Kor 1:19-20)! Sesetengah kerajaan telah berkata atau ada maksud Qui nescit dissimulare, nescit regnare – iaitu dia yang tidak tahu bagaimana berpura-pura tidak tahu bagaimana untuk memerintah. Tetapi mereka orang buta yang memimpin orang buta, dan mereka bersama para pengikut mereka akan jatuh ke dalam parit kesesakan dan kebinasaan (Mat 15:12-14).

Syukurlah, pernah ada pemerintah yang berhikmah yang tahu nilai kebenaran dalam jawatan yang dipegangnya. Louis IX dari Perancis (1214-1270) pernah berkata, “Jika kebenaran telah diusir daripada orang sedunia, kebenaran itu haruslah ditemui di pangkuan para penguasa.” Raja Alphonsus dari Arragon, yang telah membaca Alkitab sepenuhnya sebanyak empat belas kali, telah mengisytiharkan, “Satu sebutan perkataan daripada seorang penguasa haruslah ada lebih keteguhan daripada sumpah orang biasa.”Suatu penjatuhan hukuman ilahi oleh raja tidak harus mengandungi bohong (Ams 16:10).

Kesetiaan, kejujuran, dan kebenaran menyokong para pemimpin, sebab mereka yang di bawah kekuasaan menemui hiburan, damai sejahtera, dan keselamatan dalam kepastian perkataan penguasa mereka. Para raja yang besar bersuka di dalam kewajaran dan ucapan yang wajar yang mengalir dari hati yang suci (Ams 16:13; 22:11). Mereka tahu kebenaran akan mempertahankan pemerintahan mereka (Ams 12:19) dan bohong akan mencemari mahkamah mereka (Ams 29:12).

Ia suatu perkara yang malu apabila para orang politik memakai putar belit untuk mengubahkan pandangan orang ramai tentang peristiwa atau penggubalan undang-undang ketika tidak perlu atau tidak wajar. Kejujuran dan integriti politik kerap kali dikorbankan. Para penguasa yang berhikmah akan kekalkan sesetengah perkara tersembunyi dan mengalihkan perhatian, sebab mereka lebih daripada orang biasa ada keperluan untuk menyimpan maklumat sulit daripada perhatian khalayak umum (Ams 29:11).

Ada hanya satu raja yang tidak pernah mendekati pembohongan – Yesus Kristus – Saksi yang Setia dan Yang Benar (Wah 1:5; 3:14; 19:11). Dia Kebenaran (Yoh 14:6). Dia Firman Kebenaran (Yak 1:180. Dia telah membawa rahmat dan kebenaran, dan Dia yang naik saksi bagi kebenaran (Yoh 1:14,17; 18:37; Rom 15:8). Daud dan anak-anaknya langsung tidak dapat dibandingkan denganNya (2Sam 23:1-5).

Biar setiap orang yang mengakui nama Yesus Kristus membenci dan menolak segala tokok tambah, ketidakjujuran, dan penipuan, terutamanya jikalau mereka memiliki apa pun kedudukan kekuasaan baik dari pangkat ibubapa mahupun sampai ke pangkat perdana menteri. Biar mereka berusaha sepenuh-penuhnya untuk menunjukkan perkara terbuka dan ternyata jujur bagi semua manusia. Ibubapa haruslah jujur secara tiada cacat cela untuk menjaga hati dan minda anak-anak mereka. Para pastor harus sedemikian untuk menjaga para pendengar mereka (2Kor 8:20-21; Tit 2:8).

Biar setiap orang yang mengakui nama Yesus Kristus menjauhkan diri daripada kebebalan dan dosa. Supaya jangan dia mencemari dan menodai agama Kristian dengan kemunafikannya. Mengapakah harusnya kebenaran injil Kristus yang berharga itu dicemari oleh bibir orang bebal (Yeh 20:39; 2Tim 2:19)? Kemunafikan ialah kerosakan yang paling besar kepada satu-satunya agama sejati, iaitu, kemunafikan oleh mereka yang mengakui dengan bibir namun menyangkal dengan kehidupan (Yes 29:13; Yeh 33:31; Mat 15:7-9; Tit 1:16).